Pemain Kacukan Itali Perkuat Malaysia

Pemain kacukan Itali kini berpeluang untui menunjukkan kemampuan sebenar apabila dipanggil ke kem Malaysia. Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai 26 orang pemain yang dipanggil oleh Ketua Jurulatih, Juan Torres Garrido. Skuad muda negara akan memulakan kem latihan bermula Jumaat, 30 Ogos 2024 sebagai persiapan menjelang Kelayakan Piala Asia B-20 2025 […]

JDT Terima Kunjungan Kelab England, Barnsley

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengalu-alukan kedatangan tiga individu penting terutamanya Pengarah kelab England, Barnsley FC. Perkara ini diumumkan oleh laman Johor Southern Tigers apabila JDT telah menerima kunjungan Tim Cahill, bekas pemain kebangsaan Australia dan Dennis Wise, bekas pemain kebangsaan England. Kunjungan itu turut disertai oleh Pengarah & Pemegang Saham Barnsley FC, […]

Sabah Dapat Berita Baik

Pemain sayap lincah, Saddil Ramdani memberikan khabar gembira kepada Sabah FC. Tonggak berusia 25 tahun itu terpaksa diketepikan dalam beberapa perlawanan susulan kecederaan sekaligus menjejaskan rentak pasukan. Kehilangan rakan sepasukan yang beraksi pada posisi serangan juga menyebabkan The Rhinos tewas dalam beberapa aksi terakhir. Tamparan hebat diterima apabila tersingkir pada pusingan suku akhir Piala FA […]

Situasi Alex Agyarkwa Resahkan Selangor

Situasi terbaru perancang tengah, Alex Agyarkwa meresahkan kem Selangor FC. Tonggak berusia 24 tahun itu beraksi dalam kesebelasan utama Gergasi Merah pada aksi final Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT). Beliau bagaimanapun tidak dapat meneruskan permainan hingga wisel penamat selepas terpaksa diusung keluar akibat kecederaan. Ketiadaan beliau jelas memberikan kesan kepada jentera tengah Selangor […]

Pakar Nutrisi, Vanesa Rotondi Tinggalkan JDT

Pakar nutrisi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Vanesa Rotondi telah memilih untuk meninggalkan pasukan selepas menjulang Piala FA 2024/25. Individu penting di balik tabir skuad Harimau Selatan itu telah mengesahkan perpisahannya bersama JDT menerusi satu hantaran di laman sosialnya hari ini. Pemilik nama sebenar Vanesa Soledad Rotondi telah menjadi pilihan untuk menggalas tugas yang berkaitan […]

Media Arab Bocorkan Perpindahan Penyerang Palestin Ke Kelantan

Media Arab membocorkan berita perpindahan penyerang Palestin ke Kelantan Darul Naim. Skuad Kijang Emas melalui tempoh sukar dalam saingan musim 2024/25 apabila menghuni tangga tercorot Liga Super selepas 8 perlawanan. Kelantan DN merekodkan hanya satu kemenangan dan 7 kekalahan selain hilang dua tonggak utama iaitu Chadrack Muzungu dan juga Valdumar yang membawa haluan baharu. Usaha […]

Pemain Singapura Sukar Beraksi Di Padang Malaysia

Pemain Singapura menzahirkan rasa sukar dan kurang selesa beraksi di padang Malaysia. Aksi Piala Sultan Selangor 2024 menyaksikan pertembungan antara Pilihan Selangor menentang Pilihan Singapura. Kemenangan 2-1 memihak Pilihan Selangor untuk mengekalkan kejuaraan buat kali ke-3 berturut-turut. Perkara ini dikongsikan oleh pemain sayap Singapura, Faris Ramli kepada MakanBola yang menyatakan rasa bangga apabila dapat beraksi […]

JDT Pintas Kedudukan Watford

Johor Darul Ta’zim (JDT) meninggalkan jauh kedudukan kelab England, Watford FC. Juara bertahan Liga Super Malaysia itu kini bakal mengharungi aksi final Piala FA 2024 menentang Selangor FC pada 24 Ogos 2024. Watford pula ketika ini beraksi dalam kancah Championship bagi musim 2024/25 dan menghuni tangga ketiga ketika ini. Kemas kini oleh laman Opta Analyst […]

