3 Saluran Disediakan Buat Rakyat Malaysia Menonton Aksi Harimau Malaya

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini telah mengumumkan tiga saluran yang disediakan untuk rakyat Malaysia bagi menonton aksi Harimau Malaya di Piala Asia 2023 Qatar. Tiga siaran yang disediakan adalah Astro Arena, Sukan TV RTM dan TV Okey. Ketiga-tiga saluran ini menyediakan siaran untuk tiga perlawanan Malaysia di peringkat kumpulan Piala Asia. Malaysia diletakkan […]

Hentak Kepala Guna Helmet, Sepak Terajang Berlaku Di Liga Bawah Umur Malaysia

Kejadiaj yang tidak diingini berlaku lagi di Malaysia apabila difahamkan sepak terajang dan pergaduhan besar berlaku di liga bawah umur Malaysia. Tatkala bola sepak Malaysia menuju ke satu fasa yang cukup membanggakan, insiden yang tidak bermoral masih lagi berlaku di liga muda negara ini. Sebelum ini, beberapa klip sudah pun tular melibatkan pergaduhan antara para […]

“Pengalaman Luas Natxo Insa Suntik Kualiti Harimau Malaya” – Stuart Wilkin

Natxo Insa-Stuart Wilkin

Pengalaman luas Natxo Insa mampu suntik kualiti Malaysia di Piala Asia kelak menurut perkongsian pemain tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin. Malah Stuart melihat kehadiran pemain berusia 37 tahun itu sebagai tonik tambahan dan bukan ancaman terhadap posisi beliau. “Malaysia memiliki ramai pemain tengah berbakat terutamanya mereka yang telah terpilih kali ini. Pengalaman Natxo Insa dan […]

Kyrgyzstan ‘Rantai’ Syria

Aksi persahabatan antara pasukan Kyrgyzstan dan Syria menyaksikan keputusan perlawanan berakhir dengan seri. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shabab Al-Ahli itu merupakan aksi tertutup sambil kedua-dua pasukan menguji gandingan baharu dalam pasukan. Syria yang menghuni tangga ke-91 dunia kelihatan bergelut pada awal permainan untuk melakukan hantaran-hantaran jauh kepada jentera serangan. Kyrgyzstan cuba datang sesekali menerusi […]

Jordan Bangkit Kejutkan Qatar

Qatar-Jordan

Jordan bangkit menewaskan Qatar 2-1 dalam aksi pemanas badan sebelum bermulanya kejohanan Piala Asia. Qatar terlebih dahulu menjaringkan gol pertama perlawanan sewaktu minit ke-16 hasil jaringan pemain sayap Akram Afif. Aksi separuh masa pertama tamat dengan Qatar mendahului Jordan 1-0. Memasuki babak kedua perlawanan, Jordan kembali mengatur serangan dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan selepas 5 […]

Piala Asia: FIFA Kongsi 5 Pemain Tumpuan, Bintang Malaysia Turut Tersenarai

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah berkongsi 5 pemain yang bakal menjadi tumpuan di Piala Asia 2023 dimana bintang muda Malaysia turut tersenarai. 5 pemain ini mempamerkan aksi luar biasa dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026 tempoh hari sekali gus berjaya menarik perhatian FIFA. 1. Junya Ito (Jepun) Kelincahan Junya Ito telah membantu Jepun […]

Junior Eldstal: Kami Datang Bukan Sekadar Menyertai Tetapi Untuk Bersaing

Pertahanan berpengalaman, Junior Eldstal telah berkongsi rasa teruja membawa nama Malaysia ke pentas besar Piala Asia 2023 di Qatar. “Saya punya matlamat ialah bermain untuk negara. Apabila saya mendapat peluang ini saya amat menghargai kepercayaan Kim Pan-gon terhadap saya.” “Kami mempunyai persefahaman yang bagus. Jurulatih Kim Pan-gon tahu kualiti yang ada pada saya dan dia […]

JDT Jadi ‘Gudang’ Pemain Di Piala Asia

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi pasukan yang memiliki wakil pemain paling ramai yang bakal beraksi di pentas Piala Asia untuk edisi kali ini. Dalam satu artikel yang diterbitkan badan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), AFC mengesahkan JDT sebagai kelab yang menjadi penyumbang terbesar pemain buat negara-negara yang beraksi di pentas Piala Asia 2023. Seramai […]

