Keputusan Buruk Kelantan United Didorong Faktor Tiada Penyudah

Selepas lima perlawanan, Kelantan United nampaknya masih belum dapat membuktikan kehadiran mereka dalam Liga Super lebih daripada sekadar menjadi pelengkap saingan. Mereka setakat ini menduduki tangga tercorot setelah hanya meraih satu mata susulan keputusan seri menentang Perak, selebihnya tewas sebanyak empat kali termasuk yang terbaru kepada PDRM FC. Bagi pemain tengah, Khairu Azrin Khazali, masih […]
Liga Super: Fandi Tetap Terkilan Walaupun Sri Pahang Belum Tewas Musim Ini

Sri Pahang mengharungi musim 2023 yang boleh dikatakan cukup baik setakat ini apabila belum tewas dalam lima perlawanan Liga Super dan enam perlawanan secara keseluruhan termasuk Piala FA. Skuad kendalian Fandi Ahmad menang tiga dan seri tiga, dan itu adalah permulaan terbaik buat skuad tok gajah sejak tahun 2019. Terbaru, mereka menewaskan Perak dengan keputusan […]
Kpah Sherman Dedah Punca Sentuhan Belum Menjadi

Di sebalik hadir dengan reputasi yang cukup gah, sebagai mesin gol Liga Malaysia, penyerang import Kpah Sherman masih belum dapat menonjolkan kelebihannya bersama Sri Pahang. Selepas tamat lima perlawanan (termasuk Piala FA), Kpah Sherman baru sahaja menjaringkan dua gol dan kelihatan bergelut untuk mempamer sentuhan terbaik sehingga seringkali menjadi sasaran kritikan penyokong. Dia adalah sandaran […]
Fandi Sedikit Terkilan Peluang Yang Tidak Dimanfaatkan Sri Pahang

Walaupun berpuas hati dengan keputusan seri yang diraih ketika menentang Sabah, pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad mengakui sedikit terkilan dengan kegagalan pemainnya menyempurnakan peluang di depan gol. Sri Pahang bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat seri 1-1 menerusi jaringan Kpah Sherman, namun boleh dikatakan untuk hampir keseluruhan permainan ia adalah milik Sabah yang lebih banyak mencipta […]
Liga Super: Kad Merah Ong Kim Swee Hiasi Keputusan Seri Sri Pahang dan Sabah

Sri Pahang dan Sabah mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam saingan Liga Super musim ini setelah kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri 1-1 di Stadium Darulmakmur. Satu mata yang diraih menyaksikan Sri Pahang melonjak ke tangga keempat dengan enam mata, mengatasi Kedah menerusi beza jaringan manakala Sabah pula kekal menghuni tangga kedua liga dengan 10 mata […]
“Carli De Murga Benar-Benar Cedera” – Zamsaham

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mendedahkan bahawa pemain pertahanan, Carli De Murga sememangnya mengalami kecederaan dan disebabkan itu tidak boleh diturunkan dalam aksi getir menentang JDT pada Sabtu. Beliau yang lebih dikenali sebagai Zamsaham sekaligus menepis tanggapan bahawa Carli De Murga yang didapatkan dari JDT pada bulan lalu secara tiba-tiba terkena ‘penyakit misteri’ menjelang aksi […]
Aguero: Hujan Lebat Jejaskan Momentum Sri Pahang

Kapten Sri Pahang, Sergio Aguero mengakui kecewa apabila terlepas peluang meraih tiga mata pada minit akhir permainan ketika berdepan Selangor pada Ahad. Sri Pahang hanya dua minit sahaja dipisahkan dengan kemenangan, apabila mendahului menerusi jaringan Stefano Brundo pada minit ke-74. Begitupun Brendan Gan memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata menerusi gol penyamaan minit ke-88. Aguero mengakui, […]
Fandi Ahmad Jelaskan Sebab Terpaksa Main Ultra-Defensif Lawan Selangor

Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad menjelaskan sebab di sebalik permainan ultra-defensif pasukannya ketika seri 1-1 menentang Selangor pada Ahad. Dalam perlawanan di Stadium MBBJ itu, Sri Pahang terlepas peluang untuk membawa pulang tiga mata, setelah dikecewakan jaringan penyamaan lewat permainan oleh Brendan Gan. Mereka terlebih dahulu di depan pada minit ke-74 menerusi Stefano Brundo, tetapi […]
Fandi Ahmad: “Kita Akan Bermasalah Jika Jumpa Pasukan Lebih Baik”

Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad mengakui masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki pasukannya meskipun berjaya meraih kemenangan selesa 4-1 ke atas Kelantan pada Khamis lalu. Menganggap ia kemenangan penting, jurulatih kelahiran Singapura itu bagaimanapun berkata dia cuma berpuas hati dengan aksi ditunjukkan di separuh masa pertama, yang mana kesemua empat gol dijaringkan menerusi Kpah […]
Liga Super: Sri Pahang Mengamuk Di Darulmakmur

Sri Pahang bermula dengan langkah kanan dalam aksi pertama Liga Super di Stadium Darulmakmur, apabila berpesta gol membelasah seteru pantai timur, Kelantan 4-1. Ia kemenangan pertama buat skuad bimbingan Fandi Ahmad yang terikat 1-1 menentang Negeri Sembilan dalam perlawanan pembuka tirai musim baru, pada Ahad lalu. Manakala bagi Kelantan pula, mereka mengalami kekalahan kedua berturut-turut […]
Bekas Penyerang Berbisa Kelantan Masih Rindukan Pasukan?

Bekas penyerang berbisa pasukan Kelantan FC, Nixon Guylherme Brizolara mengakui beliau masih rindukan aura luar biasa di Kota Bharu. Penyerang kelahiran Brazil itu merupakan tunjang utama buat jentera serangan The Red Warriors musim lalu namun terpalit dengan beberapa siri kecederaan. Beliau akhirnya tidak dapat meneruskan aksi bersama pasukan dan kini tidak lagi berada dalam senarai import […]
MFL & Bubbles O² Jalin Kerjasama Strategik Musim 2023

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kini menjalinkan satu lagi kerjasama strategik bersama sebuah syarikat minuman besar di Malaysia yang dikenali sebagai Bubbles 02. Bubbles O² merupakan satu-satunya air mineral beroksigen semulajadi di Malaysia. Malah, air mineral asli secara semula jadi beroksigen ini kaya dengan kandungan oksigen terlarut tinggi yang muncul ke permukaan dari air bawah tanah […]
Rasmi: Liridon Krasniqi Perkuat Terengganu

Bekas pemain kebangsaan, Liridon Krasniqi sah memperkuat pasukan Terengganu bagi saingan Liga Super 2023 musim ini. Perkara ini diumumkan oleh kelab Terengganu sebentar tadi. Liridon mengikat kontrak setahun bersama skuad Penyu dengan status pemain pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim. Sebelum ini, beliau beraksi di Liga Thailand selama separuh musim bersama kelab Khon Kaen United dan […]
Kelantan Sah Sambar Shafiq Shaharudin Perkuat Serangan

Kelantan pada hari ini mengesahkan telah menandatangani khidmat Shafiq Shaharudin untuk memperkasa sentuhan barisan depan. Kehadiran Shafiq bukanlah satu kejutan buat penyokong Kelantan kerana dia telahpun berada di dalam skuad sejak beberapa minggu lalu, menjalani trial dan beraksi dalam beberapa perlawanan pra-musim. Dengan penambahan pemain berusia 29 tahun ini ke dalam skuad, Kelantan kini mempunyai […]
Negeri Sembilan Laksanakan Permintaan K. Devan

Pasukan Negeri Sembilan mengumumkan bahawa akan menggunakan tiga pemain import bagi saingan Liga Super 2023 ini. Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Satwant Singh menyatakan bahawa pihak kelab akui kehadiran pemain import mampu menambah kekuatan pasukan untuk terus bersaing di peringkat tertinggi. “Pihak kelab sedar akan pentingnya pemain import dalam sesebuah pasukan. “Justeru itu, satu keputusan telah […]
Tomislav Intai Potensi Mulakan Musim Dengan Julang Piala

Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner memasang impian untuk menyepak mula saingan Liga Malaysia musim baru, dengan menjulang piala. Terengganu akan membuka tirai musim 2023 dengan menentang JDT dalam perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah, yang juga merupakan aksi pertama Liga Super pada 24 Februari, di Stadium Sultan Ibrahim. Tomislav sedar bukan tugas mudah untuk mengatasi skuad […]