Zainal Abidin Harap Kelab Turunkan Pemain Tempatan Di Posisi Kritikal

Dengan saingan Liga Super bakal bermula tidak lama lagi, banyak pasukan sudah berbelanja besar dalam mendapatkan pemain termasuk pemain import. Tetapi bagi legenda bola sepak Dato Zainal Abidin Hassan, kelab-kelab diharap untuk terus menurunkan pemain tempatan di posisi penting termasuk bahagian serangan. Dalam temubualnya bersama MakanBola, Zainal Abidin yang juga bekas penyerang Harimau Malaya mengakui […]

Ifedayo Tak Berminat Jadi Pemain Naturalisasi

Bekas pemain Selangor, Ifedayo Olusegun mengakui setakat ini tiada dalam perancangannya untuk menjadi pemain naturalisasi.  Penjaring terbanyak Liga Super musim 20/23 ini sudah empat tahun berkelana di Liga Malaysia dan berpeluang menyarung jersi Harimau Malaya jika beliau teruskan beraksi bersama pasukan di Malaysia musim ini.  Namun, beliau sedang menghadapi situasi sukar selepas kehilangan bapanya pada […]

Liga-M Akan Disiarkan Menggunakan Teknologi HD

Para peminat bola sepak tempatan bakal disajikan dengan perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) yang disiarkan dalam definisi tinggi. Astro sebagai rakan penyiar rasmi Liga Malaysia musim ini telah mengumumkan bahawa mereka akan menyiarkan semua perlawanan Liga Malaysia meliputi Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia. Astro dalam satu kenyataan menyatakan rasa teruja dapat menjadi […]

Hak Penyiaran Kelab Liga Super 2023 Bakal Melebihi RM12 Juta

Kelab-kelab Liga Super boleh menghela nafas lega bila melihat dana penyiaran yang akan diterima mereka musim ini. Ini kerana hasil usaha MFL, nilai dana penyiaran yang diterima mereka bakal melebihi RM12 juta. Menurut CEO MFL, Stuart Ramalingam, penambahan dana tersebut dapat dilakukan disebabkan peningkatan jumlah penajaan yang diterima badan pengelola liga itu musim ini. Jika […]

14 Kelab Warnai Saingan Liga Super 2023

Liga Super dijangka menjadi lebih meriah musim ini dengan kehadiran 14 buah pasukan berbanding 12 pasukan pada musim lepas. Pasukan-pasukan ini ialah Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu, Sabah, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur City (KL City), Sri Pahang, Kedah, Penang FC, Kelantan, Kuching City, Kelantan United, PDRM dan Perak. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart […]

Liga Super Dijangka Terima Tajaan Lebih RM35 Juta

Saingan Liga Super musim 2023 dijangka bakal menguntungkan pasukan-pasukan yang bertanding. Ini selepas MFL menjangkakan mereka akan mendapat nilai tajaan yang lebih tinggi berbanding tahun 2022. Sebelum ini, pada 2021, MFL mengumumkan menerima tajaan sekitar RM33.4 juta termasuk hak penyiaran semua perlawanan pasukan Liga Malaysia. Walaupun nilai terbaru masih tidak didedahkan, ia dijangka bakal mengatasi […]

Penang Buru Kereta Kebal DNA ‘Kim Pan-gon’

Pasukan Liga Super, Penang FC dikhabarkan mahu membawa masuk seorang pertahanan tengah kelahiran Korea Selatan, Sae Ahn-hee. Pemain berusia 31 tahun itu merupakan tonggak utama buat sebuah pasukan di Liga Vietnam ketika ini iaitu Hoang Anh Gia Lai (HAGL FC). Bekas bintang kelab gergasi Korea, Pohang Steelers ini berada dalam radar pasukan utara tanah air […]

Bekas Pemain Selangor Bakal Kembali Semula Ke Liga Malaysia?