Hamidin Kongsi Suasana Bilik Persalinan Ketika Tewas Di Final Pestabola Merdeka

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui kekalahan terhadap Tajikistan memberikan kesan kepada skuad Harimau Malaya. Datuk Hamidin sempat berkongsi suasana dibilik persalinan Malaysia setelah tamat perlawanan akhir Piala Pestabola Merdeka tempoh hari. “Sewaktu saya memasuki bilik persalinan pasukan Malaysia setelah tewas kepada Tajikistan, saya segera beritahu mereka jangan salahkan sesiapa […]

Aura Pemain Malaysia Mula Dirasai, Terima Sambutan Hangat Di Qatar

Ketibaan pemain Malaysia di Qatar mendapat sambutan positif daripada para peminat yang teruja untuk menyaksikan kelibat mereka di sana. Menerusi perkongsian di laman FAM TV, para pemain kelihatan begitu bersemangat untuk turun berlatih sebagai persediaan bagi menghadapi aksi berprestij di Asia itu berbaki kurang seminggu. Kehangatan mula terasa di sana apabila kelihatan para peminat bola […]

CEO ‘Kelab Utara’ Ditangkap Reman Disyaki Terbabit Kes Rasuah

Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) persatuan bola sepak sebuah negeri di utara tanah air difahamkan telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah disyaki meminta dan menerima rasuah. Beliau menjadi salah seorang antara empat individu yang ditahan oleh SPRM kerana disyaki meminta serta menerima rasuah lebih daripada RM6 juta. Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh […]

Hong Kong Hampir Kejutkan Juara Pestabola Merdeka

Hong Kong memberikan satu cabaran yang cukup hebat kepada juara Pestabola Merdeka 2023 sebelum tewas tipis dengan keputusan 2-1. Perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Sheikh Ziyad itu menyaksikan kedua-dua pasukan melakukan persiapan terbaik untuk ke Piala Asia 2023. Pasukan bimbingan Petar Sergt melakukan tugas yang amat baik apabila berjaya memperoleh gol pertama menerusi rembatan […]

Malaysia Umum Skuad Ampuh Ke Kelayakan Hoki Olimpik Di Oman

Skuad hoki negara membawa skuad ampuh yang bakal bersaing dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Muscat, Oman. Senarai 18 pemain ini diumumkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) di laman media sosial rasmi mereka hari ini. Jurulatih skuad negara, Arul Selvaraj masih menaruh kepercayaan kepada barisan pemain senior diketuai Marhan Abdul Jalil. Selain Marhan, Razie […]

KBS Anjurkan Tayangan Skrin Besar Aksi Piala Asia Di SNBJ

Saingan Piala Asia 2023 bakal menyaksikan kemunculan skuad senior Malaysia yang layak secara merit buat kali pertama sejak tahun 1980. Justeru, sebagai tanda sokongan kepada Harimau Malaya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menganjurkan tayangan skrin besar perlawanan Kumpulan E skuad negara di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Perkara ini diumumkan oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) […]

Kepulangan Malaysia Di Piala Asia Buka Mata Bekas Kapten Korea Selatan

Lagenda bola sepak Korea Selatan, Koo Ja-cheol gembira melihat kepulangan Malaysia yang beraksi di Piala Asia 2023 tidak lama lagi. Bekas pemain handalan Taeguk Warriors itu mengakui bahawa Harimau Malaya menjadi antara pasukan yang menarik perhatiannya selepas kembali bersaing di pentas tertinggi Asia itu. Skuad bimbingan Kim Pan-gon kembali beraksi di kejohanan berprestij Asia itu […]

3 Kriteria Penting Tentukan Pilihan Kim Pan-gon Ke Asia

Saingan Piala Asia 2023 menyaksikan Kim Pan-gon telah memilih barisan 26 pemain Malaysia untuk menggalas cabaran di kejohanan itu. Beberapa nama yang dipilih beliau mengejutkan penyokong Harimau Malaya seperti Natxo Insa, Mohamadou Sumareh dan Sikh Izhan Nazrel. Bagaimanapun, Pan-gon mendedahkan pemilihan pemain dibuat dengan mengambil kira penyusunan organisasi di bahagian pertahanan, perubahan bila menyerang dan […]