Alfredo Vera Lega Ramalannya Salah

Pengendali Kelantan FC, Alfredo Vera menarik nafas lega apabila pasukannya tidak kalah dengan keputusan lebih besar berdepan JDT dalam aksi Piala Malaysia. Beliau bersyukur apabila pasukan kendaliannya setidak-tidaknya berjaya mempamerkan aksi yang diharapkan sungguhpun dibelasah 10-0 di Stadium Sultan Ibrahim semalam. Katanya, The Red Warriors kehilangan beberapa tonggak utama di bahagian pertahanan pasukan semalam. Malah, […]

Zamsaham: Saya Tahu Kelantan Akan Didenda

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham sedar akan nasib yang bakal menimpa pasukannya. Beliau menyaksikan pasukan miliknya dibelasah oleh juara bertahan Piala Malaysia, JDT di Stadium Sultan Ibrahim 10-0. Keputusan itu cukup pahit untuk ditelan tatkala The Red Warriors tewas 15-1 secara agregat. Menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, Zamsaham meluahkan kekecewaan yang […]

Debut Ajaib Takahiro Kunimoto Pukau Kelantan

Pemain baru Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Takahiro Kunimoto membuat debut hebat untuk pasukan itu semasa mereka membelasah Kelantan FC 10-0 dalam aksi kedua pusingan 16 terbaik Piala Malaysia. Kunimoto yang diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama bukan saja tidak kekok beraksi di hadapan penyokong di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Malah, pemain berusia 25 […]

Piala Malaysia: JDT Ke Suku Akhir Belasah Kelantan ’15-1′

Aksi timbal balik Piala Malaysia menemukan dua pasukan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga wakil Pantai Timur, Kelantan FC menyaksikan JDT layak ke suku akhir. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan anak didik Tano Solari turun dengan beberapa perubahan dalam kesebelasan utama berbanding tempoh hari. Harimau Selatan berada dalam kedudukan selesa dengan kelebihan […]

Siaran Langsung Piala Malaysia: JDT vs Kelantan, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi timbal balik menyaksikan pertembungan antara pasukan JDT dan juga Kelantan FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu dijangka sengit selepas The Red Warriors ketinggalan dengan defisit 4 gol. Juara bertahan Piala Malaysia, JDT sudah pasti mahu melangkah ke pusingan berikutnya dengan kelebihan beraksi di laman sendiri menjadi taruhan. Berdasarkan rekod […]

“Janganlah Kerana Tak Suka Saya, Hak Mendaftar Pemain Dinafikan” – Zamsaham

Pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham menyuarakan kekecewaannya kerana berdepan kesukaran mendaftarkan empat pemain import baru pasukan berkenaan. Sebelum tetingkap perpindahan kedua ditutup pada 1 Ogos lalu, The Red Warriors telah berjaya merekrut Dennis Buschening, Alie Sesay, Ahmed Magdy dan Aliakbar Ahmadi. Malangnya, Kelantan FC berdepan masalah teknikal membabitkan Transfer Matching System (TMS) […]

Keadaan Padang SSMIV Menyedihkan, Seperti Beraksi Atas Bendang

Perlawanan Piala Presiden antara Kelantan United dan Kelantan FC berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada pasukan Kelantan United namun perhatian tertumpu kepada padang Stadium Sultan Muhammad ke-IV (SSMIV). Aksi yang berlangsung itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi selepas melihat skuad muda The Red Warriors yang tidak mampu menandingi kehebatan Kijang Hijau. Setelah mendahului 1-0 pada babak pertama, […]

Zamsaham Jelaskan Isu Sebenar Jawatan Pengarah Teknikal Kelantan

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham telah menjelaskan isu sebenar berkenaan jawatan kosong pengarah teknikal Kelantan FC yang tular di media sosial ketika ini. Isu berkenaan menjadi hangat apabila jawatan kosong pengarah teknikal Kelantan FC disiarkan di laman Jobstreet dengan anggaran gaji RM2500-RM3000 sebulan. Namun dalam bual bicara di TikTok milik […]