Bekas pemain Selangor, Armin Maier memberi bayangan bakal kembali ke Liga Malaysia dalam satu hantaran di laman milik Instagramnya.  Pemain berusia 25 tahun itu pada musim 2022 ini beraksi di divisyen keempat Liga Jerman bersama kelab SV Heimstetten yang berpangkalan di Munich. Pemain tengah ini pernah menyertai pasukan Selangor pada tahun 2020 hingga 2022 dan […]

P. Maniam Sertai Harini FT

Bekas jurulatih Petaling Jaya FC, P. Maniam difahamkan akan mengemudi kelab daripada Liga M3, Harini FT. Perkara ini telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi yang menyatakan bahawa P. Maniam menandatangani kontrak 1 musim bersama kelab Harini FT. Sebelum ini, jurulatih berusia 54 tahun itu menjadi rebutan dua pasukan yang akan beraksi di Liga […]

“Saya Takkan Beli Kelab Lain di Malaysia” – Zamsaham

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham melontarkan persoalan mengapa tiada pihak yang berminat untuk melabur di dalam dunia bolasepak di Malaysia. Menurutnya kelab-kelab seperti Melaka United dan Sarawak United mempunyai kumpulan penyokong yang ramai namun hairan tiada yang berminat membeli atau mengambil alih kelab tersebut. “Kenapa tiada orang beli pasukan Melaka […]

Harini Dijangka Ambil Alih PJ City

Desas-desas kuat mengatakan bahawa PJ City akan menarik diri daripada saingan Liga Super musim hadapan susulan masalah kewangan yang dihadapi. Menurut perkongsian pengacara sukan Astro Arena, Hafizal Hamad mendedahkan bahawa pasukan Harini FC kini dalam proses terakhir untuk mengambil alih PJ City. Pada September yang lalu, MFL ada mengumumkan bahawa Harini FC antara pasukan yang […]

4 Penaja Baru Berminat Taja KL City Musim 2023

Finalis Piala AFC 2022, KL City FC memaklumkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 4 syarikat swasta yang berminat untuk menjadi penaja pasukan pada musim hadapan. Perkara ini telah pun dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad dalam satu sidang media di Stadium Cheras hari ini. Beliau memaklumkan bahawa keempat-empat syarikat ini menunjukkan […]

Tragedi Menyayat Hati Pada Malam JDT Bermain Bunga Api di Stadium Sultan Ibrahim

Pada malam JDT berpesta dan bermain bunga api sebagai meraikan kejayaan menjuarai Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut, berlaku tragedi menyayat hati yang mengorbankan nyawa salah seorang daripada jutaan penyokong kelab selatan tanah air itu. Redzuan Jamil dan isterinya Nurul Nazihah Kamalul Ariffin, dalam perjalanan menuju ke Stadium Sultan Ibrahim untuk menyaksikan perlawanan terakhir Liga […]

Kim Swee Akui Keliru Dengan Penentuan Slot Piala AFC

Di sebalik berjaya menamatkan saingan Liga Super 2022 di kedudukan tiga teratas, Sabah FC gagal merebut slot beraksi di Piala AFC musim depan. Menuju beberapa jam sebelum perlawanan terakhir liga bagi musim ini, bukan sahaja penyokong, malah pegawai pasukan sendiri menyangka kedudukan tiga teratas akan menjamin kelayakan ke pentas Asia. Namun secara tiba-tiba Malaysian Football […]

Dollah Salleh : “Malam Ini Sepatutnya Milik Pahang”

Kekecewaan jelas terpancar di wajah Dollah Salleh, berikutan kekalahan 1-2 dialami pasukannya di tangan Sabah pada Selasa. Mana tidaknya, lima minit menuju wisel penamat di Stadium Darulmakmur, Sri Pahang berada di depan menerusi tandukan Steven Rodriguez dan dalam laluan tepat mengutip tiga mata. Namun sebaliknya berlaku, apabila Sabah bangkit menyamakan kedudukan menerusi Dominic Tan pada […]

Berjaya Lebur Rekod Gah JDT, Dollah Salleh Bersyukur

Pengendali Sri Pahang, Dollah Salleh nyata cukup gembira dengan kejayaan pasukannya mengutip satu mata ketika menentang Johor Darul Takzim (JDT) pada Jumaat. Keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Darul Makmur bukan sahaja menyaksikan Sri Pahang menjadi satu-satunya pasukan yang tidak tewas kepada skuad juara Liga Super itu musim ini. Tetapi lebih menarik ia turut menyaksikan […]