Terengganu Anjur Hari Istimewa Buat Penyokong

Sebagai tanda penghargaan kepada para penyokong sepanjang musim 2023, Terengganu FC bakal menganjurkan Hari Penghargaan Terengganu FC 2023. Pengumuman program ini diumumkan pengurusan Peteh menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka hari ini. Penganjuran Hari Penghargaan Terengganu FC 2023 bertujuan menghargai sokongan penyokong yang setia di samping kelab sepanjang musim ini. Selain itu, […]
“Saya Masih Sayangkan Kelantan”

Jurulatih Kelantan FC, Angel Alfredo Vera mengakui masih sayangkan pasukan itu biarpun mendapat tawaran dari Liga 1 Indonesia. Pengakuan ini dibuat dalam sidang media pasca-perlawanan PDRM-Kelantan yang berlangsung semalam. Jurulatih Argentina itu mendedahkan beliau sudah mempunyai perancangan untuk membantu The Red Warriors bangkit pada musim hadapan. Bagaimanapun, beliau menyerahkan keputusan itu kepada pengurusan Kelantan sama […]
Paulo Josue: KL City Sasar Kedudukan Enam Terbaik

Kapten KL City FC, Paulo Josue berharap dapat membantu pasukan itu menamatkan kempen Liga Super dalam kedudukan enam terbaik. Ketika ini, kedudukan tersebut dihuni oleh finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu FC. Bagaimanapun, selepas diikat 1-1 Penang FC pada minggu lepas, mereka hanya memiliki kelebihan tiga mata di hadapan The City Boys. Sekiranya KL City berjaya […]
Liga Super: Sabah Tamatkan Tentangan Hebat Perak

Sabah FC melebarkan siri kemenangan mereka kepada lima kemenangan dalam semua kejohanan apabila menewaskan Perak FC 1-0 hari ini. Skuad Badak berharap dapat meneruskan momentum cemerlang selepas layak ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC. Sementara skuad Seladang pula mahu bangkit selepas dibelasah Selangor FC 4-0 dalam aksi Liga Super pada musim lepas. Menyedari kekuatan […]
Liga Super: Negeri Sembilan ‘Bantai’ Kelantan United

Negeri Sembilan FC merekodkan kemenangan keenam dalam Liga Super musim ini dengan membelasah Kelantan United FC 4-0 hari ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV itu sepatutnya bermula pada jam 9.00 malam. Bagaimanapun, hujan lebat mengakibatkan padang digenangi air sekaligus memaksa perlawanan ditangguhkan seketika. Selepas pengadil perlawanan, Faizudin Ismail melihat keadaan padang cukup […]
Tunggakan Gaji Kelantan FC Sudah Selesai?

Kemelut kewangan yang membelenggu Kelantan FC termasuk masalah tunggakan gaji dijangka sudah selesai. Ini selepas Malaysian Football League (MFL) mengesahkan Unit Pelesenan Kelab MFL telah menerima dokumen berkenaan pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai Kelantan FC semalam. Semua dokumen itu diserahkan kepada Unit Pelesenan Kelab MFL bagi membantu skuad Kijang mendapatkan Lesen Kebangsaan mereka untuk […]
4 Kelab Liga Super Buru Khidmat Bintang Berbakat Besar Kelantan

Selepas meninggalkan pasukan Kelantan FC, khidmat Muhaimin Izuddin Muhammad Asri bakal menjadi buruan kelab-kelab Liga Super. Ini selepas wartawan MakanBola, Faris Zukeiman mendedahkan ada empat pasukan Liga Super yang berhajat mendapatkan khidmat beliau. Keupayaan Muhaimin, 21, beraksi di bahagian sayap atau bahagian tengah menyerang mampu menjadi aset kepada mana-mana pasukan yang berminat. Walaupun prestasi The […]
Nafuzi Zain: Menang Baki Dua Perlawanan, Kita Ke Asia

Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain mensasarkan kemenangan untuk dua baki perlawanan Liga Super musim ini. Dengan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) sah bergelar juara liga, persaingan merebut kedudukan kedua masih terbuka antara Kedah dan Selangor FC. Ini kerana kedudukan kedua liga menjamin kelayakan ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) untuk […]
“Selangor Perlu Pastikan Dapat Nombor Dua” – Tan Cheng Hoe

