“Liga Super 14 Pasukan Bukan Satu Masalah Asalkan Stabil” – Stuart Ramalingam

Satu demi satu pasukan menarik diri daripada Liga Super 2023, menyaksikan saingan yang sepatutnya berformat 18 pasukan, mungkin akan diteruskan dengan 14 pasukan sahaja. Bermula dengan kegagalan Melaka United dan Sarawak United mendapat lesen, kemudiannya PJ City menarik diri dan terbaru Uitm FC juga berbuat demikian baru-baru ini. Ini bermakna, akan berlaku penambahan dua pasukan […]

Izham Tarmizi Sertai Sri Pahang Kerana Ikut Cadangan TMJ

Penjaga gol baru Sri Pahang, Izham Tarmizi Roslan mahu membuktikan bisanya belum pudar dan dia masih relevan untuk beraksi di pentas tertinggi bolasepak tanah air. Dan pemain yang akan berusia 32 tahun pada April itu berterima kasih kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim (pemilik JDT) bukan sahaja kerana sudi melepaskannya secara pinjaman, tetapi dalam masa sama […]

Kedah Buat Kejutan Sambar Manuel Hidalgo

Kedah Darul Aman FC membuat kejutan apabila mengumumkan pemain sayap Sri Pahang, Manuel Hidalgo sebagai pemain import terbaru mereka bagi musim 2023. Kemasukan Hidalgo, pemain lincah berusia 24 tahun dari Argentina ke dalam skuad sang kenari bimbingan Nafuzi Zain sama sekali tidak diduga terutamanya oleh penyokong Sri Pahang malah pastinya ramai yang masih tidak percaya […]

Kelantan United Sah Sambar Dua Bekas Bintang Skuad Kebangsaan

Bekas pemain kebangsaan, Indra Putra Mahyuddin membuat ‘comeback’ ke Kota Bharu apabila diikat pasukan Kelantan United bagi mengharungi saingan musim 2023. Meskipun menginjak usia 42 tahun, Indra Putra masih ada ‘wow-factor’ dan Kelantan United yakin pengalaman luas pemain veteran itu dapat membantu kelab itu memberi saingan dalam kancah Liga Super berformat baru. “Pengalaman yang ada […]

Seorang Lagi ‘Budak’ Kim Swee Perkuat Sabah FC

Episod reunion ‘budak-budak’ Ong Kim Swee di Sabah belum menampakkan tanda-tanda untuk berakhir, apabila kelab Borneo itu merekrut pula S.Kumaahran. Kemasukan bekas bintang skuad B-23 kebangsaan itu diumumkan secara rasmi oleh kelab itu pada Sabtu. Kumaahran dianggap sebagai penambahan yang cukup baik ke dalam skuad Sabah kerana dia bukan sahaja boleh bermain sebagai penyerang, tetapi […]

Fadhli Shas Dedah Sebab Tolak Banyak Tawaran Lain Demi Sri Pahang

Pemain pertahanan berpengalaman, Fadhli Shas mempunyai sebab tersendiri untuk memilih Sri Pahang sebagai destinasi baru kariernya. Perkara paling penting yang dipertimbangkan pemain berusia 31 tahun itu adalah kesungguhan kelab pantai timur itu untuk memberikan cabaran dalam saingan musim baru nanti. “Memang saya ada menerima beberapa tawaran lain tetapi akhirnya saya buat keputusan bersama Sri Pahang […]

Kelantan United Lepaskan 12 Pemain, Termasuk Semua Import

Kelantan United nampaknya membuat rombakan besar terhadap skuad bagi menghadapi musim baru Liga Malaysia, apabila melepaskan 12 pemain termasuk kesemua pemain import mereka. Lapan pemain tempatan yang meninggalkan kelab adalah Khairul Rizam Che Soh, Famirul Ashraf Sayuti, Mohd Zulkiffli, Zufar Akmal Sahimi, Shahrul Hakim Rahim, Syafiq Izuddin, Faisal Rosli dan Nik Akif Syahiran Nik Mat. […]

Aguero Sudah Tandatangan Kontrak Sejak November Lagi

Penyokong Pahang tidak perlu bimbang Sergio Aguero akan mengikut jejak Lee Tuck kerana pemain itu sebenarnya sudah menandatangani kontrak lanjutan dengan Sri Pahang FC sejak bulan November lagi. Tindakan Lee Tuck yang meninggalkan Sri Pahang, setelah apa yang dilakukan kelab itu, terutama ‘membela’nya selama semusim walaupun tidak beraksi dan membantu segala urusan mendapatkannya kerakyatan Malaysia […]

Media Dakwa Gaji Faisal Halim Dipotong Tanpa Notis

Laporan daripada media ada mengatakan bahawa ciapan yang dimuat naik oleh pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim berpunca daripada pemotongan gaji tanpa notis. Menerusi satu sumber yang menaklumkan kepada Arena Metro, ciapan yang dimuat naik oleh kapten Malaysia tersebut berpunca daripada tindakan pihak pengurusan Terengganu yang memotong gajinya tanpa notis. Pemain berusia 25 tahun itu […]

Indra Putra Kembali Ke Bumi Kelantan?

