Faizal Saari Bakal Kekal Dalam Skuad Malaysia

Penyerang berbisa skuad hoki Malaysia, Faizal Saari bakal kekal dalam skuad negara untuk pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Oman. Sebelum ini, skuad negara dilaporkan mengalami krisis kecederaan dengan beberapa tonggak ditimpa masalah kecederaan. Antara pemain yang dilaporkan cedera ialah Faizal, Fitri Saari dan Shahril Saabah. Walaupun pemain yang cedera tidak diturunkan semasa Jelajah New […]

Anwar Ibrahim Titip Ucapan Perjuangan Buat Harimau Malaya

Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim sempat menitipkan kata-kata semangat buat pasukan Harimau Malaya yang bakal beraksi di Piala Asia 2023 Qatar. Menerusi hantaran di Instagram rasmi miliknya, beliau memberi dorongan buat pasukan Malaysia yang dibimbing oleh Kim Pan-gon agar kekal bersemangat dan tekad menempuhi cabaran di Piala Asia. “Assalamualaikum dan […]

“Saya Dah Bagi Semua, Tak Mahu Alasan Lagi” – Arul Selvaraj

Ketua jurulatih hoki Malaysia, Arul Selvaraj mahu anak-anak buahnya berusaha sehabis baik bagi merebut tiket ke Olimpik menjelang aksi Kelayakan Olimpik yang bakal bermula 13 Januari nanti. Beliau menegaskan bahawa para pemainnya perlu sedar akan tanggungjawab untuk memberikan aksi terbaik untuk layak ke sukan berprestij itu setelah segalanya telah dicurahkan kepada pemain-pemainnya. “Saya serahkan kepada […]

Malaysia Bakal Raih Hampir RM1 Juta Hasil Penyertaan Di Piala Asia

Malaysia berpeluang untuk meraih wang ganjaran sebesar hampir RM1 juta selepas mengesahkan kemaraan ke pentas Piala Asia selepas 43 tahun. Skuad kendalian Kim Pan-gon juga berada dalam momentum terbaik selepas merekodkan dua kemenangan di pentas Kelayakan Piala Dunia 2026 menewaskan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei. Harimau Malaya juga melangkah ke pentas berprestij Asia itu dengan […]

Korea Selatan Dari Kaca Mata Natxo Insa

Pemain tengah kebangsaan, Natxo Insa menzahirkan rasa teruja dapat bersama kem kebangsaan di pentas Piala Asia kali ini. Diundi dalam saingan Kumpulan E bersama Jordan, Bahrain dan Korea Selatan, Natxo meletakkan keyakinan dan kepercayaan dengan kemampuan skuad Kim Pan-gon ketika ini. Beliau yakin Malaysia mampu memberi cabaran kepada pasukan-pasukan jaguh Asia. “Saya sangat gembira berada […]

Arif Aiman & Darren Lok Diletakkan Sebaris Haaland, Mbappe, & Ronaldo Oleh Laman Statistik Antarabangsa, IFFHS

Rekod jaringan memberangsangkan yang dicatatkan oleh duo berbisa Malaysia, Arif Aiman Hanapi dan Darren Lok meletakkan mereka sebaris dengan bintang dunia seperti Erling Haaland, Kylian Mbappe dan Cristiano Ronaldo dalam senarai penjaring gol lelaki terbaik peringkat antarabangsa tahun 2023. Prestasi memukau yang ditampilkan oleh Arif Aiman di peringkat kelab terutamanya ketika membantu JDT mengharungi kempen […]

Piala Asia: Arif Aiman & Son Heung-min Antara Bintang Tumpuan Kumpulan E

Pemain sayap Harimau Malaya, Arif Aiman disenaraikan dalam kelompok pemain tumpuan menjelang Piala Asia yang bakal tiba seminggu dari sekarang. Menerusi poster yang dimuatnaik oleh AFC Asian Cup di laman X, kelibat Arif Aiman dilihat mencuri tumpuan di samping bintang Korea Selatan, Son Heung-Min. Arif juga dinilai sebagai pemain tumpuan bagi pasukan Malaysia bagi kempen […]

Nilai Pasaran: JDT Di Tangga Ke-60 Kelab Paling Bernilai AFC

Kelab gergasi Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) berada di tangga ke-60 kelab paling bernilai dalam senarai Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Juara bertahan Liga Super itu merekodkan pencapaian luar biasa musim 2023 apabila berjaya mengekalkan 4 trofi kejuaraan yang dimenangi pada tahun lalu termasuklah Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia. Perjalanan skuad […]

