Visi Luar Biasa Nooa Laine Belah Pertahanan Papua New Guinea Jadi Bualan

Tatkala kemenangan besar Malaysia ke atas Papua New Guinea jadi tumpuan, persembahan individu yang ditampilkan oleh pemain Malaysia-Finland, Nooa Laine terus menjadi bualan. Pemain berusia 21 tahun itu diterbangkan jauh dari kelabnya, SK Akatemia untuk membawa cabaran negara sungguhpun terlepas aksi pertama berdepan Kepulauan Solomon. Beliau yang mengisi posisi Syamer Kutty selaku pemain tengah bertahan […]
Kombinasi Emas Arif-Faisal Lengkapkan Malam Penuh Gemilang Malaysia

Kemasukan dua bintang utama Harimau Malaya, Faisal Halim dan Arif Aiman jelas menunjukkan bahawa mereka benar-benar dalam kelas tersendiri. Kim Pan-gon memilih untuk memulakan perlawanan dengan rangkaian serangan Akhyar Rashid, Paulo Josue dan Safawi Rasid namun bergelut untuk memperoleh jaringan. Percaturan untuk membawa masuk dua pemain yang paling menyinar dalam saingan Liga Super ketika ini […]
Malaysia vs Papua New Guinea: 4 Gol Arif Aiman Pastikan Harimau Malaya Bantai Papua 10-0

Malaysia membuktikan kehebatan mereka di hadapan penyokong sendiri dengan membelasah Papua New Guinea 10-0. Kecemerlangan Harimau Malaya ini disumbang oleh empat gol Arif Aiman Hanapi. Separuh masa pertama menyaksikan Kapuls diserang bertubi-tubi oleh Harimau Malaya. Tetapi kebanyakan percubaan skuad kebangsaan berjaya dinafikan oleh penjaga gol Papua, Ronald Warisan. Kapten KL City FC, Paulo Josue kecewa […]
TMJ Beri 3 Sebab Safawi Rasid Mahu Kekal Di JDT

Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memberi jawapan mengenai keputusan pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasi yang memilih untuk kekal bersama pasukan. Desas-desus mengenai masa depan pemain kelahiran Terengganu itu mula menjadi bualan ramai selepas ada ura-ura yang mengaitkan beliau untuk membawa haluan baharu. Sungguhpun ada khabar bahawa Sri […]
Luqman Hakim Berminat Tembusi Pasaran Jepun & Korea

Penyerang sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin tidak menyembunyikan hasrat untuk melebarkan sayap beraksi di Jepun dan Korea. Pemain berusia 21 tahun itu kini beraksi di Liga Iceland bersama Njardvik setelah melengkapkan tempoh pinjaman daripada kelab Belgium, KV Kortrijk. Masa depan beliau bagaimanapun mula menjadi bualan disebabkan kelab asalnya iaitu KV Kortijk kini tidak lagi dimiliki […]
Info Siaran Langsung Malaysia vs Papua New Guinea | Persahabatan Antarabangsa

Pertembungan antara Malaysia dan juga Papua New Guinea menyaksikan kedua-dua pasukan akan berentap di Stadium Sultan Mizan Zainal Abiidn, Terengganu. Harimau Malaya berdepan dua aksi persahabatan menentang Kepulauan Solomon dan juga Papua New Guinea menjadi medan persediaan terbaik buat skuad kebangsaan. Pengendali pasukan negara, Kim Pan-gon juga mahu menguji gabungan pemain yang dibawanya kali ini […]
Kim Pan-gon Terkejut Malaysia Pernah Tewas Kepada Papua New Guinea

Menjelang aksi persahabatan Malaysia-Papua New Guinea malam ini, ramai mengharapkan Harimau Malaya meneruskan kecemerlangan seperti sebelumnya. Tetapi hakikat bahawa Harimau Malaya pernah tumbang kepada Kapuls merupakan satu perkara yang mengejutkan jurulatih negara, Kim Pan-gon. Untuk rekod, Malaysia yang ketika itu dibimbing Datuk Ong Kim Swee tewas 2-0 kepada Papua New Guinea. Dua gol Kapuls disumbangkan […]
3 Penyerang Berbisa Beri Dimensi Berbeza Buat Harimau Malaya

Pertemuan Harimau Malaya berdepan Papua New Guinea menyaksikan beberapa muka baharu mampu jadi taruhan pengendali negara, Kim Pan-gon. Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan selesa 4-1 namun dijangka mempertaruhkan beberapa muka baharu untuk menguji kekuatan pemain dalam pasukan. Sungguhpun nama-nama seperti Nooa Laine, Junior Eldstal, Syahmi Safari dan ramai lagi bakal diuji Pan-gon, tumpuan terarah kepada rangkaian […]
Piala Asia B-17: Thailand Tumpaskan Malaysia

