3 Bintang Luar Negara Sandaran Malaysia ‘Gegar’ Kyrgyzstan

Malaysia berdepan saat getir apabila bakal mengharungi ujian di Kelayakan Piala Dunia 2026/2027 pertengahan November ini dengan tiga pemain luar negara menjadi taruhan pasukan. Skuad kendalian Kim Pan-gon berdepan ujian hebat apabila pasukan ke-96 dunia, Kyrgyzstan bagi aksi pembukaan dengan 25 pemain ke kem latihan pusat bagi skuad negara. Harimau Malaya mengharungi tempoh yang cemerlang […]

Kim Pan-gon Terpaksa Sisihkan Syamer Kutty & Azam Azih

Dua pemain tengah kebangsaan, Mohd Syamer Kutty Abba dan Nor Azam Abdul Azih terpaksa disisihkan daripada kem Harimau Malaya menjelang aksi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. Seramai 25 pemain telah dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon bagi menjalani kem latihan pusat skuad Harimau Malaya kali ini. Berdasarkan senarai tersebut, Kim Pan-gon telah […]

Kyrgyzstan Panggil Semula 12 Pemain Utama Hadapi Malaysia

Pasukan kebangsaan Kyrgyzstan membuat keputusan untuk membawa skuad terbaik ke Kelayakan Piala Dunia 2026 khususnya berdepan Malaysia pada aksi pembukaan kumpulan. Skuad yang menghuni tangga ke-96 dunia itu kehilangan sebahagian besar pemain penting pada dua aksi persahabatan berdepan Bahrain dan Filipina. Keadaan ini menyebabkan pasukan bimbingan Stefan Tarkovic tewas dalam dua aksi penting tersebut. Kyrgyzstan […]

Syafiq Ahmad Mahu ‘Bantu’ Kim Pan-gon

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad mahu menambat semula hati ketua jurulatih, Kim Pan-gon dan menyumbang sesuatu buat Harimau Malaya. Pemain berusia 28 tahun itu kembali mempamerkan bisanya selepas berjaya menjaringkan dua gol ketika membenam cabaran Perak FC pada peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2023. Beliau yang dimasukkan selaku pemain gantian berjaya menghadirkan […]

Lee Tuck Bawa Haluan Baru Selepas Tinggalkan Liga Malaysia

Pemain naturalisasi negara, Lee Tuck berkongsi haluan baharu yang diceburinya selepas tidak lagi bersama mana-mana pasukan di Liga Malaysia. Bintang berusia 36 tahun itu kali terakhir menyarung jersi Kedah Darul Aman FC namun membuat keputusan untuk menamatkan kontrak lebih awal atas persetujuan bersama. Beliau juga membuat keputudan untuk pulang ke negara kelahirannya, England sekaligus menguatkan […]

Kim Pan-gon Puas Hati Keadaan Terkini Padang SNBJ

Ketua jurulatih pasukan Malaysia, Kim Pan-gon berpuas hati dengan keadaan terkini padang di Stsdium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjelang sepak mula Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027. Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pengendali kelahiran Korea Selatan itu meletakkan harapan besar agar aksi pertama berdepan Kyrgyzstan dapat dilangsungkan di gelanggang […]

Jawapan Kim Pan-gon Tentang Kesilapan Pasukan Di Pestabola Merdeka

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon mempunyai pandangan tersendiri tentang aspek persembahan yang ditampilkan oleh skuad kendaliannya di Pestabola Merdeka 2023. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu terpaksa menelan hakikat apabila Harimau Malaya tewas dengan keputusan 0-2 kepada pasukan ke-110 dunia, Tajikistan. Malaysia bagaimanapun berjaya membenam cabaran India yang menghuni tangga ke-102 dengan jaringan 4-2. Kesilapan individu […]

Paulo Josue Sedia ‘Berkorban’ Demi Leandro Velazquez

Kapten KL City FC, Paulo Josue bersedia memberi ruang kepada Leandro Velasquez seandainya pemain berdarah Argentina itu dipanggil menyertai Harimau Malaya. Sebelum ini, DYAM TMJ, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim mendedahkan harapan baginda untuk melihat Velasquez menjadi pemain naturalisasi terbaru negara. Pemain berdarah Brazil itu melihat kehadiran bekas pemain perancang Newell’s Old Boys itu mampu […]

Malaysia Tempuhi Lawan Berbeza Profil Menjelang Piala Asia

Malaysia menghadapi dua ujian berbeza pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dan menjadi sebahagian daripada persiapan ke Piala Asia yang berlangsung di Qatar tahun hadapan. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon mengharungi tempoh yang cukup gemilang sejak dua bulan kebelakangan ini selepas berjaya mengikat dua jaguh 100 terbaik dunia, China dan Syria. Skuad negara juga […]

Wan Zack Haikal Wajar Dipanggil Ke Skuad Kebangsaan?

