Kim Pan-gon Dedah Lihat Segenap Sudut Aksi Bertemu Vietnam

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikatakan menyaksikan semula perlawanan ketika Vietnam bertemu Malaysia sebanyak 3 kali bagi melihat segenap sudut kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum menentang Singapura esok. Sebelum ini, pada aksi ketiga Piala AFF 2022 Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan 3-0 kepada Vietnam. Bagi Kim Pan-gon perlawanan tersebut semuanya telah mengikut ramuannya yang asal […]
Faisal Halim ‘Dirasuk’ Aura Hebat Kim Pan-gon

Ketua pasukan kebangsaan, Faisal Halim bagaikan dirasuk aura hebat jurulatih daripada Korea Selatan, Kim Pan-gon yang sentiasa dahagakan kemenangan dan perubahan bola sepak Malaysia. Pemain sayap 25 tahun itu sentiasa menunjukkan kematangan di dalam atau luar padang. Bahkan, sifat kempimpinannya semakin jelas menyakinkan. Bekas pemain Terengganu itu yakin dengan barisan pemain sedia ada mampu melakar […]
Kim Pan-gon Mohon Sokongan Padu Buat Harimau Malaya Di SNBJ

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon berharap agar seluruh rakyat Malaysia dapat memberikan sokongan padu kepada pasukan negara menjelang pertemuan dengan Singapura esok. Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu menghargai setiap pengorbanan dan sokongan yang diberikan oleh ekor Harimau Malaya sejak beliau mula mengambil alih. Jelasnya, sokongan ini telah memberi satu suntikan semangat buat akak buahnya untuk […]
Takayuki Nishigaya: Singapura Tak Turun Hanya Untuk Satu Mata

Ketua jurulatih Singapura, Takayuki Nishigaya yakin pasukannya tidak akan turun beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil hanya untuk bertahan dan meraih satu mata. Pengendali kelahiran Jepun itu sedar kehadiran puluhan ribu ekor Harimau Malaya bakal menjadi cabaran buat anak buahnya untuk mencari kemenangan. Namun begitu, beliau tetap optimis dengan segala perancangan dan juga kemampuan para […]
“Singapura Lebih Gemar Bertahan & Tunggu Peluang Tetapi Malaysia Tidak” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon yakin anak buahnya sudah cukup bersedia untuk bertemu dengan Singapura esok. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun sempat membuat analisis berkenaan perbezaan antara kekuatan pasukan bimbingannya dan juga Singapura ketika ini. Katanya, pasukan tersebut tidak mempunyai perbezaan yang ketara dari segi falsafah permainannya sementara Malaysia sudah banyak menunjukkan perbezaan. […]
SNBJ Dijangka Bergegar Dengan Ngauman Lebih 40 Ribu Ekor Harimau Malaya

Pertembungan antara jiran tetangga, Malaysia dan juga Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil dijangka akan dibanjiri lebih 40,000 ekor Harimau Malaya. Perlawanan akhir kumpulan B Piala AFF 2022 bakal menjadi penentu tatkala kedudukan masih lagi terbuka buat tiga pasukan iaitu Vietnam, Singapura dan juga Malaysia untuk layak ke peringkat separuh akhir. Malaysia di bawah kendalian […]
Pestabola Merdeka Kembali Hiasi Bola Sepak Asia

Kejohanan bola sepak yang sudah lama dinantikan oleh rakyat Malaysia iaitu Pestabola Merdeka akan kembali menyerikan para penonton setelah 9 tahun tertunda. Ini susulan sambutan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang ke-90 sekaligus bakal memberikan detik terindah buat bola sepak Malaysia. Kejohanan kedua tertua selepas Piala Malaysia ini difahamkan akan berlangsung pada Oktober depan. Menerusi satu […]
Kim Pan-gon Minta Maaf

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon memohon maaf atas kekalahan skuad negara kepada Vietnam hari ini. Pengendali kelahiran Korea Selatan ini telah menurunkan kesebelasan terbaiknya namun masih tidak dapat menandingi kehandalan pasukan ke-96 dunia itu. Harimau Malaya terpaksa akur di hadapan puluhan biru penyokong tuan rumah apabila tewas dengan keputusan 3-0. Sejurus selepas perlawanan, jurulatih berusia […]
Piala AFF: Pesta Kad Merah Jejas Rentak Malaysia, Tewas Kepada Vietnam