Hasrat skuad Malaysia B-17 melakar kemenangan sulung dalam Kumpulan A Piala Asia B-17 tidak kesampaian sekali lagi apabila dibenam oleh Thailand. Anak buah Osmera Omaro beraksi dengan serba tidak kena di Stadium Pathum Thani dengan rentetan peluang yang terhidang gagal dimanfaatkan. Sungguhpun bertahan dengan cukup baik dalm perlawanan ini, gawang gol Malaysia tetap dibolosi apabila […]
Nooa Laine Galas Peranan Penting Berdepan Papua New Guinea

Perancang tengah Malaysia-Finland, Nooa Laine diberi bayangan akan memainkan peranan berdepan Papua New Guinea Selasa ini. Pemain muda berusia 21 tahun diterbangkan jauh dari kelabnya, SK Akatemia bagi memacu cabaran skuad kebangsaan dalam dua aksi persahabatan. Beliau bagaimanapun tidak dapat diturunkan berdepan Kepulauan Solomon minggu lalu kerana difahamkan kurang cergas. Kehilangan Natxo Insa bagaimanapunntelah membuka […]
Kim Pan-gon Ada Cara Sendiri Ubah Gaya Permainan Lama Malaysia

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon memiliki ramuan tersendiri untuk menerapkan corak permainan lebih segar kepada skuad negara menjelang cabaran Piala Asia tahun hadapan. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu sedang menerapkan elemen penting dalam skuad kebangsaan sejak mula mengambil alih pasukan dan menekankan ‘DNA Malaysia’ dalam setiap perlawanan. Kemenangan 4-1 ke atas Kepulauan Solomon bagaimanapun menyaksikan […]
“Satu Penghargaan Dapat Main 90 Minit Selepas Setahun” – Syamer Kutty

Jeneral tengah Harimau Malaya, Syamer Kutty menganggap peluang yang diberikan terhadapnya untuk beraksi 90 minit bersama skuad kebangsaan adalah satu penghargaan. Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) ini mengalami kecederaan jangka panjang sejak tahun lalu yang menyaksikan beliau terlepas sebahagian besar aksi di bawah kendalian Kim Pan-gon. Sungguhpun baru mula menapak untuk kembali meraih minit permainan […]
7 Kelab Malaysia ‘Layak’ Beraksi Di Liga Juara-Juara AFC

Dengan saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan Piala AFC bakal menjelang tidak lama lagi, kelab-kelab Malaysia mula membuat persiapan mendapatkan Lesen Kelab AFC 2023. Dan hari ini, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan tujuh pasukan sudah menerima lesen berkenaan. Tujuh pasukan tersebut ialah Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Selangor FC, Terengganu FC, Sabah FC, Kedah […]
Bekas Pemenang Puskás Harap FAM Hantar Video Gol Safawi Rasid Ke FIFA

Jaringan berkelas dunia yang dilakukan oleh pemain bintang negara, Safawi Rasid sudah pun menjadi bualan seantero dunia tatkala banyak mata yang terpesona melihat keunikan gol tersebut. Pemain berusia 26 tahun itu mencatat nama selaku penjaring gol ketiga skuad kebangsaan Harimau Malaya pada minit ke-77 namun ia dianggap satu fenomena dengan tiga sentuhan luar biasa yang […]
Natxo Insa & Feroz Baharudin Tinggalkan Kem Harimau Malaya

Hasrat untuk melihat kelibat dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa dan Feroz Baharudin bersama tugasan skuad kebangsaan berdepan Papua New Guinea berkecai. Dua pemain ini telah dilepaskan dari kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Kuala Terengganu selepas skuad negara baru sahaja mengharungi satu aksi pada Selasa menentang Kepulauan Solomon. Natxo Insa hadir […]
Piala Asia B-17: Skuad Muda Malaysia Lesu Ditewaskan Yaman

Hasrat skuad Malaysia B-17 melakar kemenangan sulung dalam Kumpulan A Piala Asia B-17 tidak kesampaian hari ini. Ini selepas anak-anak buah Osmera Omaro ditewaskan Yaman 4-0 di Stadium Thammasat. Sebaik sepak mula, anak-anak buah Hasan Ali Albaadani mula menekan skuad B-17 negara. Dan mereka tidak menunggu lama berada di hadapan pada minit ke-21 menerusi Abdulrahman […]