Pemain veteran Liga Malaysia, Indra Putra Mahyuddin mungkin membuat kepulangan sensasi ke bumi Kelantan, apabila dikaitkan dengan perpindahan ke Kelantan United. Kelantan United yang akan tampil pertama kali dalam Liga Super difahamkan serius membuat persiapan untuk mengharungi saingan musim 2023. Dan dalam usaha itu mereka dilihat mahu memantapkan pasukan dengan kelibat beberapa pemain senior yang […]

Gary Steven Sahkan Sedang Berunding Dengan Nafuzi

Dalam usaha membina semula kekuatan skuad Kedah Darul Aman yang kehilangan begitu ramai pemain utama, jurulatih baru pasukan itu, Nafuzi Zain sedang rancak memburu pemain-pemain berkualiti. KDAFC telah melepaskan secara keseluruhannya 17 pemain termasuk import dan mengekalkan 12 pemain daripada skuad musim ini, manakala empat pemain pula telah dipromosi daripada skuad Piala Presiden. Penjaga gol […]

Kpah Sherman Dalam Radar Sri Pahang

Sri Pahang dilaporkan menjadi pasukan terbaru berminat mendapatkan khidmat penyerang import Terengganu, Kpah Sherman bagi mengharungi musim 2023. Berikutan tersingkirnya Terengganu daripada saingan Piala Malaysia, masa depan pemain-pemain import mereka pantas menjadi tumpuan apatah lagi hanya Habib Haroon telah menandatangani kontrak lanjutan tatkala empat yang lain termasuk Kpah Sherman hampir pasti tiada dalam perancangan. Meskipun […]

Rezal Harap Zamsaham Bawa Masuk Import Lebih Berkualiti Perkuat Kelantan

Dengan berakhirnya cabaran dalam saingan Piala Malaysia musim ini, fokus Kelantan FC kini terarah kepada pembentukan skuad lebih mantap bagi musim depan. Rombakan besar dijangka akan dibuat terutama pada barisan pemain, mengambil kira pasukan pantai timur itu memerlukan pemain yang lebih berkualiti bagi memberi tentangan di Liga Super. Pengendali pasukan, Rezal Zambery Yahya memaklumkan setakat […]

Subahan Dedah Punca Sebenar PJ City Tarik Diri, Bukan Kerana Masalah Kewangan

Pengunduran PJ City FC daripada saingan Liga Malaysia musim depan, bukan kerana masalah kewangan sepertimana tanggapan ramai. Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal menjelaskan keputusan berat itu diambil kerana kelab itu mendapati sukar untuk bersaing dan menyesuaikan diri dengan penstrukturan baru Liga Malaysia yang dibuat Malaysian Football League musim depan. “Kelab sudah melakukan yang terbaik dalam […]

Shamie Iszuan Sahkan Bakal Perkuat Sri Pahang

Setelah mengharungi cabaran 2022 yang agak suram, Sri Pahang FC nampaknya sudah mengatur langkah untuk membina skuad lebih mantap bagi mengharungi Liga Malaysia 2023. Skuad kendalian Dollah Salleh itu menamatkan kempen Liga Super di tangga ketujuh dan tersingkir awal masing-masing dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia. Mereka sedang rancak memburu pemain-pemain baru untuk memperkuatkan […]

“Liga Kita Bukan Liga Amatur, Kestabilan Penting” – CEO MFL

CEO Malaysian Football League (MFL) Stuart Ramalingam menepis spekulasi yang mengatakan bahawa badan pengelola Liga Malaysia itu akan menawarkan slot kosong di Liga Super musim depan, kepada pasukan-pasukan amatur yang bermain di Liga M3. Setakat ini ada dua kekosongan susulan Melaka United dan Sarawak United tidak diberikan lesen, dan jumlah tersebut berkemungkinan akan bertambah sekiranya […]