Malaysia Hilang Khidmat Corbin Ong

Skuad kebangsaan Malaysia menerima tamparan yang hebat apabila terpaksa melupakan khidmat pertahanan kiri, La’Vere Corbin-Ong untuk aksi pertama Piala Asia 2023 menentang Jordan. Perkara tersebut didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam satu siaran di Youtube rasmi Astro Arena. Dalam perlawanan persahabatan tertutup menentang Syria tempoh hari, tempat Corbin Ong di pertahanan kiri […]

Nama Arif Aiman Jadi Bualan Orang Argentina

Kelibat penyerang sensasi Malaysia, Arif Aiman Hanapi menjadi bualan orang Argentina menjelang sepak mula Piala Asia 2023. Pemain berusia 22 tahun itu tersenarai dalam 26 orang pemain yang dibawa oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk memacu cabaran negara ke Qatar. Harimau Malaya layak secara merit selepas 43 tahun tidak melakukannya sakaligus menjadi tumpuan di Asia. […]

Malaysia Open: Langkah Ng Tze Yong Terhenti Awal, Ditewaskan Koki Watanabe

Cabaran Malaysia dalam acara perseorangan lelaki Malaysia Open 2024 berakhir hari ini. Ini selepas perseorangan lelaki kedua negara, Ng Tze Yong terpaksa menarik diri semasa menentang pemain perseorangan Jepun, Koki Watanabe dalam pusingan pertama kejohanan. Perlawanan hari ini dilihat medan terbaik buat pemain nombor 15 dunia itu membalas dendam selepas kalah kepada lawan sama di […]

Skuad Muda Kerteh Sertai Saingan Divisyen 2 La Liga

Kerteh FC mengumumkan bakal menghantar skuad muda bawah 18 tahun menyertai saingan divisyen 2 La Liga pada Jun 2024 nanti. Kejohanan yang dikenali sebagai La Liga Youth League 2024 itu bakal dianjurkan di Kuala Lumpur dimana skuad bawah 18 tahun ini bakal bertanding dalam kategori bawah 21 tahun. Menurut Kerteh FC, penyertaan tersebut bertujuan untuk […]

Kobe Jae Chong Pamer Kecemerlangan Di Barwell FC

Kobe Jae Chong kini mempamerkan kecemerlangan di Barwell FC apabila mencatat 11 gol dan bantuan jaringan pada musim ini. Pemain warisan Malaysia ini pantas menyesuaikan diri buat pasukan Barwell yang berada dalam saingan Southern League Premier Division Central. Baru-baru ini, Kobe mencetak 1 bantuan jaringan dan membantu Barwell mengikat Alvechurch FC 2-2. Kini pemain berusia […]

TMJ Sumbang RM300 Ribu Bagi Semua Kelab Liga Super Yang Menukar Padang

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ bertitah untuk memberikan bantuan kewangan sekitar RM300 ribu bertujuan untuk menyelenggara padang di setiap negeri bagi tahun 2024. Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Belia & Sukan, YB Hannah Yeoh, beliau memaklumkan bahawa DYAM TMJ telah bersetuju untuk memberikan bantuan tersebut selepas setiap negeri menyelesaikan proses […]

Ketiadaan Tonggak Tengah Malaysia Cetus Kerisauan Peminat

Biarpun namanya sudah disenaraikan dalam senarai 26 pemain ke Piala Asia 2023 Qatar, kelibat Natxo Insa masih tidak kelihatan dalam perlawanan sebenar. Kerisauan itu ditimbulkan oleh pemerhati bebas bola sepak Malaysia, Piang Shankly dalam satu hantaran di laman X miliknya. “Jadi Jalil Elias tak lepas dgn Dion Cools & kawan-kawan malam tadi? Tapi aku lagi […]

Penyokong Dah Ada Nama Baru Buat Romel Morales

Walaupun baru pertama kali menyertai skuad kebangsaan, penyokong Harimau Malaya sudah mempunyai nama baharu buat pemain naturalisasi ke-9 negara, Romel Morales. Melalui tinjauan Makanbola di ruangan komen Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), rata-rata penyokong menggelar Romel Morales dengan panggilan Ramli selepas mendapat kerakyatan Malaysia. Panggilan Ramli kepada Romel itu juga telah disokong dan digunakan oleh […]

