Bekas Pemain Kelantan Buat Odisha Merana

Mohun Bagan menang selesa 4-0 ke atas Odisha FC dalam aksi pertama Piala AFC kumpulan D hasil jaringan bekas pemain Kelantan, Dimitri Petratos. Dimitri Petratos menyumbang 2 gol penting dalam aksi tersebut menyaksikan Mohun Bagan meraih 3 mata berharga dalam saingan Piala AFC. Sahal Abdul Samad menjaringkan gol pembukaan perlawanan diikuti jaringan Dimitri Petratos pada […]
Challenge Cup: Kelantan United Belasah Kelantan 7-0

Aksi derby Kelantan dalam saingan suku akhir Challenge Cup membabitkan Kelantan United FC dan Kelantan FC berakhir dengan kemenangan besar buat skuad Kijang Hijau. Kedua-dua pasukan turun dengan prestasi berbeza. Skuad Kijang turun dengan memori 29 gol dalam tiga perlawanan pada Ogos lalu. Sementara Kelantan United pula masih segar dengan kemenangan ke atas Kuching City […]
Zamsaham: Kelantan Di Hati

Pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham menegaskan pasukan itu akan sentiasa ada di hatinya. Beliau mengakui kecewa dengan kedudukan Kelantan ketika ini tetapi melihat ia sebagai satu proses untuk mereka bangkit dan kembali meraih kejayaan. Zamsaham juga akur dengan semua kecaman penyokong terhadap dirinya. Bagaimanapun, pada masa sama, beliau percaya lambat-laun segala tindakannya […]
Bekas Penjaga Gol Kelantan Sertai Skuad Futsal JDT

Bekas penjaga gol Kelantan FC, Rozaidi Rahamat membuat kejutan dengan menyertai skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Kelibat beliau dikesan menjalani latihan bersama skuad futsal Harimau Selatan semalam menerusi satu perkongsian yang dibuat JDT Futsal. Ketika ini, skuad futsal JDT sedang membuat persiapan untuk aksi final Piala Futsal Malaysia. Harimau Selatan yang dibimbing […]
Christian Rontini Peluk Islam

Pertahanan kental Liga 1 Indonesia, Christian Rontini secara rasminya telah memeluk agama Islam. Pemain berusia 24 tahun itu berkenala di Indonesia bersama Persita Tangerang selepas beberapa musim di Malaysia. Bintang Filipina itu bagaimanapun membuat keputusan yang cukup mengejutkan apabila memuat naik satu hantaran yang menunjukkan beliau sudah memeluk Islam. Hantaran di laman Instagram itu dilihat […]
Usahawan ‘Bertanjak’ Pasang Minat Ambil Alih Kelantan FC

Teka teki mengenai pemilik baharu Kelantan FC seakan tidak berpenghujung apabila seorang lagi individu menunjukkan minat untuk membeli kelab tersebut. Masa depan The Red Warriors sebelum ini hangat diperkatakan susulan pelbagai kontroversi dan masalah yang melanda pasukan. Beberapa individu sebelum ini telah menunjukkkan minat yang begitu mendalam untuk mengambil alih pasukan Liga Super itu. Bermula […]
Piya: Apa Sudah Jadi Dengan Kelantan?

Bekas ketua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Razi mengakui merasa sedih dengan perkembangan pasukan lamanya itu ketika ini. Badhri yang turut dikenali sebagai Piya merasakan sedemikian kerana satu masa dahulu, The Red Warriors merupakan antara pasukan gergasi tanah air. Antara trofi yang pernah dijulang beliau bersama Kelantan ketika itu ialah Piala Malaysia, Liga Super dan Piala […]
Piya Minta Pengurusan Kelantan Undur Diri

Bekas kapten pasukan Kelantan FC, Mohd Badhri Radzi meminta pengurusan pasukan itu untuk berundur sekiranya merasakan sudah tidak mampu mengendalikan Kelantan. Badhri yang mesra dikenali sebagai Piya berpandangan sedemikian berikutan tiga kekalahan besar yang dialami The Red Warriors baru-baru ini. Ini termasuk kekalahan 11-2 di tangan Selangor FC pada minggu lepas. Piya melihat siri kekalahan […]
Shukor Adan Bimbang Keadaan Mental Pasukan Kelantan

