Kim Pan-gon Teruja Dengan Barisan Pemain Muda

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menzahirkan keterujaannya terhadap barisan pemain muda yang dipanggil bagi memacu cabaran negara kali ini. Pengendali berusia 54 tahun itu telah membuat keputusan untuk membawa beberapa orang muka baharu yang lebih segar bagi berdepan cabaran Thailand 22 September ini. Katanya, beliau mahu menggunakan peluang ini untuk melihat kemampuan sebenar pemain masa […]

Thailand Pertaruh Chanatip & Supachok, Lengkapkan 23 Pemain Lawan Malaysia

Duo bintang sensasi Thailand, Chanatip Songkrasin dan juga Supachok Sarachat melengkapkan senarai 23 orang pemain pasukan berdepan Malaysia di Piala Raja Thailand bulan ini. Menerusi satu pengumuman oleh Persatuan Bolasepak Thailand (FAT), ketua jurulatih, Mano Polking tetap mahu menurunkan barisan pemain terbaiknya pada kejohanan ini. FAT memaklumkan bahawa pengendali kelahiran Brazil itu mahu membawa dua […]

Panggilan ‘Kecemasan’ Nurshamil Ghani Ke Kem Kim Pan-gon ?

Penyerang berbisa Kelantan FC, Nurshamil Abd Ghani dikatakan telah pun mendapat panggilan oleh Kim Pan-gon bagi menghadapi Kejohanan Piala Raja Thailand. Pemain berusia 26 tahun itu merupakan tunjang utama bagi bahagian serangan The Red Warriors pada musim ini. Nurshamil difahamkan bakal memperkuatkan jentera serangan skuad kebangsaan pada bulan September ini. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh […]

Nafuzi Zain Sambut Baik Pemain Terengganu Dipanggil Kim Pan-gon

Ketua jurulatih pasukan Terengganu FC, Nafuzi Zain menyambut baik seruan jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon yang memanggil beberapa pemainnya bersama skuad kebangsaan. Pengendali kelahiran Kelantan itu yakin pentas antarabangsa merupakan medan terbaik buat anak buahnya untuk tampil lebih matang dan memperbaiki corak permainan. Katanya, peluang yang dimiliki oleh tiga orang pemain pasukan pantai timur itu […]

Lee Tuck Perkuat Harimau Malaya Di King’s Cup?

Kehadiran pemain naturalisasi terbaru negara, Lee Tuck mampu untuk menjadi tonik tambahan buat pasukan kebangsaan namun pemilihannya masih lagi jadi tanda tanya. Berita mengenai proses naturalisasi pemain kelahiran England ini telah pun disahkan oleh beliau sendiri di laman rasmi Instagramnya baru-baru ini. Pemain berusia 34 tahun ini difahamkan sudah pun cukup tempoh lima tahu di […]

Pertahanan Sabah Dalam Pantauan Kim Pan-gon

Pertahanan pasukan Sabah FC dikatakan merupakan salah satu calon terbaik untuk mengisi slot ke kem latihan kebangsaan bulan ini. Umum mengetahui bahawa prestasi pasukan sedang berada pada tahap yang memberangsangkan setelah diambil alih oleh Dato’ Ong Kim Swee. Kini, mereka kekal bersaing untuk merebut slot kedua terbaik selepas kemampuan JDT agak sukar untuk ditandingi. Hal […]

Haziq Nadzli Dalam Radar Kim Pan-gon

Penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nadzli disebut-sebut sebagai salah satu calon yang kini berada dalam radar Kim Pan-gon. Pemain muda berusia 24 tahun itu merupakan antara penjaga gol berbakat yang dimiliki oleh Malaysia sungguhpun jarang diturunkan. Walau bagaimanapun, bekas penjaga gol bawah 23 tahun negara itu membuktikan beliau mampu kekal pada tahap […]

Kim Pan-gon Bakal Uji Muka Baharu Di King’s Cup

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon bakal menguji muka baharu dalam Kejohanan 4 penjuru yang dikenali sebagai King’s Cup 2022 di Chiang Mai pada 20 hingga 24 September 2022. Selain itu, dalam perlawanan Piala AFF kelak, beliau akui ada dua pasukan yang akan memberi ancaman kepada skuad kebangsaan iaitu Vietnam dan Singapura. Akan tetapi beliau menganggap […]

