“Keyakinan Pemain Malaysia Tinggi Berdepan India” – Kim Pan-gon

Menjelang aksi Pestabola Merdeka Malaysia menentang India malam ini, Kim Pan-gon percaya anak-anak buahnya memiliki keyakinan berdepan pasukan dari Asia Selatan itu. Ini disebabkan barisan kejurulatihan Harimau Malaya sudah mengatur persiapan rapi untuk perlawanan malam ini. Selain itu, keterujaan para pemain beraksi di hadapan penyokong sendiri di padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang berwajah […]
Kim Pan-gon Mahu SNBJ Setaraf Stadium Sultan Ibrahim

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu melihat stadium keramat Malaysia iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) berada setaraf dengan Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Umum mengetahui bahawa proses menaik taraf SNBJ telah pun siap yang menyaksikan ia menelan belanja hampir RM5 juta. Kerja-kerja penambahbaikan ini melibatkan pembinaan dan penyelenggaraan padang selama satu tahun (RM2,213,851.10 Juta) […]
Malaysia Berisiko Hilang Tonggak Utama Berdepan India

Skuad kebangsaan Malaysia bakal kehilangan seorang tonggak utama dalam aksi berdepan India kelak atas faktor kesihatan. Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah mengesahkan Paulo Josue telah mengalami demam denggi dan berkemungkinan besar akan terlepas aksi Pestabola Merdeka. Ini bermakna Malaysia bakal kekurangan seorang pemain berkualiti dibahagian serangan pasukan. Paulo Josue bermain sebagai pemain tengah […]
Kos Naik Taraf SNBJ Cecah Hampir RM5 Juta

Projek Kerja-Kerja Menaik Taraf Padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) telah menelan belanja hampir RM5 Juta. Menerusi satu kenyataan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, beliau memaklumkan bahawa serahan tapak projek kepada syarikat Talenttwo (M) Sdn Bhd telah dilaksanakan pada 1 April 2023 dan kerja penukaran rumput telah dijalankan sehingga 30 September 2023. Tempo […]
Pestabola Merdeka: Palestin Sah Tarik Diri, Ini Format, Venue & Masa Terkini Kejohanan

Kejohanan berprestij di Malaysia yang bakal berlangsung tidak lama lagi berdepan tamparan hebat apabila salah sebuah pasukan iaitu Palestin secara rasminya tidak akan menyertai Pestabola Merdeka. Menerusi perkembangan terkini oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, terdapat beberapa perubahan yang bakal berlaku susulan penarikan Palestin. Pasukan kebangsaan Palestin difahamkan tidak dapat meneruskan perjalanan ke Malaysia […]
Mukhairi Ajmal: Persiapan Malaysia Tidak Terjejas

Pemain tengah Malaysia, Mukhairi Ajmal menganggap persiapan skuad kebangsaan Malaysia masih berada dilandasan yang tepat walaupun terdapat khabar angin tentang penarikan diri pasukan Palestin. Namun setakat ini pihak penganjur FAM masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi tentang sama ada Palestin sah menarik diri ataupun sebaliknya. “Alhamdulillah, kita dapat beradaptasi dengan corak latihan pasukan kebangsaan dan […]
“Sasaran Kita Kedudukan 100 Teratas FIFA” – Kim Pan-gon

Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon berharap dapat merealisasikan sasaran berada dalam kedudukan 100 teratas FIFA. Ketika ini, skuad negara menduduki ranking ke-134 dunia selepas meraih dua keputusan seri masing-masing menentang Syria dan China pada bulan lepas. Ini meletakkan Harimau Malaya pada kedudukan terbaik untuk menduduki kedudukan 120 teratas FIFA buat kali pertama sejak 2006. Begitupun, Pan-gon […]
“Tiada Jaminan Buat Mana-Mana Pemain Ke Piala Asia” – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon mengakui tidak memberi jaminan kepada mana-mana pemain untuk mendapat tempat khas ke Piala Asia tahun hadapan. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu kini sedang mempersiapkan pasukan bagi aksi Pestabola Merdeka yang bakal berlangsung pada 13 Oktober 2023. Beliau berpuas hati dengan panggilan pemain kali ini namun mahu setiap pemain untuk memberikan […]
Stuart Wilkin Teruja Dapat Kepercayaan Penuh Kim Pan-gon