Piala Asia: Portal US Ramal Malaysia Miliki 39% Peluang Mara Ke Pusingan Kalah Mati

Salah sebuah portal di Amerika Syarikat (USA) telah meramalkan bahawa Malaysia memiliki 39 peratus peluang untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati Piala Asia 2023. Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi tempoh yang cukup cemerlang pada tahun 2023 selepas merekodkan hanya satu kekalahan di tangan Tajikistan pada aksi Pestabola Merdeka 2023. Harimau Malaya juga berjaya menundukkan […]

Kim Pan-gon: Ini Apa Yang Malaysia Jangkakan Dari Saya

Perlawanan Piala Asia Qatar 2023 di Doha yang akan berlangsung tidak lama lagi itu menjadi antara cabaran yang besar buat ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon bagi memastikan pasukan negara lebih bersedia menghadapi pihak lawan. Semasa menjadi ‘orang kuat’ Persatuan Bola Sepak Korea (KFA), pengendali berusia 54 tahun itu pernah berada di kedua-dua Piala Dunia […]

Kelab Qatar Tak ‘Layan’ Malaysia

Hasrat Malaysia untuk mengadakan aksi persahabatan kedua berdepan sebuah kelab di Qatar tidak kesampaian apabila difahamkan kelab itu menolak peluang yang diberikan. Harimau Malaya berangkat lebih awal ke Qatar sebagai persiapan menjelang sepak mula Piala Asia 2023 yang bakal bermula pada 13 Januari 2024. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon pada awalnya dijadualkan berdepan Arab Saudi namun […]

Penyerang Ligue 1 Antara Watak Hebat Jordan Di Piala Asia

Jordan bakal mempertaruhkan khidmat pemain serangan Ligue 1 dalam menggempur pasukan-pasukan yang bertanding di Piala Asia 2023 Qatar. Mousa Al-Tamari merupakan pemain sayap kanan kelab Montpellier yang kini berada ditangga ke-12 liga Perancis. Pemain berusia 26 tahun ini bakal bersama-sama dengan pemain antarabangsa yang bermain di liga Malaysia, Noor Al-Rawabdeh serta Fadi Awad dalam senarai […]

Piala Asia 2023 Akan Disiarkan Secara Langsung Di RTM

Khabar gembira buat para peminat bola sepak tempatan apabila RTM bakal menyiarkan Piala Asia 2023 secara langsung. Perkara ini disahkan oleh Farhan Zulkefly yang merupakan Setiausaha Menteri Komunikasi, Yang Berhormat Fahmi Fadzil di laman X miliknya. “Piala Asia akan disiarkan di RTM bermula 12 Januari 2024”, tulis beliau sambil menyebut akaun Fahmi Fadzil di kapsyen […]

Astro Siarkan Aksi Malaysia Di Piala Asia Secara Langsung

Dengan saingan Piala Asia 2023 bakal bermula tidak lama lagi, peminat bola sepak Malaysia kini boleh menonton kejohanan berprestij itu di Astro. Astro mengesahkan kesemua 51 perlawanan Piala Asia akan disiarkan secara langsung termasuk perlawanan membabitkan Harimau Malaya di Astro Arena dan Astro SuperSport. Perkara ini diumumkan menerusi satu hantaran di akaun X Astro Arena […]

Laman Forbes Kongsikan Kisah Kebangkitan Malaysia Era Kim Pan-gon

Salah sebuah laman terkemuka USA, Forbes berkongsikan kisah kejayaan Malaysia sejak berada di bawah kendalian ketua jurulatih, Kim Pan-gon. Pengendali berusia 54 tahun itu mula mengambil alih pasukan pada tahun 2022 dan berjaya mentransformasikan bola sepak Malaysia ke arah yang lebih baik. Harimau Malaya juga merekodkan 66 peratus kemenangan sejak beliau mengendalikan pasukan termasuklah layak […]

Malaysia Umum Senarai Akhir 26 Pemain Di Piala Asia

Malaysia mengesahkan senarai 26 pemain yang bakal menggalas cabaran negara ke Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung bermula 13 Januari 2024. Skuad kendalian Kim Pan-gon tiba seawal 1 Januari 2024 di Qatar sebagai persiapan awal untuk bertemu dengan pasukan ke-91 dunia, Syria bagi aksi persahabatan. Teka-teki mengenai perjalanan skuad negara akhirnya terjawab apabila Persatuan Bola […]