Liga Super: Penang & Kuching City Sama-Sama Lesu

Penang FC terpaksa pulang dengan satu mata selepas diikat Kuching City FC tanpa jaringan di Stadium Negeri, Kuching hari ini. Skuad Harimau Kumbang mahu menamatkan kemarau kemenangan yang berlarutan selama enam bulan. Kali terakhir mereka menang ialah ke atas Kuching City di Stadium Bandaraya pada penghujung April lalu. Sementara tuan rumah pula mahu meneruskan rentak […]

Keadaan Terkini Pemain Kuching City Cetus Kebimbangan

Kuching City FC mendedahkan keadaan terkini pemain mereka, Jimmy Raymond selepas dibawa keluar dari ambulans semasa perlawanan menentang PDRM semalam. Jimmy tidak sedarkan diri pada minit ke-83 selepas bola sepakan Kyaw Min Oo terkena kepala beliau. Menyedari situasi cemas yang berlaku ketika itu, pengadil Zamzaidi Katimin menghentikan perlawanan dan segera memanggil pasukan perubatan masuk ke […]

Liga Super: PDRM Bergelut Diikat Kuching City

Hasrat PDRM FC menghambat KL City FC tidak kesampaian apabila sekadar seri 1-1 dengan Kuching City di Stadium MBPJ hari ini. The Cops tahu satu lagi kemenangan bakal merapatkan jurang mereka dengan The City Boys kepada tiga mata. Sementara Il Gatto pula berusaha merapatkan jurang dengan Kelantan United FC yang memiliki kelebihan tujuh mata. Babak […]

Ayron Del Valle Buru Gelaran Kasut Emas

Penyerang berbisa Selangor FC dari Colombia, Ayron Del Valle dijangka berupaya menamatkan musim ini sebagai pemenang Kasut Emas Liga Super 2023. Ini kerana mengikut statistik MFL ketika ini, Del Valle selesa menerajui carta penjaring gol terbanyak musim ini dengan 21 gol. Ini disusuli oleh dua penyerang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Fernando Forestieri (18 […]

K. Devan Resah Dengan Ketumpulan Serangan Negeri Sembilan

Jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan resah dengan ketumpulan bahagian serangan pasukan itu selepas tewas 1-0 kepada Perak FC semalam. Ini kerana mereka mendapat banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal melakukannya. Ini termasuk percubaan Izzuddin Roslan yang gagal menembusi jaring The Bos Gaurus pada minit ke-88. Hal ini merugikan Negeri Sembilan kerana mereka gagal […]

Liga Super: Perak Hukum Negeri Sembilan

Kelebihan gelanggang sendiri gagal dimanfaatkan Negeri Sembilan FC apabila tewas tipis 1-0 kepada Perak FC dalam aksi terbaru Liga Super hari ini. Dengan Perak masih segar daripada kejayaan mara ke separuh akhir Piala Malaysia, tuan rumah yang dibimbing K. Devan sedar mereka bakal berdepan kesukaran hari ini. Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan mengambil pendekatan berhati-hati […]

Kelemahan Pertahanan Ancam Aspirasi Sri Pahang Ke Asia

Walaupun berjaya meraih kemenangan ke-13 dalam Liga Super semalam, kelemahan pertahanan Sri Pahang FC pastinya merungsingkan jurulatih mereka, Fandi Ahmad. Ini kerana daripada tujuh perlawanan terakhir yang diharungi mereka, gawang Tok Gajah dibolosi sekurang-kurangya sekali dalam enam perlawanan. Ini termasuk kemenangan 3-2 mereka ke atas Kuching City FC. Daripada tujuh perlawanan sama, dua daripadanya berakhir […]

Liga Super: Sri Pahang Hentikan Perjuangan Hebat Kuching City

Pasukan gergasi Pantai Timur, Sri Pahang FC terpaksa berhempas-pulas sebelum menewaskan Kuching City FC 3-2 di Stadium Darul Makmur hari ini. Selepas meraih kemenangan kedua ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam aksi suku akhir pertama Challenge Cup, kecemerlangan ini mahu diteruskan oleh Il Gatto. Begitupun, tuan rumah bermula dengan langkah kanan apabila […]

