Nilai Skuad Indonesia Naik Mendadak, Atasi Pasukan Ke-70 Dunia

Nilai pasaran skuad Indonesia meningkat dengan begitu mendadak pada tahun ini selepas menerima beberapa kehadiran pemain warisan dan naturalisasi. Pasukan bimbingan Shin Tae-yong kini menghuni tangga ke-146 dunia selain menerima tamparan hebat apabila tewas dalam dua aksi terakhir menentang Libya. Skuad Garuda bagaimanapun menerima perkembangan yang amat memberangsangkan apabila nilai pasaran pasukan itu naik mendadak […]

Siaran Langsung Persahabatan: Syria vs Malaysia, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Perlawanan persahabatan antarabangsa antara pasukan Syria dan Malaysia akan berlangsung pada 8 Januari 2024 jam 8 malam menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air untuk melihat kesebelasan taruhan ketua jurulatih, Kim pan-gon. Pasukan ke-91 dunia itu menerima tamparan hebat selepas terikat 1-1 dengan Kyrgyzstan tempoh hari sebagai persiapan menjelang kejohanan penting ini. Anak didik Hector […]

Dollah Salleh: Dion Cools Sesuai Ketuai Harimau Malaya

Penyerang legenda negara, Dollah Salleh merasakan bek tengah Dion Cools mampu mengetuai cabaran Malaysia ke Piala Asia 2023. Sejak Kim Pan-gon mengambil alih Harimau Malaya pada 2022, beberapa pemain telah diberi kepercayaan memegang lilitan kapten seperti Cools, Matthew Davies dan Faisal Halim. Dalam beberapa aksi antarabangsa terakhir Malaysia, peranan tersebut dipegang secara bergilir oleh Davies […]

Paulo Josue: Jordan Pasukan Hebat Namun Kita Mampu Cipta Kejutan

Paulo Josue akui Jordan adalah pasukan yang hebat namun Malaysia mampu mencipta kejutan menjelang aksi pertama kumpulan E Piala Asia 2023 kelak. “Kami sedang menyesuaikan diri dengan cuaca dan padang. Sebab itulah jurulatih mahu kami tiba awal di sini.” “Kita adalah pasukan underdog di Piala Asia, Kita mampu kejutkan mereka jika mereka bermain dengan teruk.” […]

TMJ Bersuara Tentang Pemergian Fernando Forestieri

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ membuka mulut mengenai pemergian penyerang sensasi pasukan, Fernando Forestieri bagi saingan musim hadapan. Pemain kelahiran Argentina itu merupakan tunjang utama buat skuad Harimau Selatan sejak dua musim lalu termasuklah menjulang 8 trofi bersama pasukan. Khidmat beliau bagaimanapun tidak dikekalkan oleh kelab bagi musim baharu sekaligus […]

3 Pemain Bernilai ‘RM8.6 Juta’ Malaysia Dijangka Turun Kekang Syria

Piala Asia: Pertemuan Malaysia dan pasukan ke-91 dunia, Syria bakal menjadi medan persiapan buat para pemain sebelum melangkah ke Piala Asia tahun ini. Harimau Malaya menamatkan penantian selama 43 tahun untuk layak secara merit ke Qatar dengan tiga cabaran berbeza bakal menjadi halangan terbesar skuad negara. Bertemu pasukan yang cukup handal, persiapan ketua jurulatih, Kim […]

Pengulas Mesir Ramal Malaysia & Indonesia Bakal Terima Nasib Sama Di Piala Asia

Pengulas bola sepak dari Mesir, Issam El-Hadary meramal skuad kebangsaan Malaysia dan Indonesia bakal terima nasib yang sama di pentas Piala Asia 2023. Menerusi satu rancangan yang dimuat naik AlKass TV Sports, Issam yang juga merupakan bekas penjaga gol kebangsaan Mesir itu menjangkakan Jepun akan menjadi juara Piala Asia bagi edisi kali ini. Jepun dan […]

Corak Latihan Kim Pan-gon Di Qatar Kini Berubah

Corak latihan yang diterapkan oleh ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon di Qatar kini difahamkan telah pun berubah menjelang Piala Asia 2023. Pengendali kelahiran Korea Selatan ini telah mencuri perhatian banyak media terutamanya di pentas antarabangsa dengan temu bual bersama laman FIFA dan Forbes menunjukkan kemampuan sebenar pelatih ini. Harimau Malaya berada dalam momentum baik untuk […]

