Perbincangan Intensif Kim Pan-gon & FAM Jadi Jawapan Akhir Jurulatih Bawah 23 Tahun Negara

Ketua jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon bakal menjadi jawapan akhir mengenai individu yang menggalas tugas sebagai ketua jurulatih bawah 23 tahun negara. Pandangan pengendali kelahiran Korea Selatan itu ditagih dalam usaha Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mewujudkan kesinambungan antara skuad senior dan juga junior. Malah, FAM juga tidak mahu terburu-buru mengenai sosok yang bakal […]
Kim Pan-gon Intai Pemain Bawah 19 Tahun Perkuat Harimau Malaya

Susulan kejayaan yang dikecapi skuad bawah 19 tahun negara di kempen Piala AFF tempoh hari, dikhabarkan beberapa orang pemain muda ini sedang diintai untuk diserap masuk ke kem Harimau Malaya. Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam satu ciapannya di Twitter hari ini memaklumkan bahawa satu ataupun dua orang pemain dikatakan sedang berada dalam radar […]
DNA ‘K-Pop’ Ditagih Kelab Liga Super ?

Kejayaan segera yang berjaya dijelmakan oleh pengendali pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah menjadi penanda aras baharu dalam kancah bola sepak di Malaysia. Malah, prestasi kurang memberangsangkan beberapa kelab Liga Super ketika ini juga telah memaksa pasukan untuk mencari alternatif lain bagi mengembalikan semula kemampuan sebenar kelab. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pemerhati sukan […]
Sam Somerville Buat Kim Pan-gon ‘Pening Kepala’

Ketangkasan penjaga gol pasukan Selangor FC, Sam Somerville menjadi detik penting ketika membantu pasukannya mencatat kemenangan ke atas pasukan KL City FC dengan keputusan 1-0. Penjaga gol berusia 27 tahun itu turun dalam kesebelasan utama bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan pleh penjaga gol utama pasukan, Khairulazhan Khalid. Beliau tidak mensia-siakan peluang yang diberikan oleh barisan […]
Kim Pan-gon Rangka Pelan Strategik Buat Harimau Malaya Ke Piala AFF

Jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon kini sedang melakukan persediaan yang cukup teliti bagi memastikan skuad negara berada dalam keadaan terbaik menjelang Piala AFF hujung tahun nanti. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar, beliau menjelaskan berkenaan perancangan skuad kebangsaan ketika ini. Mengulas lanjut, Saifuddin memaklumkan bahawa […]
Kim Pan-gon Bagi Semangat ‘Extra’ Pada Pemain Malaysia B-19

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon hadir bertemu dengan para pemain skuad bawah 19 tahun negara menjelang aksi di pentas Piala AFF B-19 2022. Dalam satu perjumpaan di Hotel Armada pada semalam, Kim Pan-gon bersama delegasi FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin tampil memberikan suntikan semangat buat para pemain muda negara. Kim Pan-gon turut memanfaatkan peluang […]
Darren Lok Rungkai Arahan Khas Kim Pan-gon Tentang Peranannya Di Atas Padang

Penyerang utama Harimau Malaya, Darren Lok mendedahkan peranan khas yang diberikan oleh ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon yang membawa kepada kejayaan Malaysia ke Piala Asia. Pemain berusia 31 tahun itu menjadi pilihan utama jurulatih kelahiran Korea Selatan itu apabila tampil dalam dua daripada tiga perlawanan dalam pusingan kelayakan itu. Beliau jelas berpuas hati dengan peluang […]
Hamidin Perjelas Dakwaan Bahawa Kim Pan-gon Anak Emas FAM

Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mendapat sokongan penuh oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dimana segala kehendak jurulatih Korea Selatan itu akan cuba dipenuhi demi menaikkan martabat bola sepak negara. Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan bahawa permintaan yang dimahukan Pan-gon bukanlah sesuatu yang sukar untuk dipenuhi dan selepas mendengar penjelasan dari Pan-gon, FAM […]
Khalid Ali Teruja Dengan Taktikal Kim Pan-gon Dan Aksi Harimau Malaya