Kelantan Pecah Rekod Liga Super

Kelantan kini telah memecahkan rekod bola sepak Malaysia apabila menjadi pasukan paling banyak dibolosi dalam Liga Super dengan 76 bolos. Rekod pasukan paling banyak dibolosi dalam format 14 pasukan sebelum ini dipegang oleh pasukan PDRM pada tahun 2010 sebanyak 75 bolos. Lebih buruk, Kelantan yang telah dibolosi 76 kali dalam 20 perlawanan masih mempunyai baki […]

Liga Super: Terengganu Belasah Kelantan 8-0

Pasukan Liga Super, Kelantan FC menerima tamparan hebat apabila tewas kepada seteru Pantai Timur, Terengganu FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhamad ke-iv menyaksikan anak didik Alfredo Vera diratah pada babak pertama permainan. Keadaan padang yang dilimpahi air hujan menjejaskan prestasi tuan rumah apabila dibolosi 4 gol. Pesta jaringan dimulakan apabila peledak berbisa pasukan, […]

FIFA Tolak Rayuan Kelantan FC, 4 Pemain Import Tersepit

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menolak rayuan yang dilakukan oleh pasukan Liga Super, Kelantan FC. Umum mengetahui bahawa pasukan milik Norizam Tukiman itu telah membawa masuk 4 muka baharu dalam jendela perpindahan kedua Liga Super. The Red Warriors menagih khidmat pemain baharu untuk memantapkan lagi jentera pasukan pada setiap bahagian. Hasrat untuk menggunakan khidmat […]

Frank Bernhardt Dapat Tawaran Timur Tengah

Bekas pengendali Kelantan FC, Frank Bernhardt kini dalam fasa rundingan dengan beberapa kelab di Timur Tengah selepas meninggalkan pasukan Pantai Timur itu pada akhir Jun lepas. Perkara ini disahkan sendiri oleh ejen jurulatih Jerman itu, Sherif Ahmed Mostafa. Sherif turut mendedahkan Bernhardt masih lagi berada di Malaysia sementara menimbang tawaran yang bersesuaian buat dirinya. “Coach […]

Sani Express Beri Bonus Khas Kepada Kelantan

Pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham memaklumkan bahawa barisan pemain Kelantan mendapat bonus khas hasil kemenangan semalam, daripada Sani Express. Pasukan Kelantan telah memperoleh kemenangan yang kedua dalam saingan Liga Super musim ini selepas menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 2-0 semalam. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Zamsaham di laman sosial Facebook miliknya […]

Zamsaham: Saya Dah Lama Tunggu

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham mengakui sudah sekian lama menantikan detik yang cukup indah buat pasukannya. The Red Warriors mempamerkan kebangkitan yang cukup hebat selepas dikalahkan oleh JDT di laman sendiri tempoh hari. Anak didik Alfredo Vera memastikan tiga mata menjadi milik pasukan tuang rumah apabila mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Negeri […]

Liga Super: Kelantan Akhiri Kemarau Kemenangan, Tewaskan Negeri Sembilan

Kelantan FC akhirnya berjaya meraih kemenangan kedua dalam Liga Super selepas lima bulan apabila berjaya menundukkan Negeri Sembilan FC 2-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini. Walaupun tempang tanpa kehadiran empat pemain import baru seperti yang dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Kelantan FC tetap bersemangat memburu kemenangan di gelanggang sendiri. […]

Allee Putra Rungkai Perbezaan Liga Malaysia dan Sepanyol

Pemain baru Kelantan FC, Allee Putra Azril mengakui wujud perbezaan dari corak permainan bola sepak yang diamalkan di Malaysia dan Sepanyol. Pandangan ini timbul terima kasih kepada pengalamannya pernah berada di Akademi Malaga City selama dua musim. Malah, nama Allee juga menjadi sebahagian daripada 14 pemain terbaik Akademi Malaga City yang ditawarkan biasiswa penuh bagi […]