Dua Pasukan Tercorot Liga Super Bakal Terima Padah

Dua pasukan yang menduduki tangga tercorot Liga Super musim ini berdepan risiko tersingkir ke Liga M3 musim hadapan. Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam. Sekiranya itu berlaku, juara Liga M3 akan layak secara automatik dengan naib juara liga bakal berdepan pasukan kedua tercorot Liga Super dalam perlawanan […]

Semangat Richmond Boakye Pacu Selangor Semakin Membara

Penyerang baharu Selangor, Richmond Boakye mengakui jaringan pertama beliau tempoh hari bakal memberi suntikan semangat untuk memacu The Red Giants memburu kemenangan seterusnya.  Pemain kelahiran Ghana ini menzahirkan penghargaan tinggi kepada rakan sepasukan dan barisan jurulatih kerana tanpa bantuan mereka beliau tidak mampu menjaringkan gol pertamanya.  “Yang pertama, saya mahu berterima kasih kepada Tuhan yang […]

Safuwan Baharudin Harap Penyokong Selangor Dapat Terima Beliau Semula

Selangor FC hari ini mengumumkan kemasukan semula pemain tengah kebangsaan Singapura, Safuwan Baharudin bagi memperkuatkan pasukan bagi harungi saingan baharu Liga Super 2023. Pemain berusia 31 tahun ini berharap agar penyokong-penyokong Selangor dapat menerima dirinya kembali. Beliau akui tidak pernah meninggalkan Selangor.  “Saya rasa saya tidak tinggalkan pasukan pun, kecederaan yang lalui pada 6 bulan […]

Dua Kelab Dari Liga Berbeza Intai Khidmat Nurshamil

Selepas mengumumkan perpisahan bersama Kelantan, Nurshamil Abd Ghani kini menjadi pemain berstatus ejen bebas. Menurut kenyataan daripada wartawan Astro Arena Zulhelmi Zainal, penyerang kelahiran Melaka ini diintai oleh dua kelab dari dua liga yang berbeza.  Antaranya adalah pasukan dari Liga Super, Penang FC dan pasukan dari Liga M3, Harini FT.  Beliau sertai Kelantan pada musim […]

“Biarlah Mahkamah Mengadili” – Rizal Ghazali

“Biarlah mahkamah mengadili dan menegakkan keadilan”, jawapan daripada  pemain pertahanan Sabah FC, Rizal Ghazali selepas beliau yang telah didakwa mahkamah Majistrest atas pertuduhan memukul dan merosakkan telefon bimbit teman wanitnya pada awal bulan Jun yang lalu.  Bagaimanapun, pemain berusia 31 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibuat di Mahkamah Majistret tempoh hari.  Bekas pemain […]

Sabah FC Sambar Penyerang Dari Brazil

Kelab Bola Sepak Sabah (Sabah FC) mengumumkan kemasukan pemain import terbaharu iaitu Ramon Machado de Macedo dalam jendela perpindahan kedua Liga Super 2023 musim ini. Pemain kelahiran Brazil ini berusia 32 tahun dan sebelum ini telah beraksi di Liga Azerbaijan bersama pasukan Gabala FC yang kini berada di tangga ke-4 liga.  Beliau juga mempunyai pengalaman […]

Liga Super: Kedah Darul Aman 3-0 Perak FC

Aksi Liga Super LS14 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Kedah Darul Aman menentang Perak. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman itu menyaksikan pasukan tuan rumah mencatat kemenangan bergaya menewaskan Perak, 3-0. Babak separuh masa pertama berakhir dengan Kedah mendahului 1-0 dihadapan. Jaringan pemain import KDA FC, Amirbek Juraboev pada minit ke-26 permainan memastikan […]

Liga Super: Sri Pahang Mandi Peluh Tewaskan Penang

Perlawanan Liga Super petang ini menyaksikan pasukan Sri Pahang melayan kunjungan Penang FC yang berkesudahan dengan keputusan 1-0.  Sri Pahang turun dengan misi mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri dan ketika ini menduduki tangga ke-2 liga.  Manakala bagi pasukan Penang kini berada dalam momentum terbaik selepas menang dua perlawanan berturut-turut dan menghuni tangga ke-8 […]

