Ranking Indonesia Naik Mendadak, Kini Hampiri Malaysia

Kemas kini ranking masa nyata FIFA menyaksikan pasukan kebangsaan Indonesia menghampiri kedudukan Malaysia selepas mencatatkan dua kemenangan besar. Skuad kendalian Shin Tae-yong berdepan Brunei bagi aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. Sang Garuda mencatatkan kemenangan 6-0 pada aksi pertama sebelum merakamkan kemenangan kedua dengan jumlah jaringan sama untuk menjadikan agregat 12-0. Kemenangan […]

Kapten Malaysia, Matthew Davies Zahir Solidariti Buat Palestin

Kapten pasukan kebangsaan Malaysia, Matthew Davies secara terbuka menzahirkan solidariti penuh buat Palestin sekaligus mengajak para pemain lain untuk melakukan tindakan yang sama. Pemain berusia 28 tahun itu cemerlang membantu skuad negara menghadapi saingan Pestabola Merdeka 2023 apabila merangkul gelaran naib juara. Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) ini berada pada kemuncak prestasi untuk terus mendapat […]

“Saya Dibayar Gaji, Kecam Saya Jangan Kecam Pemain” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memohon maaf tidak dapat memberikan kemenangan dalam aksi final Pestabola Merdeka 2023 bertemu Tajikistan malam semalam. Ketika ditemu bual dalam sesi sidang media selepas perlawanan, beliau menjelaskan aksi bertemu pasukan di ranking ke-110 dunia itu merupakan perlawanan yang sukar. Beliau menjelaskan pemain Harimau Malaya telah memberikan sepenuh keringat dan […]

Harimau Malaya Beraksi Dalam Tekanan

Kekalahan 0-2 Malaysia di tangan Tajikistan dalam pentas akhir Pestabola Merdeka semalam telah membuka mata banyak pihak menjelang Piala Asia di Qatar Januari tahun hadapan. Beberapa kesilapan telah dikenalpasti jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon namun dalam masa yang sama berharap para pemain dapat belajar dari kesilapan tersebut. “Apa pun yang berlaku, saya akan katakan jangan berputus […]

Kim Pan-gon: Saya Minta Maaf, Kita Perlukan Sokongan Rakyat Malaysia

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon mengakui telah mengecewakan rakyat Malaysia selepas tidak berupaya menghadiahkan piala pertama buat rakyat Malaysia di laman sendiri. Perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023 antara Harimau Malaya dan pasukan ke-110 dunia berlangsung dengan cukup baik namun kemenangan milik Tajikistan. Satu jaringan pada setiap babak ditambah dengan kesalahan komunikasi telah memberikan kelebihan kepada […]

Pestabola Merdeka: Tajikistan Muncul Juara Tewaskan Malaysia

Tajikistan muncul selaku juara Pestabola Merdeka 2023 selepas membenam Malaysia dengan keputusan 2-0. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon menurunkan kesebelasan terbaik menentang pasukan ke-110 dunia itu. Terdapat dua pertukaran dengan Safawi Rasid dan Brendan Gan bermula dalam kesebelasan utama menggantikan Akhyar Rashid dan Nooa […]

Junior Eldstal Satu-Satunya Pemain Yang Kekal Sedekad

Pertahanan tengah Malaysia, Junior Eldstal kini muncul satu-satunya pemain yang membarisi kejohanan Pestabola Merdeka selama sedekad. Sebelum Pestabola Merdeka dianjurkan kembali pada tahun ini, kali terakhir kejohanan tersebut diadakan adalah pada 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2013. Junior Eldstal yang turun selaku pemain gantian dalam aksi menentang India tempoh hari pernah membantu pasukan Malaysia […]

Ranking FIFA: Malaysia Berpeluang Pintas Kedudukan Negara Eropah

Malaysia memiliki peluang terakhir untuk memungut mata FIFA bagi aksi penting di final Pestabola Merdeka 2023 yang membolehkan pasukan negara memintas kedudukan negara Eropah. Skuad kendalian Kim Pan-gon berjaya memungut mata FIFA penuh berdepan pasukan ke-102 dunia, India selepas merekodkan kemenangan 4-2 di Bukit Jalil. Kemenangan itu menyaksikan Harimau Malaya memperoleh tambahan +6.4 mata FIFA […]

Kim Pan-gon: Kenapa Jurulatih Tajikistan ‘Menangis’ Sebelum Aksi Bermula?

