Rasmi: Thailand Tidak Sertai Pestabola Merdeka

Juara Piala AFF 2022, Thailand difahamkan tidak akan menyertai kejohanan Pestabola Merdeka yang bakal diadakan September ini. Hal ini telah pun disahkan oleh Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) setelah difahamkan terdapat perbincangan antara pihak Thailand dan juga Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Perkara ini telah pun dimaklumkan oleh Setiausaha FAT, Patit Suphaphongs sekaligus menyaksikan lawan tradisi Malaysia […]

Park Hang-seo Minta Bantuan Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mendedahkan bahawa beliau ada berhubung dengan jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menjelang pertemuan menentang Thailand esok. Beliau percaya Pan-gon mempunyai pengalaman luas bertemu pasukan Thailand. Bagi aksi separuh akhir yang lalu, Harimau Malaya tewas kepada Thailand dengan agregat 1-3. Harimau Malaya menang tipis (1-0) ketika di Stadium Bukit Jalil dan tewas […]

Kim Pan-gon: Kamu Boleh Salahkan Saya, Tapi Bukan Pemain

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon amat berpuas hati dengan usaha yang tidak mengenal erti penat lelah daripada barisan pemain Harimau Malaya dalam kempen Piala AFF kali ini. Malaysia terpaksa menelan hakikat apabila perjuangan kali ini terhenti susulan kekalahan 3-0 ke atas juara bertahan, Thailand. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun tidak mahu menyalahkan para […]

Info Siaran Langsung Thailand vs Malaysia | Piala AFF 2022 | 2nd Leg

Pertembungan antara pasukan Thailand vs Malaysia pada pusingan timbal balik di Stadium Tamassat malam ini bakal menentukan pasukan yang mara ke pentas akhir. Anak didik Kim Pan-gon turun ke tempat lawan dalam momentum terbaik berbekalkan kelebihan satu jaringan yang dibawa dari Stadium Nasional Bukit Jalil hasil ledakan Faisal Halim. Malaysia sudah tentu ingin mengulangi pencapaian […]

“Mara Ke Final Satu-Satunya Cara Balas Jasa Rakyat Malaysia” – Kim Pan-gon

Esok, aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 Malaysia-Thailand bakal menentukan siapa yang bakal menjadi lawan Vietnam di pentas final. Bagi jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, kejayaan ke final dilihat satu cara baginya membalas sokongan padu rakyat Malaysia terhadap skuad negara. Akuinya dalam sidang media pra-perlawanan Thailand-Malaysia hari ini, beliau turut mengikuti perkembangan Piala AFF […]

“Saya Tak Mahu Komen Pengadil Sebab Saya Tiada Duit Nak Bayar Denda” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon tidak mahu mengulas lanjut berkenaan keputusan pengadil pada malam ini selepas Malaysia mencatat kemenangan 1-0 di laman sendiri. Aksi hari ini kembali mencuri tumpuan apabila beberapa keputusan pengadil dianggap kontroversi termasuklah pembatalan gol kedua Harimau Malaya. Malah, pengadil kelahiran Korea Selatan ini turut tidak memberi sepakan penalti kepada anak […]

Info Siaran Langsung Malaysia vs Thailand | Piala AFF 2022

Perlawanan separuh akhir Piala AFF 2022 melibatkan pertembungan antara jiran tetangga, Malaysia dan juga Thailand. Harimau Malaya sudah tentu mahu memanfaatkan kelebihan selaku tuan rumah pada malam ini ketika sokongan 59,000 ekor Harimau Malaya bakal menjadi nadi tambahan pasukan. Kedua-dua pasukan kini dalam misi penting untuk melayakkan diri ke pentas akhir dengan skuad Gajah Perang […]

Jay Chou Akhirnya Buka Mulut

Penyanyi terkemuka Taiwan, Jay Chou akuirnya membuka mulut susulan pelbagai isu yang timbul membabitkan persembahannya dan juga aksi Harimau Malaya. Seperti yang sedia maklum, perjalanan aksi skuad kebangsaan di Piala AFF ini sering dikaitkan dengan individu ini tatkala pertembungan jadual ini menyebabkan sebanyak 21,000 tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil tidak dapat dijual. Perkara ini […]