Liga Super: Kedah Belasah Kelantan Di Darul Aman

Perlawanan Liga Super malam ini menyaksikan Kedah Darul Aman membelasah Kelantan di laman sendiri dengan keputusan 5-0.  Aksi bermula rancak apabila kedua dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan.  Kedah membuka tirai haringan menerusi tindakan bijak daripada ketua pasukan, Manuel Ott yang melepaskan rembatan deras ke sebelah kiri gawang gol dari luar kotak penalti menewaskan […]

Liga Super: Selangor Pamer Taring Benam KL City

Perlawanan Liga Super malam ini menyaksikan KL City melayan kunjungan Selangor FC yang berkesudahan dengan keputusan 1-3.  Pada minit ke-24 permainan, Tchetche Kipre meletakkan KL City dihadapan apabila rembatan deras dari luar kotak berjaya menerjah gawang gol.  Selang beberapa minit permainan,  pasukan Selangor berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan KL […]

Juara Liga Super Bakal Menerima RM2.4 Juta

Pasukan-pasukan Liga Super bakal mendapat durian runtuh musim ini. Ini selepas Malaysian Football League (MFL) mengumumkan peningkatan agihan pendapatan sebanyak 96.55% berbanding agihan yang diterima pada tahun lepas. Buat kali pertama, MFL memperkenalkan agihan secara merit di mana agihan diberi kepada pasukan mengikut kedudukan dalam Liga Super. Juara bakal menerima RM2.4 juta dengan pasukan tercorot […]

Lucas Kembali Perkuat Sri Pahang Lebih Awal Daripada Jangkaan

Khabar gembira buat kem Sri Pahang, apabila penyerang import Lucas da Silva kembali memperkuatkan pasukan lebih awal daripada jangkaan. Pemain itu sebelum ini dijangka akan tersisih lama berikutan kecederaan lutut dialami ketika pra-musim tempoh hari, namun sesi pemulihannya berjalan lancar dan dia kini sudahpun kembali menjalani latihan. Justeru, Lucas sudah tidak sabar untuk membuat penampilan […]

“Saya Rasa Gol Kalau Ada VAR” – Shahrel Fikri

Pemain sayap Negeri Sembilan, Shahrel Fikri hampir menjaringkan gol pertamanya musim ini apabila sepakannya hanya menerjah palang gol lalu melantun keluar. Beliau berpendapat jika sistem VAR wujud pasti ledakanya itu dikira gol. Namun, beliau tetap bangga kerana berjaya membantu Negeri Sembilan bangkit menewaskan Terengganu. “Saya rasa gol kalau ada VAR, boleh lihat kalau ada. Walaubagaimanapun, […]

Perak Masih Percayakan Pemain Tempatan

Pasukan Perak kini dalam misi memburu kemenangan yang kedua dalam saingan Liga Super selepas mengharungi 4 perlawanan yang penuh dengan cabaran dan dugaan.  Terdapat beberapa tonggak utama seperti Sunday Afolabi yang difahamkan masih mengalami kecederaan dan juga insiden kad merah yang menyebabkan beberapa pemain digantung perlawanan.  Ketua Jurulatih Perak, Lim Teong Kim akui ianya bakal […]

De Paula Berazam Bawa Melaka Kembali Ke Liga Super

Bekas penyerang kebangsaan, Guilherme De Paula berazam untuk bawa Melaka kembali ke Liga Super musim hadapan. Beliau menganggap beraksi di Liga M3 adalah cabaran baharu dalam karier bola sepaknya. Penyerang Brazil itu mahu membuktikan sentuhannya masih berbisa dan akan memberikan segalanya buat Melaka. “Saya akan bantu Melaka FC menjuarai Liga M3 dan layak ke Liga […]

Bojan Hodak: Tolonglah Jadi Adil

Jurulatih KL City, Bojan Hodak meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap keputusan pengadil yang mengadili perlawanan semalam. Penang FC berjaya mengikat KL City dengan jaringan 2-2 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras semalam. Walaubagaimanapun, beliau enggan memberi mengulas lanjut mengenai situasi tersebut kerana dia tidak mahu dikenakan tindakan lanjut yang tidak sewajarnya. Beliau cuma mahu […]