Kim Pan-gon Ucap Terima Kasih Kepada Kelab Yang Lepaskan Pemain

Memang bukan mudah mempersiapkan pasukan untuk menghadapi pertandingan besar tanpa pemain-pemain utama, namun bagi Kim Pan-gon, dia akur itu adalah situasi yang tidak boleh dielakkan. Pengendali berasal dari Korea Selatan itu terpaksa mengetepikan bukan seorang atau dua, tetapi 12 pemain utama sebelum menyenaraikan 30 pemain untuk kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula 29 November ini. […]

Piala AFF: Kim Pan-gon Kena Nilai Dulu Pemain Yang Dipanggil Sebelum Tetap Sasaran

Bukan tak berani letak sasaran tinggi menggunung di Piala AFF Mitsubishi Eletric yang berlangsung bulan depan, sebaliknya mahu berpijak pada bumi nyata. Mungkin itulah yang bermain di fikiran pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon yang hanya mahu menetapkan sasaran selepas dua aksi persahabatan menentang Kemboja dan Maldives. Jika Kim Pan-gon mempunyai barisan terkuat, separuh akhir atau […]

Mukhairi Simpan Hasrat Perkuat Harimau Malaya Di Piala AFF

Perancang tengah Harimau Malaya, Mukhairi Ajmal menyimpan hasrat untuk mendapat tempat dalam skuad kebangsaan di bawah kendalian Kim Pan-gon. Prestasi pemain berusia 21 tahun ini sering mencetuskan fenomena apabila memainkan peranan yang cukup penting bersama pasukan Selangor. Malah, kemasukan jurulatih baharu, Tan Cheng Hoe jelas memberi impak yang cukup besar dan kini beliau berjaya membantu […]

“Mana Tahu 4 Tahun Lagi Kita Layak Ke Piala Dunia” – Khuzaimi Piee

Pertahanan tengah Harimau Malaya, Ahmad Khuzaimi Piee melaungkan keyakinan bahawa harapan peminat untuk melihat pasukan negara layak ke Piala Dunia masih menyinar. Beliau yang ditemui ketika majlis pelancaran jersi Harimau Malaya 2022-2024 hari ini menjelaskan, para pemain sentiasa memberikan yang terbaik setiap kali beraksi. Malah, pertahanan kental Negeri Sembilan ini yakin perjalanan pasukan negara di […]

Nike Buat Kejutan, Tampilkan Rekaan Unik Pada Jersi Terbaru Harimau Malaya

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Nike telah melancarkan jersi terbaru skuad Malaysia bagi tahun 2022/2024 hari ini. Majlis pelancaran yang diadakan di Football Republic, Sunway Piramid ini menyaksikan pelancaran ini dirasmikan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin. Majlis ini turut dihadiri oleh barisan kejurulatihan Harimau Malaya yang diketuai oleh Kim Pan-gon selain […]

Kim Pan-gon Jadi ‘Melayu’

Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dilihat segak mengayakan kain pelikatnya ketika meraikan warga kerjaya dalam Hari Keluarga FAM 2022 yang dijalankan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam. Beliau bersama rakan kerjanya yang lain seperti jurulatih Pau Marti dilihat beraksi dalam acara bola sepak kampung dengan memakai kain pelikat. Seorang yang berasal dari Korea Selatan semestinya […]

“Lepas Ini Carilah Pasukan Lebih Baik Sikit” – Khalid Ali

Bekas pemain Harimau Malaya era 80an, Khalid Ali berharap agar Harimau Malaya mencari lawan yang lebih kuat untuk beradu kekuatan selepas ini. Perkara ini disuarakan apabila FAM telah pun memutuskan bahawa pasukan kebangsaan akan berdepan dengan Maldives dan juga Kemboja bagi aksi persabahatan Disember ini. Katanya, anak buah Kim Pan-gon seharusnya mencari lawan yang lebih […]

Dua Pasukan ‘Tunggu’ Kim Pan-gon

Dua pasukan difahamkan sedang menanti skuad Harimau Malaya dan juga Kim Pan-gon sebelum bermulanya kejohanan Piala Mitshubishi Electric AFF 2022 hujung tahun ini. Hal ini susulan skuad negara dikatakan bakal mengasah taring menerusi dua perlawanan persahabatan yang sedang diatur oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Menerusi satu kenyataan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor […]

