India Dan Malaysia Jadi Pasukan Terawal Tiba Di Qatar

Menjelang sepak mula Piala Asia 2023 yang dijadualkan bermula pada 13 Januari ini, beberapa pasukan sudah pun tiba di Qatar lebih awal untuk menjalani latihan dan menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sana. Skuad kebangsaan India kendalian Igor Stimac merupakan pasukan pertama yang tiba di Qatar disusuli dua pasukan lain iaitu Arab Saudi dan Malaysia. […]

Jurulatih Jordan Resah Pemain Tak Fokus, Pertahanan Makin Rapuh

Jurulatih Jordan berada dalam situasi cemas beberapa hari sebelum sepak mula Piala Asia apabila pasukan ke-87 dunia itu menghadapi beberapa masalah besar dalam pasukan. Skuad kendalian Hussein Ammouta itu mengharungi tempoh yang cukup sukar selepas tewas beberapa perlawanan terakhir termasuklah dibelasah oleh Norway dengan keputusan 6-0. Jordan hanya meraih satu keputusan seri sementara tewas 6 […]

Media Indonesia Dakwa Jordi Amat Tarik Perhatian Kelab India

Salah sebuah media Indonesia bahawa pemain sensasi JDT, Jordi Amat telah menarik minat kelab India bagi saingan musim 2024/25. Pertahanan kelahiran Sepanyol itu menjadi watak penting buat skuad kendalian Tano Solari termasuklah membantu Harimau Selatan untuk mengekalkan 4 trofi kejuaraan yang dimenangi tahun lalu. Pemain berusia 31 tahun itu menjadi pilihan utama ketua jurulatih, Tano […]

Hamidin: Park Hang-seo Sanggup Tinggalkan Vietnam Demi Malaysia

Wajah skuad Malaysia mungkin berbeza hari ini sekiranya Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menerima tawaran Park Hang-seo. Anekdot ini dikongsikan beliau menerusi sedutan video rancangan Bola Itu Life terbitan Astro Arena yang bakal disiarkan pada 4 Januari 2024. Hamidin mendedahkan semasa FAM memulakan usaha mencari jurulatih baru Harimau Malaya menggantikan […]

Gandingan Bintang ‘RM38 Juta’ Jadi Taruhan Syria Hadapi Malaysia

Syria bakal mempertaruhkan gandingan baharu bernilai RM38 Juta bagi menghadapi cabaran Malaysia dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 tidak lama lagi. Skuad kendalian Hector Cuper melakukan beberapa keputusan mengejutkan termasuklah menyisihkan khidmat penyerang berbisa pasukan, Omar Al-Samah. Beliau memberitahu bahawa keputusan yang dibuat adalah berdasarkan percaturannya tanpa melibatkan sebarang unsur peribadi. “Saya faham kekecewaan yang […]

Penampilan Bertaraf Tinggi Skuad Hong Kong Curi Tumpuan

Selepas berjaya layak ke Piala Asia 2023 secara merit, skuad kebangsaan Hong Kong memutuskan untuk tampil bergaya bila berangkat ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini. Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan Persatuan Bola Sepak Hong Kong (HKFA) pada 27 Disember lalu, pasukan yang diberi jolokan The Dragons itu tampak segak dengan pakaian sut […]

Malaysia Dalam Posisi Terbaik Catat Rekod Baru Berdepan Jordan

Skuad Malaysia kendalian Kim Pan-gon kini berpeluang untuk mencatatkan rekod baharu ketika perlawanan pertama Piala Asia 2023 menentang Jordan pada 16 Januari ini. Untuk rekod, Malaysia tidak pernah memenangi perlawanan-perlawanan terdahulu menentang Jordan. Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada 2021 dengan menyaksikan Jordan menang besar 4-1. Kekalahan tersbebut merupakan kekalahan terbesar Malaysia di tangan […]

Media Brazil Kongsi Detik Indah Paulo Josue Sarung Jersi Malaysia

Nama penyerang Malaysia, Paulo Josue menjadi bualan media luar negara menjelang Piala Asia yang bakal membuka tirai tidak lama lagi. Menerusi ciapan yang dimuatnaik oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, kelibat Paulo Josue bersama skuad negara menjadi perhatian media Brazil menerusi satu artikel yang dimuatnaik oleh media tersebut. “Penampilan Paulo Josue di Piala Asia […]