Bekas kapten Harimau Malaya, Shukor Adan mengakui bimbang dengan keadaan mental pemain-pemain muda Kelantan FC ketika ini. Ini kerana pemain-pemain ini sudah mengharungi beberapa kekalahan besar dalam Liga Malaysia (Liga M). Ini termasuk kekalahan 10-0 di tangan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam aksi Piala Malaysia dan 11-2 di tangan Selangor FC dalam aksi […]
Pemain Selangor Pantas Tenangkan Emosi Penjaga Gol Kelantan

Susulan kekalahan besar terbaru Kelantan 11-2 di tangan Selangor malam ini, pemain-pemain pelawat pantas menenangkan emosi penjaga gol tuan rumah, Irfan Haikal Mohd Iffendi. Irfan Haikal tidak dapat mengawal emosi selepas wisel penamat ditiup pengadil Muhammad Nazmi Nasaruddin. Ini selepas penjaga gol muda The Red Warriors itu menyaksikan gawangnya dibolosi 11 kali termasuk dua hatrik […]
Liga Super: Selangor ‘Toreh’ Kelantan 11-2

Hasrat Selangor FC untuk menangguhkan keraian kejuaraan liga Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) untuk sehari lagi berjaya selepas membelasah Kelantan FC 11-2 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini. Kedua-dua pasukan tampil dengan misi berbeza. Bagi tuan rumah, mereka mahu bangkit semula selepas tewas dengan jumlah jaringan yang besar masing-masing di tangan […]
Zamsaham Umum Kelantan Tak Tukar Jurulatih

Pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham mengesahkan kedudukan Angel Alfredo Vera sebagai jurulatih pasukan itu masih selamat. Ini kerana beliau berpuas hati dengan usaha yang ditunjukkan bekas pengendali Persita Tangerang itu dalam membentuk skuad The Red Warriors di mana majoriti pemain ialah pemain-pemain muda. Biarpun Kelantan mengalami beberapa kekalahan besar seperti 8-0 di […]
Kelantan FC Dapat CEO Baharu

Pasukan Kelantan FC mendapat suntikan semangat hari ini menerusi perlantikan Ahmad Muzakkir Hamid sebagai CEO baru pasukan. Pengumuman perlantikan ini dibuat The Red Warriors menerusi laman media sosial rasmi mereka. Muzakkir bukanlah asing dalam arena bola sepak Kelantan kerana beliau merupakan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). Selain itu, beliau juga merupakan Pengerusi Hal […]
Nuha Marong Sertai Kelab Oman

Selepas meninggalkan Kelantan FC pada awal tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M), Nuha Marong kini sudah mempunyai pasukan baru. Hari ini, beliau berkongsikan berita bahawa beliau kini menjadi sebahagian daripada pasukan divisyen pertama Oman, Oman Club. “Gembira menjadi sebahagian daripada keluarga ini dan syukur kepada Tuhan untuk setiap detik. Kita akan mulakan pengembaraan ini!! […]
Zamsaham Nak Hadiahkan Tanah Kepada Penyokong Kelantan

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan panggilan Zamsaham hari ini telah berkongsi niat murninya untuk menghadiahkan sebidang tanah kepada penyokong setia Kelantan yang bertuah. Zamsaham telah memuatnaik status di laman Facebook beliau mengenai hasrat murninya itu. Namun begitu, syarat utama untuk mendpatakan tanah itu adalah individu tersebut masih belum mempunyai tanah di […]
FAM Nafi Tuduhan Zamsaham

Susulan dakwaan pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gagal membantu isu pendaftaran pemain pasukan itu, FAM tampil menafikan tuduhan tersebut. Ini kerana kelewatan pendaftaran pemain berlaku disebabkan kelewatan skuad Kijang menyelesaikan pendaftaran semua pemain dalam tempoh yang ditetapkan. Malah, badan induk bola sepak negara itu sudah berusaha […]