Nama bintang Perak FC, Wan Zack Haikal Wan Nor mula menjadi sebutan para peminat bola sepk tanah air selepas memperagakan aksi cemerlang bersama pasukan pada musim ini. Pemain berusia 32 tahun ini menjadi tunjang utama The Bos Gaurus di bawah kendalian Yusri Che Lah sehingga berjaya melangkah ke pentas separuh akhir Piala Malaysia 2023. Bekas […]

Ranking FIFA: Malaysia Hampiri Negara Eropah, Kini Ke-137 Dunia

Perkembangan terbaru mengenai kedudukan terkini Malaysia dalam ranking FIFA akhirnya terjawab apabila skuad negara kini menghuni tangga ke-137 dunia. Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi aksi persahabatan yang cukup baik pada bulan Oktober apabila muncul naib juara Pestabola Merdeka 2023. Harimau Malaya berjaya mengatasi cabaran pasukan ke-102 dunia, India dengan keputusan 4-2 namun dikecewakan oleh Tajikistan […]

Kim Pan-gon Sisihkan Syafiq Ahmad Bersebab

Ketiadaan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad di kem skuad kebangsaan baru-baru ini menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat bola sepak tanah air. Pada kejohanan Pestabola Merdeka baru-baru ini, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon hanya menyenaraikan seorang penyerang tulen sahaja iaitu penyerang pasukan Sabah FC, Darren Lok. Di manakah Syafiq Ahmad? Pertanyaan itu sudah […]

TMJ Hairan Afiq Fazail & Feroz Tidak Dipanggil Perkuat Malaysia

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ berasa hairan apabila beberapa pemain JDT seperti Afiq Fazail dan Feroz Baharudin tidak dipanggil untuk beraksi bersama Malaysia. Baginda mengakui sentiasa terbuka untuk menyediakan barisan pemain terbaik untuk mewakili Harimau Malaya. TMJ juga sentiasa berhubung dengan pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terutamanya barisan kejurulatihan dan Presiden […]

Ranking Kyrgyzstan Merudum, Peluang Malaysia Kembali Mengganas

Malaysia berpeluang cerah untuk memberi saingan terbaik kepada lawan di Kelayakan Piala Dunia 2026, Kyrgyzstan yang menunjukkan penurunan ranking FIFA menjelang sepak mula November ini. Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal memulakan aksi kelayakan berdepan pasukan tersebut pada 16 November 2023 di laman sendiri sambil memanfaatkan penurunan prestasi skuad tersebut. Pasukan bimbingan Stefan Tarkovic menerima tamparan […]

Jurulatih Ini Cadangkan Tiga Nama Kepada Kim Pan-gon

Kekalahan Malaysia di pentas akhir Pestabola Merdeka di tangan Tajikistan baru-baru ini telah membuka mata ramai pihak mengenai pemain-pemain yang dipanggil ke skuad kebangsaan. Kesilapan mudah juga menjadi bahan bualan peminat bola sepak tanah air. Menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 bulan hadapan dan kejohanan utama Piala Asia tahun hadapan, sesuatu perlu dirombak terutamanya senarai […]

“Rakyat Akan Lihat Padang Setaraf Piala Dunia Di Malaysia” -Hans Isaac

Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Dato’ Hans Isaace memberi jaminan bahawa rakyat Malaysia berpeluang untuk melihat stadium bertaraf Piala Dunia di Malaysia. Menerusi satu perkongsian bersama Harimau Malaya, beliau mengambil maklum tentang kerisauan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi aksi Pestbaola Merdeka 2023 tempoh hari. Hans Isaac juga memaklumkan beliau sentiasa mengambil berat akan […]