Walaupun beliau kerap memberikan kritikan kepada pasukan bola sepak negara namun bekas pemain kebangsaan. Khalid Ali akui bahawa corak permainan yang dimainkan skuad negara dibawah kendalian Kim Pan-gon sudah banyak berubah. Khalid yang turut turun ke stadium untuk menyaksikan aksi Harimau Malaya tempoh hari mengakui dapat merasakan aura dari setiap pemain dan berharap agar tiada […]
Pelakon Squid Game, Heo Sung-tae Sampaikan Ucapan Kepada Skuad Kim Pan-gon

Pelakon drama bersiri popular Squid Game, Hae Sung-tae memuat naik story Instagram dengan wajah dirinya dan Kim Pan-gon disulam dengan ucapan “Selamat Maju Jaya Malaysia”. Hantaranya berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia yang sebelum ini kerap menyamakan wajah Pengurus Skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon dengan wajah Hae Sung-tae. Kedua-dua figura ini merupakan warga Korea Selatan yang […]
Jaami Qureshi Tertarik Dengan Taktikal Kim Pan-gon

Bekas pemain kelab Brighton & Hove Albion, Jaami Qureshi menzahirkan minatnya untuk mewakili Malaysia dan menyarung jersi Harimau Malaya. Beliau yang sudahpun bertemu dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah ditemubual oleh Astro Arena. Jaami menjelaskan beliau telah menghadiri dan menyaksikan dua perlawanan Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada kelmarin. “Daripada dua […]
Rakyat Malaysia Serang Kim Pan-gon

Kecemerlangan aksi pasukan negara di bawah kendalian jurulatih baharu Kim Pan-gon mendapat reaksi pelbagai oleh seluruh warganegara Malaysia baru-baru ini. Malah, laman sosial rasmi Instagram jurulatih kelahiran Korea Selatan ini diserang oleh ribuan komen oleh penyokong tegar Harimau Malaya susulan aksi luar biasa yang ditampilkan oleh anak buahnya. Pada hantaran terbaru Pan-gon kira-kira 3 bulan […]
Malaysia Dijangka Kekal Dalam Pot 4 Undian Peringkat Kumpulan Piala Asia 2023

Selepas mengesahkan tempat sebagai salah sebuah pasukan yang mara ke pusingan akhir kejohanan Piala Asia 2023, skuad Harimau Malaya sudah boleh melihat bagaimana kedudukan dalam pot atau balang undian peringkat kumpulan nanti. Berdasarkan kedudukan semasa, Malaysia berada pada tanggan ke 147 dunia (pengiraan tidak rasmi) dan berada dalam pot 4 bersama 5 lagi pasukan lain […]
Kim Pan-gon Hargai Jasa TMJ Kepada Harimau Malaya

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menghargai setiap usaha dan penat lelah semua pihak telah membawa kepada kejayaan Harimau Malaya layak secara merit ke Piala Asia 2023. Jurulatih kelahiran Korea Selatan ini tidak memerlukan masa yang lama untuk terus mencetus impak dan membawa kejayaan yang cukup bermakna untuk menamatkan penantian selama 42 tahun warga Malaysia. […]
Kim Pan-gon Gesa Naik Taraf Infrastruktur Jika Mahu Bola Sepak Malaysia Maju

Sungguhpun Kim Pan-gon hari ini melaungkan keyakinan bahawa anak buahnya mampu untuk memberikan yang terbaik menjelang pertemuan dengan Bangladesh malam esok. Beliau dalam sesi temubual pra perlawanan itu menjelaskan, mereka sentiasa peka dengan kemampuan lawannya itu dan yakin pasukan itu bakal hadir dengan pelbagai bentuk ancaman. Mengulas lanjut, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu mahu mengambil […]
Syafiq Ahmad: Kita Hanya Mahu Menang

Penyerang tengah Harimau Malaya, Syafiq Ahmad yakin pasukan negara sudah bersedia untuk memberi saingan yang sewajarnya kepada Bangladesh dalam aksi terakhir malam esok. Pasukan kendalian Kim Pan-gon turun dalam misi penting untuk meraih 3 mata sekaligus membuka peluang yang cerah untuk mara ke Piala Asia. Malah, pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) optimis para pemain […]