Akmal Rizal Serah Nasib Kepada Penang

Pengendali Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli menyerahkan kedudukannya sebagai jurulatih untuk dinilai pengurusan pasukan itu. Ini selepas Sang Harimau Kumbang gagal merekodkan kemenangan buat kali kelima apabila kecundang 1-0 kepada Sri Pahang FC pada 20 Oktober lalu. Penyerang Ukraine, Mykola Ahapov muncul wira Tok Gajah dengan meledakkan gol kemenangan pada minit akhir babak pertama. […]
Hazwan Bakri Cetak Gol Sulung Untuk Kuching City

Bekas penyerang kebangsaan, Hazwan Bakri membuka akaun golnya bersama Kuching City FC dalam aksi terbaru Liga Super. Sebelum ini, penyerang berusia 33 tahun itu terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) pada Disember 2023. Selepas kembali cergas sepenuhnya, Hazwan menjadi antara rekrut terbaru The Cats dalam tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga […]
Badrul Afzan Gesa Taji Terengganu Lebih Tajam

Ketumpulan jentera serangan Terengganu FC terus memeningkan pemangku jurulatih pasukan itu, Badrul Afzan Razali. Terengganu berharap dapat mengakhiri kemarau kemenangan mereka dalam lima perlawanan apabila bertemu dengan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 19 Oktober lalu. Jentera serangan Peteh terdiri daripada Nelson Bonilla, Ismaheel Akinade, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid dilihat berdepan kesukaran menembusi […]
Nidzam Jamil Lihat Selangor Bergelut, Ulangi Masalah Tahun Lalu

Ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil mengakui pasukannya tidak memberikan fokus yang sepenuhnya sehingga tamat wisel permainan. The Red Giants terpaksa akur apabila PDRM berjaya bangkit mengikat pada saat akhir dalam saingan Liga Super semalam. Beliau menyatakan bahwa masalah yang dihadapi oleh Selangor masih berulang seperti tahun lepas. Selangor kerap dibolosi pada saat akhir sehingga menyebabkan […]
Zaquan Adha: Faktor Tekanan Pengaruhi Prestasi Terengganu

Bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak percaya faktor tekanan menyukarkan Terengganu FC mengakhiri kemarau kemenangan mereka. Selepas menewaskan KL City FC pada 10 Ogos lalu, pasukan yang diberi jolokan Sang Penyu itu kini bergelut meraih kemenangan dalam enam perlawanan semua kejohanan. Terbaru, pasukan yang dibimbing pemangku jurulatih, Badrul Afzan Razali itu kempunan meraih kemenangan […]
Penang Tempang Tanpa Rafael Vitor

Penang FC bakal beraksi menentang Sri Pahang FC tanpa kelibat kapten mereka dari Brazil, Rafael Vitor. Perkara ini disahkan sendiri oleh pengendali Sang Harimau Kumbang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli. Vitor terpaksa disisihkan selepas mengalami kecederaan dalam aksi menentang KL City FC pada 29 September lalu. Akmal mengakui ketiadaan bek tengah berusia 31 tahun itu bakal […]
Perak Tagih Sorakan Penyokong Di Manjung

Pengurus Besar Perak FC, Neow Choo Seong berharap penyokong pasukan itu dapat hadir beramai-ramai untuk aksi pasukan itu menentang Sabah FC pada 19 Oktober. The Bos Gaurus menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Manjung sebagai gelanggang tuan rumah untuk baki aksi Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25. Ini disebabkan gelanggang mereka, Stadium Perak di Ipoh kini menjalani […]
Miroslav Kuljanac Puas KL City Raih Tiga Mata

Pengendali KL City FC, Miroslav Kuljanac mengakui puas melihat anak buahnya meraih tiga mata penuh. KL City berentap dengan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) untuk aksi pembukaan minggu ke-13 liga pada 18 Oktober lalu. Meskipun ketinggalan menerusi gol Washington Brandao, The City Boys meraih kemenangan 3-1 pada akhir perlawanan. Dua gol kapten, Paulo Josue […]
KL City Terima Suntikan Jutaan Ringgit