“Saya Tidak Terlalu Kecewa Tewas Begini” – Tomislav Steinbruckner

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengaku tidak terlalu kecewa biarpun anak-anak buahnya dibelasah Selangor FC 4-0 dalam aksi Liga Super semalam. Ini kerana daripada lima pertukaran yang dibuat dalam kesebelasan utama semalam, tiga daripadanya ialah pemain-pemain muda. Mereka ialah Rahadiazli Rahalim, Ubaidullah Shamsul Fazili dan Syahmi Zamri. Bagi Steinbruckner, mereka sudah memberi yang terbaik dalam […]

Liga Super: Selangor Belasah Terengganu Tanpa Belas

Selangor FC kembali pamer prestasi mantap dalam Liga Super apabila membenam cabaran Terengganu FC 4-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak hari ini. Selepas disingkirkan dari Piala Malaysia oleh skuad Peteh awal minggu ini, The Red Giants melihat perlawanan hari ini sebagai medan balas dendam ke atas tuan rumah. Babak pertama menyaksikan pasukan […]

Rekod Jaringan Ivan Mamut Lawan Selangor Perlu Dipantau Rapi

Kelibat penyerang Terengganu FC, Ivan Mamut bakal menjadi tumpuan barisan pertahanan Selangor FC dalam aksi Liga Super malam ini. Mengikut statistik MFL, Mamut kini sudah menjaringkan 17 gol dalam semua kejohanan Liga Malaysia (Liga M). Daripada 17 gol itu, penyerang Croatia itu sudah menjaringkan 10 gol dalam Liga Super. Lima gol lagi dalam Piala Malaysia […]

“Selangor Dalam Kedudukan Terbaik Ke Asia” – Tan Cheng Hoe

Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe percaya pasukannya masih berada pada kedudukan terbaik untuk layak ke Asia musim depan. Keyakinan beliau ini bersandarkan pada kedudukan dalam Liga Super ketika ini. Selepas Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) sah bergelar juara pada Rabu lepas, Selangor di tempat kedua dengan 49 mata. Dengan sasaran meraih satu trofi […]

Liga Super: KL City Benam Perak Di Ipoh

Aksi saingan Liga Super malam ini menyaksikan pertembungan di antara KL City dengan Perak di Stadium Ipoh yang berkesudahan dengan keputusan 4-0. Kedua-dua pasukan ini berada dalam momentum terbaik apabila berjaya layak ke pusingan suku akhir Piala Malaysia minggu lepas. Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainanan. Pada minit ke-30 permainan, […]

Kemarau Kemenangan Negeri Sembilan Terus Berpanjangan

Negeri Sembilan kini terus kemarau kemenangan dalam saingan Liga Super apabila tewas 4-0 kepada Selangor dalam perlawanan ke-20 Liga Super musim ini. Kali terakhir Negeri Sembilan menang dalam aksi Liga Super adalah sewaktu menentang PDRM dengan jaringan 2-1 iaitu pada 18 Mei 2023. Kini hampir 3 bulan pasukan ini kemarau kemenangan apabila sekadar meraih 5 […]

Kelantan Pecah Rekod Liga Super

Kelantan kini telah memecahkan rekod bola sepak Malaysia apabila menjadi pasukan paling banyak dibolosi dalam Liga Super dengan 76 bolos. Rekod pasukan paling banyak dibolosi dalam format 14 pasukan sebelum ini dipegang oleh pasukan PDRM pada tahun 2010 sebanyak 75 bolos. Lebih buruk, Kelantan yang telah dibolosi 76 kali dalam 20 perlawanan masih mempunyai baki […]

KL City Umum Nenad Bacina Sebagai Ketua Jurulatih Baharu

Pasukan KL City sebentar tadi mengumumkan Nenad Bacina sebagai ketua jurulatih baharu menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Bojan Hodak. Nenas Bacina merupakan penolong jurulatih kepada Bojan Hodak. Pengalaman yang dimilikinya bukan biasa-biasa.  Beliau pernah menjadi pembantu jurulatih kepada Bojan Hodak ketika mengendali Johor Darul Ta’zim dan pasukan negara bawah 19 tahun.  Nenad Bacina juga mempunyai pengalaman […]