Kedah Darul Aman Uji Kelab Luar Negara

Pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman turut tidak melepaskan peluang untuk menguji kelab luar negara. Saingan Liga Malaysia berehat panjang untuk memberi laluan kepada perlawanan peringkat negara membolehkan kelab mengadakan siri persahabatan. Baru-baru ini, Kelantan Darul Naim telah terbang ke Thailand bagi berdepan cabaran Nara United yang berlangsung di Narathiwat. Sang Kenari turut tidak mahu […]

Nelson Bonilla Kini Milik Terengganu

Penyerang kelahiran El Salvador, Nelson Bonilla kini secara rasminya milik Terengganu. Pemain berusia 33 tahun itu diumumkan selaku tonggak baharu skuad Peteh pada aksi Shopee Cup bertemu Svay Rieng. Tonggak berpengalaman ini diberi tanggungjawab untuk memacu jentera serangan Terengganu selepas terpaksa mengetepikan Ivan Mamut dalam tempoh panjang. Beliau memiliki pengalaman luas beraksi di Liga Thailand […]

Abu Kamara Sertai Terengganu?

Bekas peledak berbisa Liga Malaysia, Abu Kamara difahamkan akan menyertai Terengganu FC. Pemain berusia 27 tahun itu kini bergelar ejen bebas selepas tidak bersama mana-mana pasukan musim ini. Peledak kelahiran Liberia itu beraksi buat Kuching City sejak tahun 2022 namun membawa haluan ke UAE bersama kelab terkemuka, Dibba Al-Hisn. Beliau bagaimanapun hanya bertahan 7 bulan […]

8 Pemain Kembali Perkuat Harimau Malaya

8 pemain baharu telah pun memperkuat Harimau Malaya bagi aksi Pestabola Merdeka 2024. Pengendali baharu Harimau Malaya, Pau Marti bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai 26 pemain yang mendapat tempat pada panggilan kali ini. Pengendali kelahiran Sepanyol itu mengambil alih tugas selaku ketua jurulatih kebangsaan selepas peletakan jawatan Kim Pan Gon pada […]

Sabah Umum Pengganti Ramon Machado, Kontrak 9 Bulan

Pasukan Liga Super, Sabah FC telah mengumumkan pengganti Ramon Machado. The Rhinos sebelum ini sudah pun menyatakan hasrat untuk membawa masuk muka baharu setelah pemergian Machado ke Azerbaijan. Usaha itu akhirnya berjaya menemui titik noktah apabila kelab mengumumkan ketibaan penyerang sensasi Brazil, Joao Pedro. Pemain berusia 24 tahun itu sah memjadi tonggak baharu Sabah FC […]

Kelantan Bakal Berubah Wajah

Skuad Kelantan dijangka bakal berubah wajah menjelang jendela perpindahan kedua musim ini. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Presiden Kelantan Darul Naim, Rozi Muhamad mengenai usaha gigih pihak pengurusan yang bertindak untuk memperbaiki skuad Liga Super. Menerusi satu kenyataan pada majlis santai meraikan penaja dan wakil penyokong di restoran Nasi Lemak Kopi O di Kota Bharu, […]

Tunku Ismail: FIFA Iktiraf Tak Piala Ni? Kalau Ya Nak Sertai

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor memberi respon terhadap 3 trofi yang dimenangi Selangor musim ini. Umum mengetahui bahawa Gergasi Merah baru sahaja menjulang Piala Sultan Selangor 2024 selepas menundukkan Pilihan Singapura dengan keputusan 2-1. Kemenangan di Stadium Merdeka itu menyaksikan anak […]

Peguam Ini Jelaskan Mengapa Aksi Perak & JDT Tak Perlu Ditangguh

Peguam sukan, Zhafri Aminurashid menjelaskan mengapa aksi Liga Super di antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Sabtu tidak perlu ditangguhkan ke tarikh yang lain. Aksi di antara Perak dan JDT itu ditangguhkan ke tarikh lain selepas hujan turun dengan lebat dan menyebabkan keadaan padang ditakungi air. Dalam manual pertandingan yang dikeluarkan Malaysian […]