Balotelli Rasmi Sertai Kedah

Bekas penyerang Jeonnam Dragons, Jonathan Balotelli secara rasminya diumumkan selaku pemain import baharu pasukan hari ini. Pemain berusia 33 tahun itu hangat diperkatakan apabila terdapat beberapa video teaser daripada kelab yang menjadi perhatian. Hal ini susulan persamaan namanya dengan seorang lagi bekas pemain Liverpool dan Manchester City, Mario Balotelli. Nafuzi Zain dilihat serius mahu menajamkan […]
Balotelli Selangkah Sertai Kedah ?

Kedah Darul Aman FC dalam perancangan mengumumkan import baharu yang bakal memperkuatkan pasukan menjelang musim 2023. Pasukan kendalian Nafuzi Zain ini sedang rancak mengatur langkah bagi memastikan perjalanan musim baharu ini berjalan dengan lancar. Gergasi Hijau Kuning telah meraih perhatian ramai apabila membawa masuk beberapa pemain tempatan berkualiti dan juga pemain import berprofil hebat pada […]
Cubaan Ambil Alih PJ City Gagal

Usaha yang dilakukan untuk mengambil alih pasukan Liga Super 2022, PJ City FC tidak kesampaian apabila difahamkan kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat. Perkara ini telah pun dimaklumkan dalam satu kenyataan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) apabila hanya 14 sahaja pasukan yang bakal mengambil bahagian dalam Liga Super 2023. Terdapat desas-desus yang kuat mengatakan PJ […]
Ambil Pemain Import Kitar Semula Sebenarnya Lebih Berbaloi

Saingan Liga Malaysia 2023 akan menyaksikan kebanjiran pemain import, lebih ramai dari musim-musim sebelumnya berikutan kelab-kelab boleh mendaftarkan sembilan import sepertimana dibenarkan Malaysian Football League. Ada pasukan memanfaatkan sepenuhnya kuota yang dibenarkan, manakala ada pasukan mengambil import berdasarkan keperluan sahaja kerana yang boleh didaftarkan dalam satu-satu perlawanan hanyalah enam (5 di dalam kesebelasan, 1 di […]
Ifedayo Olesogun Tidak Akan Kekal Beraksi Di Malaysia ?

Bekas pemain import Melaka United, Ifedayo Olesogun difahamkan tidak akan meneruskan perjalanan kariernya di Liga Malaysia. Pemain kelahiran Nigeria itu merupakan antara peledak berbisa di Liga Super sejak beberapa musim kebelakangan ini namun tidak dapat memperoleh rentak terbaiknya pada musim lalu. Hal ini berikutan beberapa masalah yang yang melanda kelab sekaligus merencatkan perjalanan musim dan […]
“Enam Import Cukuplah, Kita Tambah Jika Ada Keperluan” – CEO Sri Pahang

Meskipun diberi kebenaran oleh Malaysian Football League (MFL) untuk mendaftarkan sembilan pemain import bagi saingan Liga Super musim baru, gergasi pantai timur, Sri Pahang memilih untuk menggunakan enam pemain import sahaja. Ini bermakna, tiada tambahan pemain import akan disaksikan di kem skuad kendalian Fandi Ahmad itu, berikutan kesemua enam import yang akan memperkuatkan pasukan telahpun […]
Kpah Sherman Mahu Bantu Pahang Sambar Tiket AFC

Bukan sahaja mahu meneruskan sentuhan jaringan cemerlangnya dalam saingan Liga Malaysia, tetapi Kpah Sherman mempunyai misi lebih daripada itu mahu membantu Sri Pahang menyambar tiket bermain di Piala AFC. Pemain dari Liberia ini hadir ke Darulmakmur dengan reputasi yang cukup gah, pernah memenangi Kasut Emas penjaring terbanyak Liga Super pada 2019 dan secara keseluruhannya telah […]
Caion Yakin Boleh Skor Lebih Banyak Gol Bersama KL City

Memecahkan rekod jaringan peribadi di Liga Malaysia menjadi sasaran utama Herlison Caion, yang akan menyarung jersi KL City musim ini. Ketika bersama Selangor sebelum ini, Caion cemerlang membuktikan sentuhan jaringan hebatnya apabila muncul penjaring terbanyak pasukan dengan meledak 24 gol dalam semua pertandingan. Bisa pemain dari Brazil itu turut berjaya membawa Selangor ke final Piala […]
Hadi Fayyadh Tepis Tanggapan Perkelanaan Ke Jepun Satu Kegagalan

