Liga Super: Kedah Belasah Kelantan Di Darul Aman

Perlawanan Liga Super malam ini menyaksikan Kedah Darul Aman membelasah Kelantan di laman sendiri dengan keputusan 5-0.  Aksi bermula rancak apabila kedua dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan.  Kedah membuka tirai haringan menerusi tindakan bijak daripada ketua pasukan, Manuel Ott yang melepaskan rembatan deras ke sebelah kiri gawang gol dari luar kotak penalti menewaskan […]

Zamsaham Akan Bayar Gaji Penuh Pemain Jika Menang Perlawanan

TRW Kelantan

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman hanya akan membayar gaji penuh para pemainnya sekiranya mereka mampu mencatatkan kemenangan seperti yang diminta. Perkara ini telah disuarakan olehnya dalam satu hantaran di laman Facebooknya selepas terdapat rungutan daripada para pemaij yang tidak dibayar gaji penuh dan juga bonus KPI setakat ini. Menurut penjelasan Zamsaham, beliau akan membayar […]

Zamsaham Terbuka Dengan Tawaran Ambil Alih Kelantan

Walaupun sudah memberi peluang kepada mana-mana individu yang berminat mengambil alih pasukan Kelantan, tiada siapa yang menyahut cabaran pemilik pasukan, Norizam Tukiman atau Zamsaham. Dan hari ini, beliau secara terbuka mempelawa mana-mana pihak yang berminat untuk mengemukakan tawaran. Ini selepas masih ada suara-suara yang memintanya melepaskan pasukan berikutan prestasi buruk pasukan dalam liga musim ini. […]

JDT Bakal Hantar Pemain Bantu Kelantan?

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) berkemungkinan akan memberi peluang kepada pasukan Kelantan untuk menggunakan khidmat pemain mereka bagi memantapkan pasukan. Ura-ura ini mula diperkatakan selepas perkongsian pemilik kelab, Norizam Tukiman menerusi laman Facebook beliau hari ini. Individu yang mesra disapa Zamsaham ini memberitahu bahawa ada peluang buat pasukan The Red Warriors diperkuat […]

Liga Super: Kelantan Tewas Mengejut Kepada Perak Di Laman Sendiri

Kebangkitan yang diharap penyokong Kelantan dalam perlawanan Liga Super menentang Perak hari ini masih tak kunjung tiba. Ini selepas anak-anak buah Datuk Lim Teong Kim menewaskan The Red Warriors (TRW) 3-2 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Sebaik sepak mula, kedua-dua pasukan berusaha mencari gol pembukaan. Bagaimanapun, tuan rumah yang lebih mengancam barisan pertahanan […]

Kelantan Bersedia Wujudkan Kerjasama Dengan JDT

Susulan pertemuan pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim pada 17 April lalu, ada berspekulasi beberapa pemain JDT bakal menyertai Kelantan secara pinjaman. Hari ini, beliau menjelaskan apa yang berlaku dalam pertemuan berkenaan. Zamsaham mendedahkan pertemuan yang diadakan di Kelab Polo Diraja Johor itu bertujuan […]

Kelantan Bakal Lakukan Rombakan Besar-Besaran

Susulan prestasi buruk Kelantan dalam Liga Super selepas sembilan perlawanan, pemilik pasukan Norizam Tukiman atau Zamsaham bersedia melaksanakan rombakan besar-besaran terhadap pasukan. Ini bagi memastikan pasukan bimbingan Frank Bernhardt itu dapat bangkit untuk baki kempen liga musim ini. Langkah tersebut bakal dilakukan selepas Zamsaham mengadakan sesi perbincangan dengan barisan jurulatih dan pengurusan kelab termasuk Bernhardt, […]

Kelantan Kembali Tagih Kudrat Filipe Hereda Selamatkan Pasukan?