Kim Pan-gon Yakin Harimau Malaya Sedia Cabar Kejuaraan Piala AFF

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon optimis dengan kemampuan anak didiknya selepas melihat undian yang berlangsung petang tadi. Majlis Undian Rasmi yang berlangsung di Bangkok tersebut menyaksikan Malaysia diundi dalam kumpulan B bersama-sama Vietnam, Singapura, Myanmar dan juga Laos. Mengulas lanjut, pengendali kelahiran Korea Selatan ini sedar akan cabaran yang bakal dihadapi oleh pasukannya dengan […]

Kim Pan-gon Bakal Pertaruhkan Pemain Muda Di King’s Cup

Ketua jurulatih pasukan negara, Kim Pan-gon dijangka bakal membuka ruang buat para pemain muda negara untuk mengisi slot bagi menghadapi kejohanan King’s Cup di Thailand. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu dikesan beberapa kali mengekori rapat persembahan anak didik bekas jurulatih bawah 23 tahun negara, Brad Maloney dalam beberapa kejohanan sebelum ini. Pan-gon kini dalam usaha […]

Kim Pan-gon Perkemas Filosopi & Corak Permainan Harimau Malaya

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dalam satu kenyataan menganggap perlawanan persahabatan yang bakal berlangsung di Thailand pada September depan merupakan medan terbaik untuk menguji prestasi semasa kem kebangsaan. Pengendali berusia 53 tahun itu menyambut baik jemputan Thailand untuk menyertai siri Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Chiang Mai, Thailand. Pan-gon menganggap ia merupakan satu persiapan […]

Kim Pan-gon Bertentang Mata Dengan Faisal Halim

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dilihat bertemu dengan pemain sayap lincah Terengganu Faisal Halim ketika menjamu selera di Kedai Selera Kampung Teluk Ketapang, Terengganu bersama barisan kejurulatihan Harimau Malaya. Hubungan baik antara pemain yang berusia 24 tahun itu dan Kim Pan-gon telah menarik minat barisan kejurulatihan lain untuk turut serta minum petang bersama. Pertemuan […]

Hamidin Buat Tindakan Bijak

Tindakan yang dilakukan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin dilihat sangat efisien dan teliti dalam usaha untuk membangunkan bola sepak Malaysia. Menerusi satu kenyataan pada Kongres Tahunan FAM ke-58, beliau mendedahkan bahawa sebelum Kelayakan Piala Asia 2023 berlangsung, ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-Gon ada meminta badan induk itu merancang perlawanan […]

Harimau Malaya Mahu Lonjak Ranking FIFA Di King’s Cup

Harimau Malaya perlu menampilkan aksi cemerlang dalam aksi King’s Cup dalam usaha untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melihat ini merupakan satu peluang yang baik bagi mengubah nasih undian balang menjelang undian Piala Asia hujung tahun ini. Malaysia dijangka menghadapi ujian sukar sukar dan berkemungkinan akan diletakkan bersama pasukan terkuat di Asia. […]

Kim Pan-gon Bakal Hilang Khidmat Syamer Kutty

Jurulatih Kebanggsaan, Kim Pan-gon bakal terlepas khidmat pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Syamer Kutty Abba bagi aksi siri persahabatan antarabangsa dan juga Piala AFF Mitsubishi Electric yang akan berlangsung hujung tahun ini. Menurut wartawan rasmi Astro Arena, Zulhelmi Zainal menyatakan bahawa Syamer telah dihantar ke Barcelona, Sepanyol untuk menjalani pembedahan lutut dengan lebih lanjut.  […]

Kebangkitan Faiz Nasir Buat Kim Pan-gon ‘Pening Kepala’

Pemain sayap pasukan Terengganu FC, Faiz Nasir kini kembali menjadi sandaran buat pasukan apabila berjaya meledak dalam beberapa perlawanan terakhir. Faiz sudah pun beberapa kali turun dalam kesebelasan utama pasukan mempamerkan kualiti yang tersendiri untuk merencanakan serangan buat Terengganu. Malah, kelincahan pemain bertubuh kecil ini nyata sukar dikawal oleh barisan pertahanan lawan apabila beliau seringkali […]