4 Kelab Liga Super Beli Penyerang Baharu

4 kelab di Liga Super Malaysia mendapatkan sentuhan penyerang baharu bagi jendela perpindahan kedua. Skuad Harimau Selatan rancak menambah baik pasukan menjelang sepak mula Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dan telah mendapatkan 7 pemain. Antara pemain tumpuan ialah penyerang Colombia, Jorge Obregon yang dibawa masuk dari kelab Croatia, HNK Rijeka. Pesaing terdekat JDT, Selangor FC […]
Giorgio Rossi Dilantik CEO MFL

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kini mendapat sentuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu iaitu Giorgio Rossi. Pemilik nama sebenar Giogio Pompili Rossi ini merupakan individu yang tidak asing dalam kancah bola sepak Malaysia selepas menjadi wakil La Liga Global Network Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya seawal tahun 2013 dengan menyertai agensi komersial Kelab Serie A sebelum […]
Misteri Penjaga Gol Bertopeng Terjawab, Jadi Pemain Ke-7 JDT

Penjaga gol berbakat LaLiga 2, Andoni Zubiaurre menjadi pemain ke-7 menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) dan menjawab misteri penjaga gol bertopeng pasukan. Pemain berusia 27 tahun itu berhijrah ke Malaysia daripada kelab La Liga2, CD Eldense untuk menyertai Harimau Selatan. Beliau juga memiliki pengalaman beraksi di La Liga bersama Real Sociedad sekitar tahun 2017-2023 sebelum […]
Jorge Obregón Beri Mimpi Ngeri Buat Port

Penyerang baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Jorge Obregon memberikan mimpi ngeri kepada kelab Thailand, Port FC. Pemain kelahiran Colombia itu memastikan skuad Harimau Selatan melakar kemenangan penting 3-1 berdepan lawan yang bukan calang-calang. Beliau diturunkan dalam kesebelasan utama dan membentuk trio serangan bersama Enzo Lombardo dan Oscar Arribas di Stadium Sultan Ibrahim. Percaturan ampuh skuad […]
Liga Super Bakal Terima Sentuhan Pakar LaLiga?

Liga Super Malaysia difahamkan bakal menerima sentuhan pakar LaLiga tidak lama lagi. Seorang individu penting difahamkan bakal mengisi jawatan penting untuk memacu kecemerlangan bola sepak Malaysia. Beliau juga memiliki pengalaman luas dan menjalinkan kerjasama dengan Liga Super sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk memantapkan kualiti saingan di Malaysia. Individu yang berasal dari Eropah ini difahamkan […]
Kelantan DN Terima Sentuhan Tonggak Myanmar, Aung Kaung Mann

Kelantan Darul Naim mengumumkan ketibaan penyerang Myanmar, Aung Kaung Mann sebagai rekrut terbaharu bagi meneruskan baki saingan Liga Malaysia. Pengumuman dibuat menerusi satu hantaran di platform media sosial Kelantan Darul Naim yang menyaksikan Aung Kaung Mann dibawa masuk bagi menambah sengat skuad Kijang Emas. Nama Kaung Mann bukanlah asing di Malaysia setelah penyerang muda ini […]
4 Pemain Setuju Sertai Kelantan DN

Dilaporkan seramai empat pemain baharu bakal dibawa masuk memperkuat Kelantan DN bagi meneruskan baki saingan Liga Malaysia. Kelantan DN kini menduduki tangga tercorot Liga Super setelah hanya mencatat 1 kemengan dan lapan kekalahan dalam 9 perlawanan termasuklah tewas 1-0 di tangan Kuching City. Disebabkan prestasi hambar dalam saingan liga, Presiden Kelantan DN, Rozi Muhamad menjanjikan […]
Penjaga Gol La Liga 2, Andoni Zubiaurre Dilaporkan Menuju Ke JDT

Penjaga gol La Liga 2 bersama CD Eldense dilaporkan menuju ke Johor Darul Ta’zim (JDT). Perkara ini dilaporkan oleh wartawan di Eropah iaitu Carlos Ganga yang memaklumkan mengenai seorang lagi watak besar bakal ke JDT. Skuad Harimau Selatan telah mengumumkan ketibaan beberapa import baharu termasuklah Jorge Obregon baru-baru ini. Carlos Ganga dalam satu hantaran memaklumkan […]
Palestin Tumpaskan PDRM