Jurulatih skuad senior Malaysia, Kim Pan-gon berpandangan sebarang masalah yang dihadapi lawan tidak sepatutnya didedahkan untuk pengetahuan umum kerana itu satu sikap buruk. Beliau berpandangan demikian selepas jurulatih Tajikistan, Petar Segrt mendedahkan pelbagai masalah yang dihadapi pasukannya termasuk ketiadaan 15 pemain utama. Bagi Pan-gon, sebagai pemimpin pasukan, jurulatih bukan saja perlu menunjukkan teladan yang bagus […]

Petar Ĺ egrt: Jika Malaysia Mahukan Piala Merdeka, Kalahkan Kami Dulu

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Tajikistan, Petar Sergt mula melancarkan perang psikologi selepas menyatakan esok merupakan detik terbaik buat Malaysia mencatatkan kemenangan berdepan pasukannya. Jurulatih kelahiran Croatia itu diduga dengan keadaan yang tidak mengizinkan selepas kurang sihat dalam tempoh beberapa hari. Hal ini menyebabkan beliau terlepas peluang untuk menonton aksi Malaysia berdepan India namun sudah pun […]

Corbin-Ong Kongsi Analisis Kekuatan Pemain Tajikistan

Pertahanan kental Malaysia, La’Vere Corbin-Ong berkongsi tentang kekuatan yang dimiliki oleh pemain Tajikistan menjelang sepak mula final Pestabola Merdeka 2023. Pemain berusia 33 tahun itu mempamerkan aksi yang cukup bertenaga selepas berjaya membantu Harimau Malaya mengatasi cabaran India dengan keputusan 4-2. Bintang JDT itu juga menyumbang satu gol untuk membawa cabaran skuad kebangsaan sungguhpun berdepan […]

FAM Umum Venue Rasmi Final Pestabola Merdeka 2023

FAM secara rasmi mengumumkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai venue rasmi aksi final Pestabola Merdeka 2023. Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman, keputusan ini dibuat selepas menilai semua faktor yang berbangkit. Ini termasuk maklumat terbaru hasil tinjauan ke atas padang SNBJ yang dibuat FAM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) hari ini. […]

“Jangan Sampai Kami Naturalisasikan Pemain India” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon kurang senang dengan kritikan terbuka yang dilemparkan oleh pengendali India, Igor Stimac. Malaysia berjaya menundukkan pasukan ke-102 dunia itu dengan keputusan 4-2 sekaligus membawa pasukan ke pentas akhir Pestabola Merdeka 2023. Sejuru selepas perlawanan, jurulatih kelahiran Croatia itu memberitahu bahawa kejohanan seperti ini layak memiliki fasiliti yang lebih baik. […]

Jurulatih Wolves Ajar Pemain Malaysia Cara ‘Ikat’ Hwang Hee-chan

Ketua jurulatih Wolverhampton Wanderers FC, Gary O’Neil berkongsi tips berkesan kepada barisan pemain Malaysia untuk merantai penyerang sensasi pasukannya, Hwang Hee-chan. Pemain berusia 27 tahun itu sudah memasuki musim ketiganya di England sejak beraksi di sana pada musim 21/22 sebelum dipinjamkan ke kelab Jerman, RB Leipzig. Beliau bagaimanapun akhirnya berjaya mencapai konsistensi bersama Wolves musim […]

Prestasi Arab Saudi Jatuh Merudum, Peluang Malaysia Menyinar

Prestasi yang ditampilkan oleh pasukan kebangsaan Arab Saudi terus merudum apabila meneruskan rentetan tanpa kemenangan buat pasukan. Pasukan ke tangga 57 dunia itu gagal mempamerkan persembahan sebenar sejak kali terakhir mencatatkan kemenangan pada awal Januari lalu berdepan Yaman. Mereka jelas bergelut apabila mencatatkan 6 kekalahan dan satu seri dalam 7 penampilan terakhir sebelum melangkah ke […]

Hafizal Hamad ‘Gaduh Manja’ Dengan Jurulatih India

Hos terkenal Astro Arena, Hafizal Hamad dirakam terlibat dalam pergaduhan ‘manja’ bersama jurulatih kecergasan pasukan kebangsaan India bagi aksi di Bukit Jalil semalam. Pasukan kendalian Kim Pan-gon berjaya mencatat kemenangan mudah 4-2 di hadapan 50,000 orang penyokong untuk melayakkan diri ke final Pestabola Merdeka. Terdapat beberapa keputusan perlawanan yang dipersoal oleh kedua-dua pasukan termasuklah keputusan […]