Dengan perlawanan Liga Super berbaki dua perlawanan, Tan Cheng Hoe mengharapkan Selangor FC dapat mengekalkan kedudukan kedua sehingga akhir musim. Selepas Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) sah bergelar juara liga, perebutan naib juara masih terbuka antara Selangor dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Sekiranya Kedah berjaya meraih kemenangan ke atas Kelantan FC malam […]
7 Kelab Liga M3 Tidak Layak Beraksi Di Liga Super 24/25

Juara Liga M3, Imigresen FC sah tidak dapat beraksi dalam saingan Liga Super pada musim depan. Ini selepas First Instance Body (FIB) mengumumkan tujuh pasukan Liga M3 tidak layak untuk mendapatkan lesen untuk saingan liga musim hadapan. Sebelum ini, Imigresen bergelar juara liga di mana pemenang boleh layak secara automatik ke Liga Super musim hadapan […]
Akmal Rizal Mahu Tingkatkan Kualiti Permainan Penang

Jurulatih sementara Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli bersedia melakukan perubahan drastik ke atas pasukan itu untuk baki tiga perlawanan terakhir Liga Super. Akmal melihat dengan melakukan perubahan ini, ini bukan sekadar menambahbaik kualiti permainan pasukan yang diberi jolokan Harimau Kumbang itu di atas padang. Malah, ini dapat memberi peluang buat mereka mengutip sebarang mata […]
S. Subramaniam: Jurulatih Muda Patut Diberi Peluang

Bekas bek tengah Harimau Malaya, S. Subramaniam berharap kelab-kelab Liga Super dapat memberi peluang kepada pengendali muda. Liga Super musim 2023 menyaksikan beberapa jurulatih muda menggalas peranan sebagai jurulatih interim pasukan. Antara yang mendapat peluang demikian ialah Nazrulerwan Makmor (Kelantan United FC) dan terbaru, Akmal Rizal Ahmad Rakhli (Penang FC). Begitupun, sekiranya ada jurulatih muda […]
Perbadanan Stadium Malaysia Berguru Dengan JDT

Keupayaan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mentadbir dan menyelenggara kemudahan pasukan bertaraf dunia telah menarik perhatian Perbadanan Stadium Malaysia (PSM). Bagi memastikan usaha mengurus dan menyelenggara aset PSM berada pada tahap terbaik, delegasi PSM mengadakan lawatan ke JDT hari ini. Tujuan lawatan PSM ialah untuk menimba pengalaman dengan JDT dari segi pengurusan kemudahan termasuk […]
Liga Super: PDRM Cemerlang Kejutkan Sri Pahang

PDRM FC bangkit daripada ketinggalan sebelum merekodkan kemenangan mengejut ke atas Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur hari ini. Skuad Tok Gajah memerlukan kemenangan hari ini untuk merapatkan jurang dengan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di kedudukan ketiga liga. Sementara The Cops pula melihat kemenangan hari ini mampu melonjakkan mereka ke tangga ketujuh […]
Stanley Bernard: Semua Kelab Liga Super Patut Sasar Ke Asia

CEO KL City FC, Stanley Bernard melihat semua kelab Liga Super patut mempunyai matlamat untuk bertanding di peringkat benua Asia. Komen beliau ini timbul sebagai mengulas tindakan FAM mewajibkan semua pasukan Liga Super mewujudkan skuad Piala Presiden dan Piala Belia pada musim hadapan. Stanley mengakui dengan langkah tersebut, ini akan memberi kesukaran kepada pasukan Liga […]
Kelantan FC Bakal Kekal Di Liga Super?

Kelantan FC mendapat bayangan bakal kekal di Liga Super pada musim hadapan. Ini selepas CEO MFL, Stuart Ramalingam mendedahkan belum menerima dokumen daripada pasukan Liga M3 sebelum tarikh tutup yang berkuatkuasa baru-baru ini. Mengikut peraturan, dua pasukan dari Liga M3 boleh naik pangkat untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim depan. Dua pasukan itu akan […]