Bahrain Kecundang Di Tangan Australia

Bahrain kecundang di tangan Australia setelah tewas dengan jaringan 2-0 dalam aksi persahabatan. Gol pertama Australia hadir menerusi jaringan sendiri pertahanan Bahrain, Amine Benaddi yang tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-35. Australia mendominasi penguasaan bola pada babak pertama namun hanya mampu mencipta dua percubaan ke arah gawang gol Bahrain. Bersambung babak kedua, Bahrain […]

Syahmi Safari: Jurang Malaysia Dan Pasukan Arab Tidak Terlalu Besar

Syahmi Safari kekal positif dengan cabaran Malaysia apabila berpandangan jurang Malaysia dan pasukan Arab tidak terlalu besar. “Ini Piala Asia pertama buat saya dan rakan-rakan. Sebelum ini kami pernah bermain di Piala Asia Bawah 23 pada tahun 2018 namun inilah Piala Asia yang sebenar.” “Jurulatih memberitahu kami akan menjalani latihan berintensiti tinggi untuk menyesuaikan diri […]

Persiapan Syria Terjejas, Tukar Pelan Saat Akhir Bertemu Malaysia

Persiapan menjelang pertemuan antara Malaysia dan Syria bagi aksi persahabatan tidak berlangsung seperti yang diharapkan oleh pasukan gergasi Timur Tengah itu. Pasukan kendalian Hector Cuper menerima tamparan hebat selepas hanya seri berdepan pasukan ke-98 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 1-1 awal pagi tadi. Keadaan ini bertambah buruk selepas pasukan hanya merekodkan dua kemenangan dalam 6 aksi […]

Nilai Terkini Skuad Malaysia Mengejutkan, Atasi Pasukan Ke-94 Dunia

Nilai pasaran skuad Malaysia yang dibawa ke Piala Asia telah pun berjaya mengatasi beberapa pasukan 100 terbaik dunia sekaligus membuktikan perkembangan yang amat baik tahun 2024. Skuad kendalian Kim Pan-gon dibarisi muka berpengalaman di pentas tertinggi Asia itu apabila layak secara merit selepas 43 tahun. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu memilih untuk mempertaruhkan muka baharu […]

3 Pengadil Dari Malaysia Terpilih Ke Piala Asia

Seramai tiga pengadil dari Malaysia telah dipilih oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk ke kejohanan Piala Asia 2023 di Qatar yang dijadualkan bermula 12 Januari ini. Tiga pengadil yang terpilih itu adalah Muhammad Nazmi Bin Nasaruddin, Mohamad Zairul Bin Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Bin Abd Rasid. Nazmi merupakan pengadil perlawanan manakala Zairul […]

Kim Pan-gon: Saya Tahu Ini Sukar Buat Kita

Pengendali skuad senior Malaysia, Kim Pan-gon mengakui bukan mudah buat skuad negara ingin mara ke pusingan 16 terbaik Piala Asia 2023. Selepas berjaya layak secara merit buat kali pertama sejak 1980, Harimau Malaya diletakkan dalam Kumpulan E bersama Jordan, Bahrain dan pasukan ketiga terbaik Asia, Korea Selatan. Ketiga-tiga pasukan bukan calang-calang kalau mengikut ranking terkini […]

Jaring Gol Berkasut Sneakers, Kata Son Heung-min “Ini Baru 60% Kekuatan Saya”

Kapten pasukan Korea Selatan, Son Heung-min memberitahu bahawa beliau baru menggunakan 60 peratus kekuatannya untuk menjaringkan gol yang sangat berkualiti. Pemain berusia 31 tahun itu bakal memimpin Taeguk Warriors ke Piala Asia 2023 sebagai salah satu pasukan pilihan untuk menamatkan penantian pasukan menjulang trofi berprestij Asia tersebut. Beliau mempamerkan aksi terbaik ketika melakukan beberapa sepakan […]

Hamidin: Saya Tahu Kami Mendapat Kecaman

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menyedari akan kecaman yang diterima ketika beberapa pemain naturalisasi gagal memberikan impak yang diharapkan. Dua pemain naturalisasi yang dianggap tidak berjaya adalah Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi. Hamidin menjelaskan selepas kegagalan dua pemain tersebut FAM menghentikan projek naturalisasi. “Ketika saya mula memegang jawatan presiden pada […]