Rezal Zambery Yahya Tinggalkan Kelantan

Selepas ramai pemain Kelantan FC meninggalkan pasukan itu, giliran Rezal Zambery Yahya pula berbuat demikian. Rezal yang memegang status penolong jurulatih sah meninggalkan The Red Warriors (TRW) hari ini. Berita ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. Difahamkan bekas pemain Negeri Sembilan FC itu meninggalkan kelab secara persetujuan bersama dengan pihak pengurusan. Dilantik sebagai […]

Zamsaham: Saya Boleh Urus Kelantan Sendiri

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham melaungkan keyakinan untuk terus memacu cabaran pasukannya di Liga Super. The Red Warriors kini dalam proses untuk menyelesaikan pelbagai su yang melanda pasukan dan mendapat beberapa perkhabaran baik sejak akhir-akhir ini. Beliau terus menyatakan keyakinan untuk terus melihat kemajuan pasukan ini di bawah pimpinannya. Menerusi satu perkongsian […]

Zamsaham: Saya Bukan Terdesak Jual Kelantan

Semalam, dua entiti perniagaan sudah menyatakan minat mengambil alih Kelantan FC. Bagi pemilik pasukan, Norizam Tukiman atau Zamsaham, sebarang tawaran yang dibuat akan dinilai terlebih dahulu agar ia bersifat menang-menang kepada semua. Ini kerana buat masa ini, beliau dilihat selesa mengendalikan pengurusan pasukan yang diberi jolokan The Red Warriors (TRW) itu. Malah, beliau mahu memastikan […]

Choi Moon-sik Menang Kes Saman Terhadap Kelantan

Situasi Kelantan FC kelihatan makin rumit. Ini selepas bekas jurulatih mereka, Choi Moon-sik memenangi kes saman yang difailkan terhadap mereka di tribunal Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Perkara ini didedahkan oleh ejen Moon-sik, Leo Jeong menerusi satu perkongsian di Instagram Story beberapa jam lepas. Sebelum ini, Jeong sudah menyatakan hasrat untuk mengheret pengurusan Kijang ke […]

Dato’ Seri Vida Hantar Surat Rasmi Pengambilalihan Pasukan Kelantan FC

Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Dato’ Seri Hasmiza binti Othman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Seri Vida (DSV) mengesahkan telahpun menghantar surat rasmi untuk diadakan perbincangan untuk tujuan pengambilalihan Kelantan FC. “Seperti yang diminta oleh pihak pemilik Kelantan FC, pihak saya telah pun menghantar surat kepada Tn Norizam Tukiman (Zamsaham) untuk berbincang lebih […]

FIB Hukum Kelantan FC

Badan bebas, “First Instance Body” (FIB) memaklumkan bahawa pasukan Liga Super, Kelantan FC dikenakan tindakan berhubung pelbagai masalah yang melanda pasukan. Perkara ini jelas memberi impak yang cukup besar berkaitan perjalanan pasukan The Red Warriors sehingga menyebabkan mereka kehilangan ramai tonggak utama. Menerusi perkongsian tersebut, Kelantan difahamkan akan sekatan perpindahan pemain pada jendela kedua yang akan […]

Isu Nurshamil ‘Sampai’ Ke PFAM

Sejak beberapa hari lepas, peminat bola sepak Kelantan FC disajikan dengan isu Nurshamil Ghani berdepan kesukaran meninggalkan pasukan itu. Susulan dakwaan beliau perlu membayar RM50,000 kepada pengurusan Kijang untuk menamatkan kontraknya semalam, Nurshamil membawa isu ini kepada Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM). Hari ini, beliau mengadakan pertemuan dengan pengurusan PFAM diketuai oleh Presiden, […]

Sebuah Kelab Pantai Timur Tarik Perhatian Jutawan

Khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa sebuah kelab yang berpangkalan di Pantai Timur bakal mendapat pemilik baharu tidak lama lagi. Pelbagai senario melanda kancah bola sepak tempatan tatkala isu-isu hangat luar padang tidak dapat dipisahkan dengan senario bola sepak negara. Perjalanan kelab di Malaysia juga sering diuji dengan pelbagai perkara termasuklah masalah berulang seperti tunggakan […]

