Permulaan Sempurna Endrick Dos Santos Di JDT

PETALING JAYA 2 MAC – Berjaya menjaringkan gol pada penampilan sulung ibarat satu impian yang menjadi kenyataan buat pemain terbaharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Endrick Dos Santos. Dia yang mengambil tempat Afiq Fazail di posisi tengah untuk berada dalam kesebelasan utama, berjaya menyempurnakan umpanan dari Fernando Forestieri dengan tandukan menarik pada minit 52. Namun, pemain […]

Kim Pan-gon Miliki Lebih Ramai Pilihan Ke Piala Asia

Susulan kejayaan Malaysia mara ke separuh akhir Piala AFF 2022 walaupun dibarisi pemain-pemain yang kurang berpengalaman, ia memberi lebih banyak pilihan kepada Kim Pan-gon menjelang Piala Asia 2023. Dan ini merupakan amaran kepada pemain-pemain lain bahawa perebutan mendapatkan slot kesebelasan utama Harimau Malaya kini sengit. Hal ini ditegaskan oleh Pan-gon dengan beberapa pemain baru bakal […]

Kim Pan-gon Kesan Perubahan Mendadak Fizikal Safawi Rasid

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah mengesan perubahan mendadak terhadap susuk tubuh pemain pinjaman Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid sejak tiba di Thailand. Pemain berusia 26 tahun itu tiba di sana bagi membawa cabaran Ratchaburi untuk terus mencabar kejuaraan Liga 1 Thailand. Baru-baru ini, pengendali kelahiran Korea Selatan itu terbang ke sana bagi […]

Kim Pan-gon Tak Sanggup Lihat Pemain Terseksa Demi Ke Eropah

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyambut baik usaha untuk FAM menghantar pemain ke Eropah namun tidak mahu usaha itu sekadar ‘melepaskan betol di tangga’. Ini susulan hasrat Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin yang mahu melihat lebih ramai bakat muda ‘terbang’ menimba pengalaman di bumi Eropah. Namun begitu, pengendali kelahiran […]

Kim Pan-gon Senada Dengan TMJ Segerakan Fasiliti Terbaik Di Malaysia

Bukan sekali soal fasiliti sukan yang baik amat diperlukan bagi melonjakkan bola sepak negara ke tahap yang lebih tinggi. Dan selepas pulang dari lawatannya ke Thailand baru-baru ini, jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu hal ini menjadi keutamaan. Dalam lawatannya ke Thailand, bekas jurulatih Hong Kong itu berpeluang meninjau kemudahan kelab-kelab di sana termasuk Ratchaburi […]

Perkembangan Safawi Rasid Di Thailand Legakan Kim Pan-gon

Selepas Safawi Rasid melengkapkan perpindahan pinjamannya ke kelab Thai League 1, Ratchaburi, antara yang mengikuti perkembangannya ialah jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Dan selepas mengadakan lawatan ke Thailand baru-baru ini, beliau amat lega dengan perkembangan Safawi di sana. Bekas penyerang Terengganu itu berpindah secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) ke Ratchaburi bagi mendapatkan lebih […]

Korea Selatan Tolak Permintaan Kim Pan-gon

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon memberitahu bahawa beliau ada berusaha untuk menghubungi beberapa negara buat Malaysia adakan perlawanan persahabatan. Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat usaha yang dilakukan FAM bagi menghubungi Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) untuk mengatur perlawanan persahabatan. Walau bagaimanapun, pihaknya tidak mendapat respon yang kurang memberangsangkan. “Kita cuba ajak negara Eropah atau negara […]

Kim Pan-gon Ke Thailand Pantau Rapat Aksi Safawi Rasid

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon sudah pun kembali memulakan tugas apabila dikhabarkan terbang ke Thailand bagi meninjau perkembangan kapten pasukan, Safawi Rasid. Pemain berusia 25 tahun itu dipinjamkan ke kelab Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC daripada JDT dengan misi memperoleh lebih banyak minit permainan. Anak jati kelahiran Terengganu itu juga berjaya menampilkan aksi terbaiknya […]