Jurgen Klinsmann ‘Intip’ Tiga Lawan Piala Asia Secara Dekat

Ketua jurulatih pasukan Korea Selatan, Jurgen Klinsmann mengakui sudah memantau aksi tiga lawan yang bakal berada dalam satu kumpulan di Piala Asia 2023. Pengendali kelahiran Jerman itu berjaya mentransformasikan skuad Korea Selatan setelah mengharungi musim buruk pada permulaan tahun 2023. Para pemain akhirnya memahami falsafah yang dimahukan olehnya apabila merekodkan kemenangan bersih dalam 5 perlawanan […]

Dion Cools Dalam Perjalanan Ke Qatar

Skuad Harimau Malaya bakal lengkap dengan kehadiran Dion Cools ke dalam pasukan. Menerusi catatan instatory pemain pertahanan itu, beliau dilihat berada di dalam kapal terbang dan sedang dalam perjalanan ke Qatar berdasarkan emoji yang disertakan. Cools dijangka tiba ke Qatar hari ini dan bakal memulakan sesi latihan bersama rakan sepasukan yang lain bagi menghadapi perlawanan […]

Koleksi Bas Setiap Negara Bertanding Di Piala Asia Bawa Keunikan Tersendiri

Kemeriahan Piala Asia 2023 di Qatar yang bakal bermula pada 12 Januari ini semakin terasa dengan ketibaan beberapa pasukan. Antara pasukan yang tiba awal di Doha, Qatar ialah Arab Saudi, India dan Malaysia. Ketiga-tiga pasukan tiba awal di negara Asia Barat itu untuk menyesuaikan diri sebelum kejohanan bermula. Apa yang menarik perhatian warga siber di […]

Endrick Sanggup Berkorban Demi Perjuangan Harimau Malaya

Perancang tengah Harimau Malaya, Endrick Dos Santos melakukan pengorban terbesar untuk membawa cabaran negara di pentas Piala Asia 2023. Beliau tersenarai dalam 26 pemain yang dibawa oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk menggalas tugas negara tatkala pemain naturalisasi negara ini mendapat kepercayaan penuh oleh barisan kejurulatihan. Persembahan baik yang ditampilkan bersama juara bertahan Liga Super […]

Jordan Berpeluang ‘Bantu’ Malaysia Lonjak Ke Tangga 124 Dunia

Kehangatan perjuangan Malaysia ke pentas Piala Asia 2023 semakin terasa terutamanya bagi aksi pertama menentang Jordan tatkala Harimau Malaya berpeluang menyambar kedudukan ke-124 dunia. Skuad kendalian Kim Pan-gon membawa cabaran hebat ke pentas berprestij tersebut setelah kali terakhir layak secara merit kira-kira 43 tahun yang lalu. Harimau Malaya juga melalui musim yang cukup cemerlang tahun […]

Penyerang Berbisa Selangor Tinggalkan Pasukan?

Kelibat penyerang berbisa Selangor FC, Richmond Boakye menjadi bualan peminat selepas terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa beliau tidak kekal bersama pasukan. Bekas penyerang Red Star Belgrade itu tiba pada jendela perpindahan kedua untuk membantu menajamkan lagi jentera serangan pasukan. Kelibat beliau bagaimanapun kelihatan samar dalam beberapa aksi penting sungguhpun berjaya membantu The Red Giants mara […]

Pusat Latihan JDT Dilanda Banjir

Khabar yang agak mendukacitakan telah dikongsikan oleh pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ selepas keadaan pusat latihan JDT dinaiki air. Baginda berkongsikan keadaan ini menerusi laman Instagram menerusi beberapa keping foto yang memaparkan keadaan Pusat Latihan Tertutup Padang Seri Gelam. Keadaan ini berlaku susulan musim tengkjuh yang sedang melanda beberapa buah […]

Ketibaan Pemain Malaysia Di Qatar Jadi Bualan Peminat

Ketibaan pemain Malaysia yang baru sahaja tiba di Qatar bagi menghadapi aksi Piala Asia 2023 menjadi tumpuan para peminat bola sepak tanah air. Skuad kendalian Kim Pan-gon berjaya menamatkan penantian selama 43 tahun untuk melayakkan diri ke kejohanan berprestij ini. Para pemain negara telah pun berlepas ke Qatar awal pagi tadi dan sudah pun tiba […]