Bekas pemain tengah Kelantan FC, Filipe Hereda memberi bayangan bakal membuat kemunculan semula bersama pasukan. Perancang kelahiran Brazil itu merupakan sebahagian daripada skuad yang membantu Kelantan muncul selaku naib juara Liga Premier musim lalu. Beliau bagaimanapun tidak kekal bersama The Red Warriors musim ini selepas beberapa muka import baharu dibawa masuk oleh pasukan. Menerusi satu […]

Liga Super: Kelantan Jadi Santapan Moreh Sabah

Momentum kemenangan 3-0 yang dicatat ke atas Manjung City dalam pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA gagal diteruskan Kelantan. Ini selepas anak-anak buah Frank Bernhardt itu tumpas 6-1 kepada Sabah di Stadium Likas hari ini. Sebaik sepak mula, Sabah menjaringkan gol seawal minit keempat menerusi Daniel Ting. Daniel mudah menyempurnakan hantaran pemain import Korea Selatan, […]

Zamsaham Batalkan Niat Jual Kelantan

Selepas memberi tempoh seminggu kepada mana-mana pihak yang berminat mengambil alih Kelantan, tiada siapa pun yang menyahut cabaran Norizam Tukiman atau Zamsaham. Atas sebab inilah, beliau mengambil keputusan untuk terus kekal sebagai pemilik pasukan The Red Warriors (TRW) itu. Ini kerana menurut beliau, ramai yang bersuara dan mengkritik tindakannya tetapi tiada yang sedia mengambil risiko […]

Kelantan Rasmi Lepaskan Tiga Tonggak Utama

Dengan perlantikan Frank Bernhardt sebagai jurulatih baru Kelantan, jurulatih Jerman itu mula membentuk pasukan mengikut kehendak taktikal yang dibawanya. Ini dapat dilihat hari ini apabila The Red Warriors (TRW) mengumumkan perlepasan khidmat Carli de Murga, Christian Rontini dan Shafiq Shaharudin. Perkara ini diumumkan oleh pengurusan pasukan menerusi laman media sosial TRW Kelantan FC hari ini. […]

Nuha Marong Buat Penyokong Kelantan Tersenyum Semula

Penyerang sensasi Kelantan FC, Nuha Marong kembali memacu pasukannya untuk terus bersaing musim ini apabila menjadi watak penting ketika menumpaskan Manjung FC semalam. Pemain berusia 29 tahun itu diberi kepercayaan untuk mengemudi jentera serangan pasukan nyata memanfaatkan peluang yang diberikan. Penyerang kebangsaan Gambia ini membentuk gandingan yang cukup ampuh setelah diletakkan dalam kesebelasan utama Kelantan. […]

Carli De Murga Tinggalkan Kelantan, Sertai Kelab Liga 1 Indonesia

Pertahanan Kelantan FC, Carli De Murga difahamkan sudah tidak lagi bersama apsukan bagi saingan musim ini. Pemain kelahiran Filipina itu menyertai The Red Warriors pada musim 2023 daripada gergasi Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) namun hanya kekal sebentar sahaja. Menerusi satu laporan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain berusia 34 tahun itu […]

Peguam: Klausa Kalah 5 Perlawanan Tidak Boleh Digunakan

Isu dalaman yang membelenggu sebuah pasukan Liga Super ketika ini turut mendedahkan satu klausa yang disertakan dalam kontrak jurulatih iaitu pemecatan sekiranya pasukan tewas sebanyak lima kali. Tetapi menurut seorang peguam, klausa tersebut tidak boleh dikuatkuasakan. Peguam sukan Zhafri Aminurrashid berpandangan sedemikian kerana ia tidak akan diterima oleh mana-mana badan perundangan bola sepak termasuk Persekutuan […]

“Berilah Peluang Kepada Jurulatih Tempatan” – Azraai Khor

Bukan satu rahsia sesetengah pasukan Liga Super lebih cenderung mendapatkan jurulatih asing kononnya dapat mengangkat pasukan ke tahap lebih tinggi. Tetapi selepas melihat beberapa pasukan yang mengupah mereka bergelut, Azraai Khor Abdullah merasakan sudah tiba masanya jurulatih tempatan diberi peluang mengendali pasukan. Musim ini menyaksikan empat pasukan dibimbing jurulatih asing baru iaitu Johor Darul Ta’zim […]

“Saya Tak Nak Campur Operasi” – Zamsaham

Temubual eksklusif Nadi Arena bersama pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau mesra dikenali sebagai Zamsaham semalam menjawab pelbagai persoalan yang menyelubungi pasukan berkenaan. Ini termasuk dakwaan wujudnya campur tangan beliau dalam pemilihan pasukan seperti didakwa ejen bekas jurulatih mereka, Choi Moon-sik. Sebagai pemilik The Red Warriors, beliau lebih suka memberi fokus kepada sisi kewangan dan perniagaan […]