Liga Super: JDT Tinggal Selangor 2-0 Babak Pertama

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) meraih kelebihan 2-0 dalam separuh masa pertama aksi Liga Super menentang Selangor di Stadium MBPJ. JDT mahu bangkit selepas mengalami kekalahan pertama musim 2024/25 di tangan Gwangju FC. Manakala Selangor mahu meneruskan momentum cemerlang selepas menewaskan Jeonbuk Hyundai Motors. Aliff Izwan Yuslan dan Ali Olwan menjadi sandaran gol pengendali […]
Zainal Abidin: Terengganu Masih Tak Jumpa Pengganti Ivan Mamut

Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan berpandangan Terengganu FC masih belum menemui pengganti penyerang Croatia, Ivan Mamut. Pandangan itu dilontarkan selepas melihat pasukan itu bergelut meraih keputusan seri 2-2 dengan Perak FC dalam aksi terbaru Liga Super pada 26 Oktober lalu. Perak mendahului sebanyak dua kali menerusi penalti Luka Milunovic dan Luciano Guaycochea. […]
Liga Super: Rekod 5 Aksi Terakhir Selangor & JDT Curi Tumpuan

Rekod lima perlawanan terakhir membabitkan Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mencuri perhatian peminat bola sepak negara. Aksi terakhir JDT menyaksikan pasukan itu tunduk 3-1 kepada wakil Korea Selatan, Gwangju FC dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Kekalahan itu merupakan kekalahan pertama JDT untuk musim 2024/25. Meskipun begitu, pasukan itu merekodkan […]
Fandi Ahmad Hampa Sri Pahang Terlepas Raih Tiga Mata

Jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad mengakui kecewa melihat pasukannya terlepas peluang meraih tiga mata dengan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC). Selepas meraih kemenangan ke atas Penang, penyokong Tok Gajah berharap rentak dapat diteruskan ke atas wakil Pantai Timur, Kelantan DN. Walau bagaimanapun, pelawat terlebih dahulu di hadapan menerusi gol Washington Brandao pada separuh […]
Tunku Ismail & Raja Muda Johor Beraksi Bersama Bintang JDT

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor meraikan hari keputeraan Raja Muda Johor, DYAM Tunku Iskandar ibni Tunku Ismail dengan beraksi bersama Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Ini berdasarkan siri gambar yang dimuat naik isteri baginda, YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Bustamam di platform Instagram baru-baru ini. Siri gambar tersebut menunjukkan Tunku Ismail dan […]
“Akmal Rizal Ambil Cuti Malam Ini”

Status terkini Akmal Rizal Ahmad Rakhli terus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong Penang FC. Sebelum ini, pengurusan Penang dilaporkan telah merehatkan bekas penyerang kebangsaan itu sebagai ketua jurulatih Sang Harimau Kumbang. Ini susulan pasukan itu menghadapi kemarau kemenangan dalam lima perlawanan. Ini termasuk dua kekalahan berturut-turut dalam Liga Super di tangan KL City FC […]
Dominic Tan Jaring Gol Roket Jarak Jauh

Nama bek tengah Harimau Malaya, Dominic Tan menjadi sebutan penyokong Sabah FC dalam aksi terbaru Liga Super menentang Penang FC. Ini selepas sepakan jarak jauhnya membantu Sang Badak meraih kemenangan 4-0 ke atas Sang Harimau Kumbang di Stadium Bandaraya pada 25 Oktober lalu. Menariknya, semua gol yang menerjah gawang Sikh Izhan Nazrel dijaringkan dari jarak […]
Yusri Che Lah Pasang Persediaan Lebih Rapi Bertemu Terengganu

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah mengatur persediaan lebih rapi menjelang aksi Liga Super menentang Terengganu FC pada 26 Oktober ini. Persediaan ini diatur bagi memastikan Perak tidak mengalami nasib sama semasa menentang Sabah FC pada 19 Oktober lalu. Aksi tersebut menyaksikan The Bos Gaurus dilihat dapat mencuri mata daripada Sang Badak pada kedudukan 2-2. […]
Selangor Peruntukkan 700 Tiket Buat Penyokong JDT