Pasukan kebangsaan Palestin melakar kemenangan ke atas PDRM. Aksi persahabatan itu berlangsung di Stadium Bola Sepak Cheras sebagai persediaan kepada Palestin bagi menghadapi saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026. Perlawanan tertutup itu menyaksikan PDRM memberikan saingan sengit kepada anak didik Makram Dabboub sebelum tunduk dengan keputusan 2-1. Gol PDRM dijaringkan oleh penyerang berbisa. Ifedayo […]
JDT Rekrut Penyerang Colombia, Jorge Obregón

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memantapkan pasukan dengan menyambar penyerang kelahiran Colombia, Jorge Obregón. Pemain berusia 27 tahun itu menjadi pemain ke-5 dibawa masuk oleh skuad Harimau Selatan bagi jendela perpindahan kedua. Perkara ni telah disahkan menerusi satu pengumuman rasmi oleh laman Johor Southern Tigers sekaligus memantapkan lagi pasukan bagi musim […]
Palestin Ambil Peluang Lawan PDRM

Pasukan kebangsaan Palestin mengambil peluang untuk berentap dengan pasukan Liga Super, PDRM FC. Skuad kendalian P.Maniam menjalankan aksi pemanas badan menentang Palestin yang kini menjalani latihan di Malaysia. Palestin bakal mengharungi aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Korea Selatan pada 5 September sebelum menggunakan gelanggang Malaysia untuk aksi menentang Jordan. Pertembungan antara Palestin […]
Bintang JDT, Chico Geraldes Sertai Kelab LaLiga 2, Eldense

Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Chico Geraldes telah menyertai kelab La Liga 2, CD Eldense. Pemain berusia 29 tahun itu menyertai skuad Harimau Selatan bagi musim 2024/25 namun berdepan saingan sengit untuk mendapatkan tempat. Tonggak kelahiran Portugal itu kali terakhir bersama JDT adalah pada aksi final Piala FA 2024 sebelum membuat keputusan untuk berhijrah. Menerusi […]
Ujian Berat Menanti Sabah

Ujian berat menanti Sabah FC bagi tiga aksi mendatang dalam saingan Liga Super 2024/25. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee tidak berada dalam momentum terbaik apabila tewas tiga daripada 5 perlawanan terakhir. Kehilangan beberapa tonggak utama jelas merencatkan percaturan pasukan terutamanya pada bahagian serangan The Rhinos. Namun begitu, kepulangan tonggak penting seperti Saddil Ramdani, Gabriel […]
Padang Stadium Darul Makmur Berubah Wajah

Padang Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang kini berubah wajah. Gelanggang keramat pasukan Sri Pahang itu tidak dapat digunakan susulan kerja-kerja penambahbaikan sedang dijalankan. Hal ini termasuklah penukaran padang dan sistem saliran yang sedang giat dijalankan ketika ini. Perkembangan terbaru oleh Perbadanan Stadium Darul Makmur mengemas kini kerja-kerja penukaran padang yang berlaku di Darul Makmur. Kerja-kerja […]
Singapura Uji Taring JDT September Ini?

Pasukan kebangsaan Singapura dilaporkan berminat untuk menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) September ini. Perkara ini dilaporkan oleh wartawan Singapura, Deepanraj Gaanesan mengenai perancangan pasukan tersebut untuk mengatur beberapa aksi persahabatan. Katanya, Singapura mahu memanfaatkan masa rehat antarabangsa bulan September ini untuk mengatur beberapa aksi pemanas badan berdepan pasukan tempatan dan luar negara. “Pasukan Singapura, BG […]
Fernando Forestieri Di Watford

Penyerang berpengalaman Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri dikesan berada di Watford. Pemain berusia 34 tahun itu merupakan pemain Harimau Selatan sejak tahun 2022 namun kurang beraksi musim ini akibat kecederaan. Beliau bagaimanapun mencuri perhatian peminat bola sepak tanah air apabila dikesan berada di Watford yang juga merupakan bekas kelabnya. Tonggak kelahiran Itali ini beraksi […]