Final Piala AFF Mungkin Tak Dapat Dilangsungkan Di Bukit Jalil

Final Piala AFF 2022 berkemungkinan besar tidak dapat berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil sekiranya Malaysia berjaya melangkah ke pentas akhir pada edisi kali ini. Seperti yang sedia maklum, SNBJ menjadi venue rasmi buat skuad Harimau Malaya mengharungi kejohanan kali ini yang menyaksikan anak buah Kim Pan-gon berjaya melangkah ke pentas separuh akhir. Namun begitu, […]

Kim pan-gon: Pemain Malaysia Sangat Bijak

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memuji impak yang dibawa oleh barisan pemain Malaysia sambil menganggap mereka pemain yang sangat bijak. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu jelas berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh anak buahnya sehingga berjaya mara ke pentas separuh akhir. Mengulas lanjut, beliau tetap mahu memastikan mereka untuk membanggakan rakyat malaysia akan […]

“Kami Bertuah Malaysia Adakan Konsert Di Bukit Jalil” – Mano Polking

Ketua jurulatih Thailand, Mano Polking gembira kerana Malaysia mengadakan konsert yang menyaksikan pengurangan jumlah penonton seramai 21,000 orang. Pengendali kelahiran Brazil ini turun pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil esok dalam misi untuk membawa bekalan selesa pulang ke bumi Thailand. Mengulas lanjut, individu berusia 46 tahun ini lega apabila venue utama […]

Malaysia Raih Lebih RM3 Juta Hasil Kutipan Tiket Piala AFF

Malaysia mencatatkan jumlah kutipan yang cukup luar biasa bagi perlawanan yang melibatkan aksi Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi peringkat kumpulan Piala AFF 2022. Pasukan kendalian Kim Pan-gon diundi dalam kumpulan B telah pun bertemu dengan Laos dan juga Singapura di SNBJ yang menyaksikan Malaysia berjaya meloloskan diri ke peringkat separuh akhir. Sambutan […]

Safawi Rasid: Ini Bukit Jalil, Anda Tak Boleh Menari Di Sini

Kapten pasukan Harimau Malaya, Safawi Rasid memberi amaran keras kepada mana-mana pemain yang cuba berseronok dan ‘menari ‘ di gelanggang keramat Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil. Malaysia mencatatkan kemenangan bersejarah dalam aksi semalam apabila berjaya membenam Singapura dengan keputusan 4-1 untuk layak ke peringkat separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak […]

“Ini Antara Prestasi Terbaik” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengakui perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Singapura antara prestasi terbaik Malaysia. Jurulatih kelahiran Korea Selatan merasakan semua pemain telah mempamerkan kualiti mereka yang sebenar. “Perlawanan malam ini antara prestasi terbaik mereka. Kesungguhan mereka di atas padang untuk memberikan yang terbaik buat Malaysia. “Semua pemain menunjukkan potensi sebenar mereka. Saya […]

Piala AFF: Malaysia Mudah Tibai Singapura

Perlawanan terakhir Kumpulan B antara Malaysia dan Singapura berlangsung dengan cukup sengit sebelum kemenangan akhirnya berjaya dicapai oleh Harimau Malaya. Kedua-dua pasukan turut dengan kesebelasan terbaik bagi mencari tiga mata daripada aksi ini. Harimau Malaya dengan suntikan lebih 65 ribu ekor harimau sejati berjaya memperoleh peluang terbaik menerusi Faisal Halim namun ketangkasan Hassan Sunny menafikan […]

Info Siaran Langsung Malaysia vs Singapura (Singapore) | Piala AFF 2022

Perlawanan akhir Kumpulan B Piala AFF 2022 melibatkan pertembungan antara jiran tetangga, Malaysia dan juga Singapura. Harimau Malaya sudah tentu mahu bangkit daripada duka apabila tewas 0-3 kepada Vietnam tempoh hari. Kedua-dua pasukan kini dalam misi penting untuk melayakkan diri ke pentas separuh akhir dengan perlawanan ini bakal menjadi penentu. Anak didik Kim Pan-gon kini […]