Penyerang muda, Hadi Fayyadh Abd Razak yang menyertai Perak baru-baru ini, tidak menganggap perkelanaannya ke Jepun selama beberapa tahun sebelum ini, sebagai satu kegagalan. Hadi Fayyadh dilabel gagal, kerana sepanjang bermain di negara matahari terbit itu bermula 2019, dia tidak lebih daripada sekadar ‘penumpang’ di dalam skuad Fagiano Okayama (Liga J2) dan Azul Claro Numazu […]
Bintang Piala AFF Harimau Malaya Sertai Sri Pahang

Sri Pahang nampaknya terus bernafsu mempersiapkan skuad bagi mengharungi musim baru Liga Malaysia, apabila menyambar pula khidmat pemain sayap kanan skuad kebangsaan, Nur Shamie Iszuan Amin. Dalam kenyataan rasmi oleh kelab gergasi pantai timur itu pada Selasa, mereka mengumumkan pemain berusia 27 tahun dari Kuching itu telah menandatangani kontrak selama dua tahun. Nur Shamie yang […]
Manuel Ott Sertai Kedah Kerana Kepimpinan Nafuzi Zain

Pemain import dari Filipina, Manuel Ott tidak dinafikan antara pemain yang dianggap sebagai salah seorang tonggak kecemerlangan Terengganu sepanjang musim lalu. Dia mempamer prestasi meyakinkan dan berjaya menambat hati penyokong dengan ramai yang mahu khidmatnya dikekalkan pihak pengurusan, namun pada akhirnya dia memilih untuk berhijrah ke Kedah. Tanpa berselindung, Manuel Ott mengakui faktor utama dia […]
Jadi ‘Lauk’ Buriram Tidak Gusarkan Jurulatih Kelantan

Pengendali Kelantan, Choi Moonsik enggan melatah di sebalik kekalahan besar 0-7 dialami pasukannya kepada jagoan Liga Thai, Buriram FC dalam aksi persahabatan merebut Piala ASEAN Charity Shield pada Ahad. Beliau yang baru sahaja diperkenalkan sebagai ketua jurulatih baru skuad The Red Warriors pada Khamis lalu, iaitu tiga hari sebelum aksi menentang Buriram menjelaskan misi utama […]
Setelah ‘Hilang’ di Kedah, Ah Chong Tekad Bangkit Bersama Kelantan United

Pemain tengah, Khairu Azrin Khazali mengakui misi utamanya apabila membuat keputusan menyertai Kelantan United adalah memulihkan semula kariernya. Pemain dikenali dengan panggilan Ah Chong itu seperti ‘hilang dari radar’ setelah menyertai Kedah musim lalu namun tekad untuk bangkit setelah kembali bekerjasama dengan Thomas Trucha, jurulatih yang bertanggungjawab menyerlahkan prestasinya ke tahap terbaik bersama Penang pada […]
Misi Ke Asia Sasaran Utama Selangor 2023

Misi beraksi di pentas Asia diakui menjadi sasaran utama Selangor musim ini, menurut pengendalinya Tan Cheng Hoe. Kali terakhir skuad Red Giants merasai nikmat bermain di pentas Asia adalah pada 2013 apabila beraksi di Piala AFC setelah menduduki kelompok tiga teratas Liga Super 2012. Selangor beroleh peluang terbaik untuk menoktahkan penantian 9 tahun pada musim […]
Rasmi: Syihan Hazmi Sertai JDT

Penjaga gol utama pasukan kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi secara rasminya diumumkan selaku pemain baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim 2023. Pasukan kendalian Esteban Solari ini sudah pun diperkasakan dengan beberapa muka baharu antaranya ialah kemasukan semula bekas penyerang, Diogo Luis Santo daripada BG Pathum. Skuad Harimau Selatan juga secara rasminya telah mendapatkan khidmat […]
Qayyum Kembali Hiasi Saingan Liga Super Selepas Setahun ‘Menghilang’

Bekas pemain Kelantan dan Kelantan United, Qayyum Marjoni tekad mahu membina semula nama dan kariernya selepas setahun ‘hilang’ dari radar. Bakal beraksi bersama Kuching City, pemain pertahanan kiri berusia 29 tahun itu berterima kasih kepada Irfan Bakti kerana peluang yang diberikan pengendali itu untuk dia membuat ‘comeback’. “Semuanya bermula pada musim lalu apabila saya beraksi […]