Nasib Pasukan Bawah Liga Super Samar-Samar

Selepas mengharungi 14 perlawanan Liga Super, empat pasukan iaitu Perak FC, Kuching City FC, Kelantan FC dan Kelantan United FC bergelut di kelompok terbawah. Dan bagi Asmawi Bakiri, beliau percaya ketiadaan pemain import berkualiti menyumbang kepada permasalahan yang dihadapi empat pasukan ketika ini. Ini kerana mengikut kebiasaan, pemain-pemain import berkualiti akan menjadi pendorong pencapaian pasukan […]

Anak Dato’ Seri Vida, Kacak Mahu Jadi Pemain Kelantan Tanpa Gaji 

Seperti yang semua maklum, Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Yang Hormat Dato’ Seri Hasmiza binti Othman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Seri Vida (DSV) antara individu yang berminat untuk kembali mengambil alih semula pasukan bola sepak Kelantan.  Menurut wawancara di Nadi Arena, anak lelaki kepada Dato’ Seri Vida menyatakan bahawa beliau mahu menjadi […]

Kelantan FC Alami Kerugian Punca Lambat Bayar KWSP & Perkeso

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman menjelaskan kegagalan kelabnya membayar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada waktu yang ditetapkan adalah disebabkan Kelantan FC tidak memperoleh keuntungan. Bayaran yang kini telah mencecah sehingga RM400,000 itu bagaimanapun dikhabarkan akan dilunaskan dengan kadar segara. “Kita sudah mula bayar, kalau tidak berbuat demikian Kelantan FC […]

Dato’ Seri Vida Sudah Ada Pelan Khas Ambil Alih Kelantan FC

Dengan pelbagai masalah yang menyelubungi Kelantan FC ketika ini, ramai ingin tahu siapa yang dapat membawa pasukan itu keluar dari kancah krisis. Antara nama yang dicanang ialah usahawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida. Beliau menyatakan minat untuk mengambil alih The Red Warriors (TRW) lebih-lebih lagi selepas melihat perkembangan semasa pasukan berkenaan. Baginya, pengurusan skuad Kijang […]

Zamsaham Tahan Gaji Sebab Nak ‘Ajar’ Pemain Kelantan FC

Semua sedia maklum antara isu yang membayangi Kelantan FC ialah isu penahanan gaji sebanyak 50% oleh pemillik kelab, Norizam Tukiman atau Zamsaham. Dan semalam, beliau menjelaskan langkah tersebut dibuat bagi ‘mengajar’ pemain agar lebih bermotivasi memburu kemenangan. Sejak kali terakhir mengecapi kemenangan ke atas Penang FC pada 5 Mac lalu, Kelantan FC sudah lama tidak […]

Dato’ Seri Vida Cadang Ambil Alih Pasukan Kelantan

Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Yang Hormat Dato’ Seri Hasmiza binti Othman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Seri Vida (DSV) ingin menawarkan bantuan untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Kelantan. Kemelut bola sepak Kelantan musim ini dilihat membimbangkan dengan beberapa kontroversi berkait dengan gaji dan prestasi pasukan yang hanya memperoleh 1 kemenangan dan 1 […]

Liga Super: Kelantan Makin Parah, Tewas Kepada Kelantan United

Kelantan terus buntu mencari kemenangan kedua dalam Liga Super musim ini. Sebaliknya, Kelantan United ceria merekodkan kemenangan pertama musim ini apabila membelasah Kelantan 4-1 dalam aksi derby Kelantan yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV hari ini. Sebaik sepak mula, Kijang Hijau membuka tirai jaringan menerusi Devid Silva pada minit ke-22. Empat minit kemudian, OJ […]

Pusat Latihan Kelantan Bakal Jadi Realiti

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa Kelantan bakal memiliki pusat latihan sendiri. Norizam atau lebih dikenali dengan sapaan Zamsaham memaklumkan pusat latihan The Red Warrior bakal dibina diatas tanah seluas lapan ekar. Lokasinya terletak di bersebelahan Padang Polo di Pengkalan Chepa. “Tanah seluas lapan ekar di sebelah padang polo, Pengkalan Chepa […]

“Pemain Dah Tiada Hati”