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) bakal mendapat sokongan padu 700 orang penyokong menjelang aksi Liga Super menentang Selangor FC pada 27 Oktober ini. Ini selepas pengurusan Merah Kuning memaklumkan kesemua 700 tiket untuk penyokong pasukan pelawat sudah habis dijual. Perkara ini dinyatakan dalam satu pengumuman di platform media sosial rasmi Selangor. Pengurusan Merah Kuning […]
Kedah Mahu Kekalkan Rentak Kemenangan

Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain mahu mengekalkan rentak kemenangan menjelang aksi menentang PDRM FC untuk musim 2024/25. Selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Terengganu FC pada 19 Oktober lalu, Sang Saka Biru menjadi sasaran terbaru Kedah. Menariknya, pasukan itu menjadi mangsa pertama Sang Kenari dalam aksi pembukaan Liga Super pada Mei […]
Sikh Izhan Harap Penang Cepat Serap Ilmu Merzagua Abderrazak

Penjaga gol kebangsaan, Sikh Izhan Nazrel berharap Penang FC segera menyerap ilmu yang diajar pemangku jurulatih pasukan itu, Merzagua Abderrazak. Merzagua yang juga pengarah teknikal pasukan itu menggalas peranan sebagai pemangku jurulatih selepas pengurusan Penang memilih merehatkan jurulatih sebelumnya, Akmal Rizal Ahmad Rakhli. Keputusan itu dibuat susulan Penang gagal merekodkan sebarang kemenangan dalam lima perlawanan. […]
Noor Al-Rawabdeh Azam Pulih Lebih Cepat

Pemain tengah Selangor FC, Noor Al-Rawabdeh berazam untuk kembali pulih lebih cepat daripada tempoh sembilan bulan yang dinyatakan. Pemain tengah Jordan berusia 27 tahun itu terpaksa melupakan baki kempen musim 2024/25 selepas mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL). Kecederaan itu dialami selepas aksi Liga Super menentang PDRM FC pada 19 Oktober lalu. Ini menjadikan aksi […]
Ifwat Akmal: Kedah Mahu Kedudukan Lima Terbaik

Penjaga gol Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Ifwat Akmal berharap kemenangan terbaru pasukan itu dapat membawa mereka menghampiri kelompok lima terbaik liga. Penantian kemenangan Kedah selama tiga bulan berakhir apabila pasukan itu menewaskan Terengganu FC di Stadium Darul Aman pada 19 Oktober lalu. Bek tengah Brazil, Jose Cleylton muncul wira dengan menanduk bola melepasi […]
Noor Al-Rawabdeh Terpaksa Berehat Panjang

Selangor FC menerima tamparan hebat apabila kehilangan khidmat tonggak tengah Jordan, Noor Al-Rawabdeh. Pemain tengah berusia 27 tahun itu perlu berehat panjang selepas mengalami kecederaan ligamen anterior krusiat (ACL). Perkara ini dikongsikan sendiri Noor menerusi satu hantaran di Instagram Story beliau. “Hasil pemeriksaan mendapati saya didiagnosis dengan kecederaan ACL. Kami hanya mengatakan apa yang diredhai […]
Perak Enggan Jadikan Stadium Sebagai Alasan Kekalahan

Bek tengah Perak FC, Shivan Pillay enggan menjadikan pertukaran venue sebagai alasan di sebalik kekalahan mereka di tangan Sabah FC. Perak beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) untuk baki kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25. Ini disebabkan stadium keramat mereka, Stadium Perak menjalani proses penaiktarafan yang sedang berjalan. Ini termasuk penukaran rumput lembu […]
Liga Super: Aksi PDRM & Selangor Rekod Kehadiran Tertinggi Minggu 13

Hari perlawanan minggu ke-13 menyaksikan aksi PDRM FC dan Selangor FC merekodkan kehadiran tertinggi. Dengan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) tidak beraksi pada minggu ini, aksi ini dilihat peluang buat Merah Kuning merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga itu. Aksi yang berlangsung pada 19 Oktober lalu menyaksikan Selangor pada awalnya mendahului menerusi Alvin Fortes. […]