Pertembungan antara dua Vietnam dan juga Malaysia bagi aksi ketiga kumpulan B berkesudahan dengan kemenangan milik Vietnam. Kedua-dua pasukan turun dengan kesebelasan terbaik bagi memburu tiga mata dalam pertemuan penting ini. Beraksi di laman sendiri, anak didik Park Hang-seo membuka tirai jaringan menerusi penyerang berbisa, Nguyen Tien Linh. Namun begitu, mereka terpaksa membayar harga yang […]
Info Siaran Langsung Malaysia vs Vietnam | Piala AFF 2022

Perlawanan ketiga kumpulan B menyaksikan Malaysia akan bertemu dengan Vietnam di Stadium Nasional My Dinh. Anak didik Kim Pan-gon kini dalam momentum terbaik apabila mencatatkan kemenangan dua kali berturut-turut dalam kempen kali ini. Malaysia berpeluang untuk memperoleh tambahan 3.25 mata sekiranya mereka berjaya mencatat kemenangan ke atas Vietnam untuk menghampiri kedudukan ke-142 dunia. Kesebelasan Utama […]
Stadium Nasional Mỹ Đình Sedia Sepenuhnya Menjelang Aksi Vietnam & Malaysia

Stadium Nasional My Dinh kini sudah bersedia sepenuhnya bagi aksi penting antara pasukan Vietnam menentang Malaysia malam ini. Pertembungan dua pasukan pilihan ini bakal berlangsung dan semua mata sudah tentu mahu melihat perlawanan penting Kumpulan B ini. Malaysia di bawah kendalian Kim Pan-gon mahu mencipta sesuatu kali ini selepas kali terakhir mencatat kemenangan pada tahun […]
Park Hang-seo Puji Kim Pan-gon

Pengendali skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo memuji prestasi semasa ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Dalam sesi sidang media sebelum perlawanan antara Malaysia dan Vietnam, Park Hang-seo optimis menyasarkan tiga mata berjaya dikutip anak buahnya. Pertembungan Vietnam dan Malaysia malam ini merupakan pertemuan pertama beliau dan Kim Pan-gon sejak pengendali dari Korea Selatan itu dilantik […]
Penang Buru Kereta Kebal DNA ‘Kim Pan-gon’

Pasukan Liga Super, Penang FC dikhabarkan mahu membawa masuk seorang pertahanan tengah kelahiran Korea Selatan, Sae Ahn-hee. Pemain berusia 31 tahun itu merupakan tonggak utama buat sebuah pasukan di Liga Vietnam ketika ini iaitu Hoang Anh Gia Lai (HAGL FC). Bekas bintang kelab gergasi Korea, Pohang Steelers ini berada dalam radar pasukan utara tanah air […]
“Dia Sanggup Duduk Di Bangku Simpanan Untuk Bagi Sokongan” – Kim Pan-gon

Pengurus skuad kebangsaan, Kim Pan-gon memuji sikap Khuzaimi Piee yang bersungguh-sungguh ingin membantu skuad negara walaupun mengalami kecederaan otot betis. Beliau turut berkata, Khuzaimi sebagai seorang yang setia untuk Malaysia dan ia boleh menjadi contoh buat rakan sepasukan menggapai kejayaan dalam kempen Piala AFF 2022. “Keadaan Khuzaimi telah pun dimaklumkan oleh pihak perubatan dan beliau […]
Kim Pan-gon Sahkan Betis Khuzaimi Piee Koyak Ketika Bertemu Myanmar

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menjelaskan tentang status kecederaan bintang utama Malaysia, Khuzaimi Piee. Beliau dalam satu kenyataan sejurus tamat perlawanan mengesahkan bahawa pemain baharu Selangor itu mengalami kecederaan di bahagian betisnya. Kim Pan-gon menjelaskan bahawa laporan daripada pihak perubatan pasukan mengesahkan kecederaan tersebut namun beliau kekal disenaraikan dalam senarai pemain simpanan. “Keadaan Khuzaimi […]
Piala AFF: Malaysia ‘Siuuukan’ Laos Tanpa Balas

Perlawanan kedua Kumpulan B yang melibatkan pertembungan antara Malaysia menentang Laos menyaksikan kemenangan mudah menjadi milik Malaysia. Kim Pan-gon memberi kepercayaan kepada muka baharu untuk membuat penampilan apabila hanya mengekalkan dua muka pada aksi pertama iaitu Safawi Rasid dan juga Faisal Halim. Pemain baharu Selangor, Faisal Halim hampir memecah kebuntuan seawal minit ke-5 apabila rembatannya […]