KL City FC bakal menerima suntikan kewangan berjumlah RM1 juta pada akhir bulan ini. Perkara ini disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar kepada media selepas majlis makan malam eksklusif bersama penaung, presiden dan ahli-ahli jawatankuasa eksekutif KLFA yang baru di Mercure Hotel Trion pada 17 Oktober lalu. Beliau memaklumkan suntikan […]
Liga Super: Senarai Perlawanan Minggu 13, Waktu, Lokasi & Siaran TV

Selepas tamat kalendar antarabangsa FIFA, saingan Liga Super kembali dengan perlawanan minggu ke-13. Aksi minggu ke-12 menyaksikan hanya tiga perlawanan diadakan pada 28 dan 29 September serta 4 Oktober. Perak FC dan KL City FC masing-masing meraih kemenangan pada minggu berkenaan. The Bos Gaurus menewaskan Sri Pahang FC di Temerloh pada 28 September. Sementara Penang […]
Alex Agyarkwa Kembali Perkuat Selangor

Selangor FC menerima suntikan semangat apabila pemain tengah import dari Ghana, Alex Agyarkwa sudah kembali cergas sepenuhnya. Sebelum ini, Agyarkwa terpaksa berehat selama dua bulan akibat kecederaan. Kecederaan itu dialami dalam aksi final Piala FA 2024 antara Merah Kuning dan Harimau Selatan. Situasi ini menyebabkan pemain tengah Ghana itu bukan saja terlepas beberapa aksi Liga […]
KL City Berpotensi Raih Kedudukan Terbaik Liga

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City FC, Stanley Bernard percaya dengan sokongan yang betul, pasukan itu mampu meraih kedudukan terbaik mereka dalam liga. Ketika ini, KL City berada di kedudukan kelapan liga dengan 11 mata selepas mengharungi 11 perlawanan dan potongan enam mata oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL). Kedudukan terbaik KL City dalam liga […]
Kelantan DN Terpaksa Lupakan Dua Tonggak Import

Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) perlu berdepan KL City FC tanpa kelibat kapten Oday Kharoub dan bek tengah Republik Czech, Michal Jerabek. Ini kerana dua tonggak import Sang Kijang Emas itu perlu menjalani penggantungan satu perlawanan selepas mengutip kad kuning ketiga. Oday dan Jerabek mengutip kad kuning ketiga mereka dalam aksi Liga Super menentang […]
Kedah Hargai Keprihatinan Sanusi

Pengurusan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menghargai keprihatinan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Bin Md Noor untuk membantu pasukan itu. Sejak saingan Liga Super musim 2024/25 bermula, Sang Kenari bergelut dengan masalah kewangan terutama isu tunggakan gaji. Isu tersebut turut mengakibatkan beberapa tonggak Kedah memilih meninggalkan pasukan dalam tetingkap kedua perpindahan Liga […]
Tiket Aksi Kedah vs Terengganu Baru Terjual 4 Keping

Meskipun aksi Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Terengganu FC bakal berlangsung pada 19 Oktober ini, sambutan dilihat dingin. Ini berdasarkan bilangan tiket perlawanan yang dijual untuk aksi berkenaan. Difahamkan hanya empat keping tiket yang terjual setakat ini seperti yang disiarkan di platform media sosial rasmi Kedah. Apabila ramai penyokong bertanya mengapa tindakan tersebut […]
Lampu Limpah Punca Aksi Perak vs JDT Berjalan Pada Waktu Petang

Isu lampu limpah di Stadium Majlis Perbandaran Manjung menjadi punca aksi Perak FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) diadakan pada petang 10 November ini. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Pengurus Besar Perak, Neow Choo Seong dalam satu sidang media yang diadakan di Manjung pada 15 Oktober lalu. Choo Seong memaklumkan sistem lampu limpah […]