Sabah Hilang Khidmat Darren Lok

Sabah FC terpaksa melupakan khidmat penyerang kebangsaan, Darren Lok untuk beberapa perlawanan Liga Super. Sebelum ini, ramai penyokong Sang Badak bimbang apabila penyerang berusia 33 tahun itu terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama aksi New Zealand menentang Malaysia. Isu kecederaan mendorong pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente memasukkan Akhyar Rashid sebagai pengganti bekas penyerang PJ […]

Nilai Clayton Melonjak RM1.5 Juta Sejak Main Di Perak

Sejak menyertai Perak FC pada awal musim 2024/25, nilai penyerang import Brazil, Clayton kini mencecah €300,000 (RM1.5 juta). Ini berdasarkan semakan terbaru nilai bekas penyerang Dynamo Kyiv itu di Transfermarkt. Sebelum ini, nilai beliau mencecah angka sifar selepas meninggalkan kelab lamanya, Hercilio Luz. Selepas menyertai The Bos Gaurus pada April 2024, nilainya kini mencecah €300,000 […]

Hakimi Abdullah Teruja Kembali Beraksi Bersama Kelantan DN

Pemain sayap Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Hakimi Abdullah mengakui teruja kerana dapat beraksi semula di atas padang. Sebelum ini, pemain sayap berusia 24 tahun itu terpaksa berehat selama 11 bulan kerana menjalani pemulihan kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL). Selepas kembali pulih, usaha Hakimi mendapatkan minit permainan bersama Terengganu FC untuk musim 2024/25 sukar. […]

Abdi Hassan & Shahrom Kalam Dilantik Penolong Jurulatih Selangor

Selangor FC mengumumkan perlantikan Shahrom Kalam dan Abdi Hassan sebagai penolong jurulatih kepada pengendali pasukan, Nidzam Jamil. Perlantikan dua figura berkenaan diumumkan pengurusan Merah Kuning menerusi satu pengumuman di laman sesawang rasmi pasukan. Perlantikan Shahrom dan Abdi dibuat bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan penolong jurulatih sebelumnya, Conor Nestor. Jurulatih Ireland itu meninggalkan Selangor untuk menggalas […]

KL City Mula Lunaskan Tunggakan Gaji

Barisan pemain KL City FC dapat menghela nafas lega apabila pasukan itu mula melunaskan tunggakan gaji mereka. Perkara ini disahkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar menerusi satu kenyataan media. Ini sekaligus memenuhi janjinya untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PERKESO selepas […]

Khairul Fahmi Mulakan Karier Sebagai Penyerang

Siapa sangka sebelum dikenali sebagai penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat sebenarnya memulakan karier bola sepaknya sebagai penyerang. Anekdot pelik tapi benar ini dikongsikan sendiri oleh beliau semasa menjadi tetamu program Astro Arena, Bola Dulu Baru Kamu! baru-baru ini. Khairul Fahmi yang mesra disapa Apek memaklumkan beliau pada awalnya bermula menjadi penyerang semasa berusia 11 […]

10 November Tarikh Baharu Aksi Perak vs JDT

Penyokong Perak FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) akhirnya mengetahui bila aksi Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan itu bakal berlangsung. Sebelum ini, penyokong kedua-dua pasukan hampa apabila aksi liga yang sepatutnya berlangsung pada 5 Oktober lepas terpaksa ditangguhkan buat kali kedua. Keputusan penangguhan perlawanan dibuat susulan cuaca hujan lebat dan keadaan padang Stadium […]

Satu Entiti Dilaporkan Bayar RM1.5 Juta, Beli 51% Saham KL City

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad mendedahkan sebuah entiti dilaporkan bersetuju menjadi pemegang saham majoriti KL City FC. Hal ini dinyatakan beliau dalam satu kenyataan media menjelang Kongres KLFA yang bakal diadakan pada 12 Oktober ini. Sebelum ini, KL City berdepan masalah kewangan yang serius termasuk isu tunggakan gaji dan silap […]