Kim Pan-gon: Terlalu Banyak Potensi Pemain Malaysia

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon kagum dan mengakui bakat serta kebolehan yang dimiliki pemain-pemain negara. Baru-baru ini, Pan-gon menceritakan kepada sebuah portal Korea Selatan, Sports Chosun berkenaan potensi besar yang dimiliki oleh para pemain di Malaysia yang menjadikannya semakin berusaha keras sebagai seorang jurulatih. “Terdapat lebih banyak potensi di Malaysia daripada magis. Saya terpaksa menzahirkan […]

Penyokong Syria Berang Tak Mampu Kalahkan Malaysia Lagi

Penyokong dan peminat bola sepak Syria mula menunjukkan rasa berang susulan keputusan seri yang dicatat Syria ketika berdepan Malaysia. Dalam aksi persahabatan tertutup malam semalam, Syria dan Malaysia catat keputusan seri 2-2 menerusi jaringan Pablo Sabbag dan Ibrahim Hesar (Syria) serta Arif Aiman dan Paulo Josue (Malaysia). Syria sekali lagi terpaksa akur apabila gagal menewaskan […]

Kim Pan-gon Gembira Dengan Semangat Juang Harimau Malaya

Pengendali skuad senior negara, Kim Pan-gon gembira dengan persembahan dan semangat juang yang ditampilkan mereka hari ini. Malaysia membuktikan mereka mampu bersaing dengan mana-mana pasukan apabila berjaya mengikat Syria 2-2 dalam aksi pemanas badan pra-kejohanan di Doha, Qatar awal pagi ini. Pemain sayap Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Arif Aiman Hanapi meletakkan Harimau Malaya […]

Malaysia Gah Ikat Syria

Aksi persahabatan antara pasukan Malaysia dan Syria berkesudahan dengan skuad negara berjaya mengikat lawan dengan keputusan 2-2. Perlawanan pemanas badan itu menyaksikan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menurunkan beberapa pemain terbaik dalam kesebelasan utama pasukan. Syria yang mendapat sentuhan ketua jurulatih, Hector Cuper tampil dengan strategi tersendiri untuk memburu kemenangan sebelum Piala Asia. Qasioun […]

5 Pemain Asia Tenggara Paling Bernilai Warnai Piala Asia 2023

5 pemain Asia Tenggara paling bernilai akan mewarnai Piala Asia 2023 setelah pasukan Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam berjaya melayakkan diri secara merit. Berdasarkan laman Transfermarkt, berikut merupakan 5 pemain Asia Tenggara paling bernilai yang dipanggil menyertai kejohanan Piala Asia di Qatar: 1. Sandy Walsh (Indonesia) – RM7.62 juta Sandy Walsh merupakan pemain kacukan Indonesia-Belanda […]

Natxo Insa Pecah Rekod 43 Tahun Pemain Malaysia

Pemain tengah negara, Natxo Insa bakal memecahkan satu lagi rekod buat skuad negara apabila turun beraksi di kempen Piala Asia kali ini. Menerusi satu ciapan yang dimuatnaik oleh HarimauMYstats, Natxo Insa bakal menjadi pemain paling tua untuk pasukan Malaysia di pentas Piala Asia ini. “Natxo Insa akan menjadi pemain paling tua Harimau Malaya di Piala […]

Kim Pan-gon Puji Malaysia Di Hadapan Orang Korea

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon melambungkan pujian tertinggi kepada pasukan kebangsaan di hadapan orang Korea tentang kualiti pemain yang dikendalikannya ketika ini. Pengendali berusia 54 tahun itu bercakap kepada laman Korea Selatan, Sport Chosun tentang kehandalan pasukan negara ketika ini termasuklah kejayaan melonjak ke tangga 130 dunia. Beliau memberikan pandangan jujur tentang perkembangan bola sepak […]

Kaki Jersi Lancarkan Baju Istimewa Demi Malaysia

Syarikat pengeluar pakaian sukan, Kaki Jersi baru-baru ini telah melancarkan jersi terbaharu demi menyemarakkan perjuangan Malaysia di Piala Asia 2023 Qatar. Dalam satu video yang dimuatnaik Kaki Jersi di laman X, dua ikon telah dipilih untuk memperkenalkan jersi baharu tersebut iaitu pemain bola sepak wanita negara, Steffi Sarge Kaur dan bekas pemain kebangsaan, Nazirul Naim. […]