Jurulatih berasal dari Argentina, Angel Alfredo Vera dilantik secara rasmi sebagai Ketua Jurulatih Kelantan FC seperti yang diumumkan oleh media TRW Kelantan FC.

“Selamat datang diucapkan kepada Angel Alfredo Vera yang akan menggalas tugas selaku Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak KELANTAN FC (TRW). Jurulatih yang berasal dari ARGENTINA ini mempunyai pengalaman melatih beberapa kelab divisyen utama dan kedua Indonesia seperti Persipura Jayapura , Persebaya Surabaya dan banyak lagi.

“Kami berharap dengan pengalaman yang dimilikinya, beliau dapat melakukan yang terbaik untuk pasukan TRW KELANTAN FC. Selamat maju jaya buat Coach Angel Alfredo Vera.” Lapor TRW Kelantan FC.

Angel Alfredo Vera sebelum ini memiliki pengalaman lebih 10 tahun bersama 9 kelab berbeza di Indonesia dan memiliki lesen kejurulatihan kelas A daripada Persatuan Bola Sepak Argentina.

Penyertaan Angel Alfredo Vera ini turut bermakna Kelantan FC musim ini memiliki 3 Ketua Jurulatih tetap selepas pemecatan Choi Moon-Sik beberapa bulan lalu.

Penyertaan Angel Alfredo Vera ini juga bermakna, Frank Bernhardt akan menumpukan tugas asalnya sebagai Pengarah Teknikal Kelantan FC.