Nuha Marong Angkat Kaki Dari Kelantan FC

Dengan tetingkap perpindahan kedua bakal dibuka beberapa hari lagi, Kelantan FC perlu menyelesaikan isu sekatan perpindahan yang dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke atas mereka dengan segera. Ini selepas Nuha Marong menjadi awang import terbaru yang meninggalkan pasukan secara persetujuan bersama. Pengumuman ini dibuat oleh The Red Warriors (TRW) dan Marong menerusi laman media […]

Dua Kelab Liga Super Berebut Norshamil

Dua pasukan Pantai Timur difahamkan mahukan khidmat Norshamil Abd Ghani bagi jendela perpindahan kedua. Menerusi perkongsian oleh Astro Arena, penyerang kelahiran Melaka itu ditagih oleh beberapa pasukan namun Sri Pahang difahamkan mendahului saingn untuk mendapatkan pemain ini. Hasrat tersebut bagaimanapun mungkin terpaksa dilupakan selepas pihak pengurusan Kelantan difahamkan masih mahu pemain ini kekal. Beliau menjadi […]

Kapten Kelantan Pula Angkat Kaki Tinggalkan Pasukan

Kapten Kelantan FC, Mario Arques menjadi individu seterusnya yang meninggalkan pasukan atas persetujuan bersama. Menerusi satu kenyataan oleh TRW Kelantan FC, pemain berusia 28 tahun itu sah bakal menyusul langkah rakan sepasukan untuk keluar meninggalkan pasukan. The Red Warriors kini menghadapi krisis dalam pasukan sehingga menyaksikan ramai bintang utama pasukan ‘angkat kaki’. Kelantan sempat merakamkan […]

Kelantan FC Terima Padah, Dilarang Bawa Masuk Pemain Baharu

Pasukan Liga Super, Kelantan FC menerima hukuman apabila pasukan tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang perpindahan pemain pada jendela perpindahan kedua. Perkara ini disahkan oleh Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali menerusi satu surat yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berdasarkan keputusan jawatankuasa tatatertib badan induk tersebut. Kelantan dikatakan gagal melunaskan tunggakan gaji […]

Gandingan Pemain Muda & Berpengalaman Kelantan Risaukan Sri Pahang

Saingan Liga Super kembali bersambung malam ini dengan Kelantan FC melayan kunjungan Sri Pahang FC. Biarpun skuad Kijang berada di kelompok tercorot liga, skuad Tok Gajah tetap berwaspada dengan pasukan tersebut. Ini kerana pertama, malam ini, mereka beraksi di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV), Kota Bharu. Kedua, The Red Warriors (TRW) turut menerima sentuhan jurulatih […]

Angel Alfredo Vera Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Kelantan FC

Jurulatih berasal dari Argentina, Angel Alfredo Vera dilantik secara rasmi sebagai Ketua Jurulatih Kelantan FC seperti yang diumumkan oleh media TRW Kelantan FC. “Selamat datang diucapkan kepada Angel Alfredo Vera yang akan menggalas tugas selaku Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak KELANTAN FC (TRW). Jurulatih yang berasal dari ARGENTINA ini mempunyai pengalaman melatih beberapa kelab divisyen utama […]

Tiket Aksi Kelantan vs Sri Pahang Dijual RM3 Sahaja

Dengan pusingan kedua Liga Super sudah bermula, Kelantan FC tahu mereka perlu bangkit untuk keluar dari kelompok tercorot liga. Atas sebab itu, pemilik pasukan, Norizam Tukiman atau Zamsaham mengumumkan harga tiket perlawanan Kelantan-Sri Pahang pada 23 Jun ini dijual pada harga RM3. Dalam satu pengumuman di Facebook, penyokong yang mahu mendapatkan tiket pada harga berpatutan […]

Kemunculan Alfredo Vera Dalam Kem Kelantan FC Jadi Tanda Tanya

Dengan Kelantan FC berada dalam kelompok tercorot liga, pasukan memerlukan angin baru untuk kembali bangkit dalam pusingan kedua Liga Super. Justeru, tidak hairanlah ramai terkejut melihat seorang jurulatih asing bersama pemilik The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman atau Zamsaham semalam. Dalam satu video yang dikongsikan di Facebook beliau, jurulatih tersebut iaitu Alfredo Vera dilihat bersama […]