8 Negara Jadi Pilihan Kim Pan-gon Bentuk Formula Ke Piala Asia

Malaysia bakal berdepan lapan perlawanan persahabatan menjelang aksi Piala Asia 2023. Perkara tersebut dimaklumkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin yang menjelaskan skuad kendalian Kim Pan-gon akan beraksi sebanyak enam perlawanan di venue Home manakala dua perlawanan Away. Malaysia akan memulakan aksi persahabatan antarabangsa ini pada Mac berdepan Turkmenistan dan Kuwait […]

Aksi Malaysia Berdepan Turkmenistan & Yaman Bakal Berlangsung Di Stadium Sultan Ibrahim

Pertembungan antara pasukan Malaysia dan beberapa lawan berstatus elit bakal berlangsung di stadium keramat Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim. Menerusi satu penjelasan oleh Presiden FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin, Malaysia kini dalam perancangan secara berfasa untuk mengatur aksi persahabatan. Beliau mengesahkan bahawa anak didik Kim Pan-gon akan menghadapi dua aksi persahabatan menentang Turkmenistan […]

Pasukan Ke-80 Dunia Antara 4 Pasukan Sertai Pestabola Merdeka

Selepas penganjuran Pestabola Merdeka pada Oktober tahun ini diumumkan oleh FAM beberapa minggu sebelumnya, ramai berspekulasi pasukan mana yang akan menyertai kejohanan ikonik itu. Terbaru, difahamkan China merupakan antara pasukan yang bakal menyertai kejohanan itu. Sebelum ini, beberapa negara dicanang dikatakan dicanang menyertai kejohanan itu termasuk Thailand, India dan Palestin. Bagaimanapun, Thailand menerusi Persatuan Bola […]

Jepun & China Pilihan Kim Pan-gon Bertemu Malaysia

Malaysia berpeluang untuk beradu kekuatan berdepan lawan berstatus elit apabila berkemungkinan akan menghadapi Jepun dan China dalam aksi persahabatan September nanti. Perkara ini telah pun disahkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang memaklumkan bahawa mereka sudah pun mengatur perancangan bagi tahun ini. Bermula Mac ini, anak didik Kim Pan-gon akan menghadapi dua aksi persahabatan […]

Kim Pan-gon, Hamidin Mengadap TMJ

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon bersama-sama Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin telah hadir ke ibu pejabat Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mengadap DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ). Perjumpaan tiga individu paling berpengaruh dalam industri bola sepak Malaysia itu difahamkan bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan bola […]

Kim Pan-gon Bakal Tentukan Lawan Harimau Malaya

Dengan Pesta Bola Merdeka bakal dianjurkan tidak lama lagi, ramai ingin tahu siapa yang bakal menjadi lawan Harimau Malaya. Tetapi bagi FAM, siapa saja lawan negara dalam kejohanan itu hanya akan ditentukan oleh jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon. Hal ini disentuh oleh Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman. Malah, ketika ini, belum ada sebarang jemputan […]

Stadium Sultan Ibrahim Bakal Digunakan Harimau Malaya Seawal Mac Ini?

Gelanggang keramat Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dijangka akan menjadi venue rasmi Harimau Malaya seawal Mac ini. Menerusi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman, beliau memberi bayangan bahawa pasukan kebangsaan berkemungkinan besar akan menggunakan Stadium Sultan Ibrahim. Namun begitu, keputusan rasmi kini masih belum dibuat kerana FAM masih […]

Dulu Park Hang-seo Sanggup Tinggalkan Vietnam Untuk Malaysia

Bekas ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo dilaporkan pernah menawarkan diri kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengemudi skuad kebangsaan Malaysia. Pengendali berusia 65 tahun itu telah bersama pasukan kebangsaan Vietnam hampir 5 tahun dan membawa era kegemilangan kepada bola sepak di sana. Namun begitu, beliau difahamkan amat berminat untuk mengisi kekosongan jawatan pengendali Harimau Malaya […]