Statistik Jimmy Raymond Memukau Selepas Digilap Aidil Sharin

Selepas 11 perlawanan Liga Super, pemain pertahanan Kuching City FC, Jimmy Raymond dilihat antara pemain pertahanan terbaik tempatan ketika ini. Ini berdasarkan statistik pertarungan merebut penguasaan bola yang dikongsikan Astro Arena. Berdasarkan statistik, Jimmy pemain kedua terbaik dengan memenangi penguasaan bola sebanyak 83 kali. Ini disusuli pemain pertahanan PDRM FC, Safiee Ahmad (82 kali) dan […]

Penjelasan Perak Berhubung Aksi Tertunda Lawan JDT

Pengurusan Perak FC tampil memberi penjelasan tentang penangguhan terbaru aksi Liga Super antara pasukan itu dengan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Aksi membabitkan Perak dan JDT yang sepatutnya berlangsung pada 5 Oktober lalu terpaksa ditangguhkan buat kali kedua susulan cuaca buruk dan padang digenangi air. Pengumuman penangguhan perlawanan buat kali kedua mengundang rasa tidak […]

P. Maniam Puas PDRM ‘Gari’ Terengganu

Pengendali PDRM FC, P. Maniam mengakui gembira kerana berjaya membawa pulang satu mata dari Kuala Terengganu baru-baru ini. Aksi terbaru Liga Super menemukan The Cops dan Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada 4 Oktober lalu. Peteh menyangka dapat menamatkan kemarau lima perlawanan tanpa kemenangan menerusi gol sulung Nelson Bonilla. Walau bagaimanapun, […]

Jese Rodriguez Gembira Sertai JDT ‘ Terima Kasih Tunku Ismail’

Penyerang baru Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Jese Rodriguez mengakui teruja kerana dapat menyertai pasukan gergasi selatan tanah air itu. Penyerang berusia 31 tahun itu melengkapkan perpindahan ke Harimau Selatan sebagai ejen bebas selepas meninggalkan kelab Brazil, Coritiba pada Januari lalu. Ini kali pertama Rodriguez beraksi di benua Asia selepas menghabiskan sebahagian besar kariernya […]

Faktor Penyudah Kecewakan Terengganu

Pemangku jurulatih Terengganu FC, Badrul Afzan Razali mengakui ketumpulan penyudah menggagalkan usaha pasukan itu meraih kemenangan ke atas PDRM FC. Sang Penyu berharap dapat kembali meraih kemenangan selepas kali terakhir melakukannya pada 10 Ogos lalu. Pada hari tersebut, Terengganu menewaskan KL City FC 2-0. Penyerang El Salvador, Nelson Bonilla menceriakan penyokong Terengganu dengan gol sulungnya […]

Shahrul Nizam Kembali Perkuat Terengganu

Terengganu FC mendapat khabar gembira apabila bek tengah mereka, Shahrul Nizam Ros Hasni kembali cergas. Sebelum ini, bek tengah berusia 26 tahun itu terpaksa disisihkan selama tiga minggu kerana mengalami kecederaan semasa menjalani latihan. Ini menyebabkan Terengganu terpaksa melupakan khidmat Shahrul Nizam untuk beberapa perlawanan. Ini termasuk aksi Liga Super menentang Selangor FC pada 28 […]

Raja Muda Johor Rasmi JDT Direct Store Raih Perhatian Peminat

Kelibat Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail mencuri tumpuan penyokong Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) di pusat beli-belah Toppen. Baginda berada di pusat beli-belah berkenaan untuk merasmikan pembukaan kedai cenderahati rasmi Harimau Selatan, JDT Direct Store pada 3 Oktober. JDT Direct Store yang terletak di bahagian bumbung […]

Terengganu Sedia Lunas Tunggakan Gaji Adisak Kraisorn

Pengurusan Terengganu FC bersedia melunaskan baki tunggakan gaji terhadap bekas penyerang import Thailand, Adisak Kraisorn. Isu ini timbul apabila pengurusan Peteh dilaporkan memiliki baki tunggakan gaji bekas penyerang Muangthong United itu sebanyak enam angka. Isu tunggakan gaji Adisak telah dibawa kepada pengetahuan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Justeru, Terengganu diberi tempoh selama 45 hari untuk […]