Penyerang berbisa Kelantan FC, Norshamil Abd Ghani secara terbuka memberitahu bahawa para pemain di kelab kini sudah tiada hati untuk beraksi. Umum mengetahui bahawa pasukan itu menghadapi kekangan yang cukup besar selepas timbul isu mengenai gaji yang tidak dibayar terhadap para pemain. Menerusi perkongsian yang dibuat di laman Tiktok, para pemain The Red Warriors kelihatan […]

Norizam Tukiman Mahu Bina Padang Latihan Sendiri Jika Menang Kes Saman KAFA

Dengan pelbagai isu yang membelenggu Kelantan ketika ini, pemilik kelab, Norizam Tukiman bukanlah orang popular dalam kalangan penyokong. Di sebalik semua itu, beliau berharap dapat membina padang latihan The Red Warriors (TRW) sekiranya memenangi kes saman dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). Setahun lepas, Norizam mendedahkan bahawa beliau telah menyaman entiti tersebut. Ini selepas KAFA […]

Zamsaham: Saya Nak Cari Duit Susah, Biarlah Berbaloi Dengan Kemenangan

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman tampil menjelaskan berkaitan isu tunggakan gaji yang sedang melanda pasukan Kelantan. Beliau menjelaskan bahawa memang benar ada isu tunggakan gaji sebelum ini, bagaimanapun ia telah dilunaskan secara berperingkat dalam bulan yang sama. Beliau menegaskan semua pemain Kelantan mendapat gaji penuh seperti yang telah ditetapkan. “Salam semua penyokong TRW yang dikasihi. […]

PFAM Terima Aduan Masalah Gaji Pemain Kelantan

Pelbagai isu terus membelenggu Kelantan termasuk isu gaji dalam kalangan pemain. Berhubung isu ini, dua orang pemain iaitu Farhan Abu Bakar dan Afzal Akbar membuat aduan rasmi berkenaan perkara tersebut kepada Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM). Berdasarkan perkongsian yang dibuat di laman media sosial PFAM, kedua-dua pemain itu mengadakan pertemuan dengan Eksekutif Undang-Undang […]

Norizam Tukiman Anjur Majlis Makan Bersama Penyokong Kelantan

Dengan Kelantan kini terumbang-ambing di kedudukan kedua tercorot Liga Super, ini bukan sesuatu yang positif buat penyokong The Red Warriors (TRW). Ditambah dengan pelbagai isu dalaman yang membelenggu kelab, ramai mengharapkan majlis makan yang akan dianjurkan pemilik kelab, Norizam Tukiman mampu merungkai semua persoalan yang timbul. Ini selepas Norizam atau mesra dikenali sebagai Zamsaham mengumumkan […]

Piala FA: Terengganu Ke Separuh Akhir Tumbangkan Kelantan

Terengganu terpaksa bekerja keras dalam aksi suku akhir Piala FA 2023 sebelum menang 4-2 ke atas Kelantan hari ini. Kejayaan mara ke separuh akhir Piala FA lebih istimewa kerana aksi suku akhir ini ialah derby Pantai Timur membabitkan Terengganu dan Kelantan. Dengan status sebagai pasukan pilihan dan tuan rumah, ramai percaya Terengganu tidak akan berdepan […]

Penjaga Gol Kelantan Kini Tercari-Cari Pasukan Baru

Bekas penjaga gol Kelantan, Farhan Abu Bakar kini difahamkan sedang berusaha untuk mencari pasukan baru. Khabar kurang senang ini dikongsikan oleh pemain berusia 30 tahun itu sendiri menerusi platform Instagram tatkala beliau serius mencari pasukan yang mahu mendapatkan khidmatnya. Beliau bagaimanapun hanya menjadi pilihan kedua di belakang penjaga gol semasa, Nik Amin Ahmad sungguhpun dilihat […]

Liga Super: Kelantan Makin Parah, Tewas Kepada PDRM

Kelantan terus bergelut mencari rentak kemenangan di bawah bimbingan Frank Bernhardt. Kali ini, pasukan yang diberi jolokan The Red Warriors (TRW) itu dibelasah PDRM 4-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini. Sebaik sepak mula, kedua-dua pasukan menunjukkan permainan seimbang untuk mencari gol pembukaan. Tetapi pasukan pelawat yang dibimbing Azzmi Aziz terlebih dahulu […]