Mat Yo Mahu Buka Mata Kim Pan-gon

Penyerang berpengalaman Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha sedia membuktikan kemampuan sebenar beliau kepada jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon. Pemain berusia 36 tahun itu kini sedang berbakti bersama pasukan Melaka United dan masih menunjukkan sisi-sisi ketajaman di hadapan gawang. Katanya, beliau masih memiliki keinginan yang tinggi untuk terus membantu Malaysia menerusi kemampuan beliau sungguhpun berdepan kesukaran […]

[Analisis] Kekuatan & Kelemahan Harimau Malaya di King’s Cup 2022

Baru-baru ini Harimau Malaya telah bermain di kejohanan empat penjuru yang dikenali sebagai King’s Cup; di mana Thailand selaku tuan rumah telah menjemput beberapa pasukan – Malaysia, Trinidad & Tobago serta Tajikistan untuk bermain dalam format mini karnival di Chiang Mai. Harimau Malaya berjaya mara ke perlawanan akhir apabila menundukkan Thailand dalam perlawanan pertama, namun […]

Bojan Hodak Tak Puas Hati Dengan Tindakan Kim Pan-gon

Jurulatih KL City, Bojan Hodak tidak berpuas hati dengan tindakan jurulatih kebanggsaan, Kim Pan-gon terhadap dua pemain KL City iaitu Zhafri Yahya dan Declan Lambert.  Hal ini kerana Zhafri Yahya tidak mendapat sebarang minit permainan dan Declan Lambert hanya bermain 10 minit sahaja dalam satu perlawanan bagi saingan King’s Cup tempoh hari.  Bekas jurulatih JDT […]

Semua Pemain Berkualiti, Kim Pan-gon Tak Takut Buat Perubahan Hadapi Tajikistan

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memberi bayangan bahawa beliau akan melakukan perubahan menentang Tajikistan pada final King’s Cup esok. Pengendali berusia 53 tahun itu memuji kualiti yang dimiliki oleh anak didiknya yang sentiasa bersedia tatkala diberikan peluang untuk beraksi. Katanya, pemain Harimau Malaya memiliki mentaliti yang amat baik dan kemampuan yang mampu memberikan sesuatu […]

Kim Pan-gon Mahu Analisis Semula Kelemahan

Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyatakan bahawa beliau perlu segera menganalasis semula kelemahan yang berlaku ketika Malaysia menentang pasukan Thailand malam tadi.  Beliau menjelaskan bahawa anak buahnya kehilangan fokus dan terleka di hujung permainan menyebakan Thailand mendapat peluang untuk menyamakan kedudukan. Pan-gon juga mengharapkan kesilapan itu tidak akan berulang lagi pada final nanti.  Dalam […]

Impak Dion Cools Bakal Jadi Kunci Harimau Malaya di King’s Cup

Kemenjadian pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools ditagih untuk membantu pasukan negara dalam kejohanan King’s Cup di Thailand. Pemain berusia 26 tahun itu kini sedang menikmati musim cemerlang setelah melengkapkan perpindahan ke kelab Republik Czech, FK Jablonec. Bekas bintang Club Brugge ini kembali mendapat rentak terbaiknya bersama kelab tersebut apabila berjaya menjaringkan gol dalam aksi […]

Azam Azih Selesa Jalankan ‘Arahan’ Kim Pan-gon

Perancang tengah Harimau Malaya, Azam Azih sedia memberikan yang terbaik buat skuad kebangsaan sungguhpun sedang berusaha mendapatkan semula rentak terbaiknya. Anak jati kelahiran Maran, Pahang ini merupakan antara pemain yang sering mendapat tempat untuk beraksi bersama skuad kebangsaan sejak era Tan Cheng Hoe lagi. Beliau kekal menjadi taruhan oleh pengendali kelahiran Korea Selatan ini bagi […]

Kim Pan-gon: Pemain Malaysia Ada Karakter Yang Bagus

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon teruja dengan karakter yang dimiliki oleh barisan pemain negara sebelum bertandang ke Thailand minggu hadapan. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu berpuas hati dengan mentaliti anak didiknya tatkala mereka tidak akan berdepan tugas mudah dalam kejohanan kali ini. Katanya, beliau gembira dengan barisan pemain yang dipanggilnya kali ini dan yakin […]