Pemain tengah Sabah, Stuart Wilkin mengakui teruja mendapat kepercayaan penuh Kim Pan-gon untuk terus membarisi skuad kebangsaan sejak awal tahun ini. Menurut beliau, pasukan kebangsaan Malaysia kini sedang memiliki motivasi terbaik berdasarkan keputusan positif menentang pasukan lebih kuat seperti Syria dan China tempoh hari. “Ya, ini masa yang mengujakan buat pasukan Malaysia yang sedang menanti […]
Malaysia Panggil 3 Pemain Luar Negara Gempur India

Malaysia tampil dengan sedikit kelainan bagi aksi Pestabola Merdeka dengan menampilkan beberapa muka baharu termasuklah kelibat tiga pemain luar negara untuk memacu cabaran negara. Aksi Pestabola Merdeka kembali diadakan selepas sedekad pengajurannya dihentikan telah membawa kepada percaturan penting ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk membawa barisan pemain terbaik. Antara muka baharu yang dipanggil ialah penjaga gol […]
Kim Pan-gon Pantau Rapat 3 Bintang Terengganu

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon dilihat mula membuka mata terhadap potensi sebenar tiga bintang muda Terengganu yang mula meningkat naik. Senarai panggilan ke kem latihan pusat bagi aksi Pestabola Merdeka 2023 mencuri tumpuan apabila terdapat beberapa muka baharu yang dipanggil untuk menggalas cabaran negara. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu juga membuka ruang buat penjaga gol […]
Nooa Laine & Suhaimi Husin Dalam Senarai 25 Bintang Malaysia Ke Pestabola Merdeka

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara rasminya mengumumkan skuad ke Pestabola Merdeka, Oktober ini. 25 pemain telah menjadi pilihan ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 6 Oktober 2023. Berdasarkan senarai yang dikeluarkan, pengendali Korea Selatan itu telah mengekalkan seramai 21 daripada 25 pemain yang telah dipanggil pada […]
Kim Pan-gon Diserbu Peminat

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon hari ini diserbu para peminat sewaktu Karnival Komuniti dan Pesta Air Putrajaya 2023. Sesi Meet & Greet bersama ketua jurulatih Malaysia di booth Bank Islam Malaysia Berhad itu menerima sambutan hangat para pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dan bergambar dengan figura penting Harimau Malaya ketika ini. Kim […]
Suhaimi Husin Buka Mata Kim Pan-gon?

Pasukan Terengganu FC nyata tidak pernah ketandusan bakat penjaga gol. Terkini, Suhaimi Husin pula telah membuka mata ramai pihak selepas cemerlang dalam aksi sulung Piala AFC menentang juara Liga Australia, Central Coast Mariners. Penjaga gol berusia 29 tahun itu nyata tidak kekok walaupun beraksi buat pertama kali di pentas Asia. Dalam perlawanan yang menyaksikan kemenangan […]
Faiz Gurun: Fergus Tierney Patut Dibawa Ke Piala Asia

Penganalisis bola sepak, Faiz Gurun melihat bintang muda Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Fergus Tierney patut dibawa menyertai skuad senior Malaysia ke Piala Asia 2023. Ini kerana skuad senior kebangsaan ketandusan penyerang tulen untuk mengetuai bahagian serangan. Antara penyerang yang dipanggil ke skuad kebangsaan ialah Syafiq Ahmad (JDT), Darren Lok (Sabah FC) dan Shahrel […]
5 Penyerang Tempatan Berpeluang Pikat Hati Kim Pan-gon

Malaysia ketika itu hanya mempunyai Darren Lok selaku penyerang utama pasukan dan Kim Pan-gon pastinya ingin merekrut muka baharu bagi menambahkan lagi kedalaman kualiti jentera serangan. Justeru itu posisi penyerang tengah Harimau Malaya kini masih lagi terbuka buat penyerang tempatan berdasarkan dua aksi persahabatan yang lalu. Berikut merupakan 5 pemain yang berpeluang memikat hati Kim […]