Natanael Siringoringo Sah Sertai PS Barito Putera

Bekas pemain Kelantan FC, Natanael Siringoringo kini sudah mendapat kelab baru dengan menyertai kelab Liga 1 Indonesia, PS Barito Putera semalam. Perpindahan ini diumumkan oleh Laskar Antasari di laman Instagram rasmi mereka semalam. Perpindahan ini turut menjawab teka-teki tentang kelab baru Natanael selepas meninggalkan skuad Kijang sebagai ejen bebas pada akhir September lalu. Selepas meninggalkan […]

Kelantan FC Bakal Kekal Di Liga Super?

Kelantan FC mendapat bayangan bakal kekal di Liga Super pada musim hadapan. Ini selepas CEO MFL, Stuart Ramalingam mendedahkan belum menerima dokumen daripada pasukan Liga M3 sebelum tarikh tutup yang berkuatkuasa baru-baru ini. Mengikut peraturan, dua pasukan dari Liga M3 boleh naik pangkat untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim depan. Dua pasukan itu akan […]

“Kelantan Perlu Terima Hakikat” -Matyo

Bekas bintang pasukan Kelantan FC, Norshahrul Idlan Talaha berharap agar pasukan tersebut terutamanya pihak pengurusan dan penyokong dalam menerima realiti pasukan ketika ini. Pemain berusia 37 tahun itu mempunyai pandangan tersendiri selepas melihat pasukan yang pernah diwakilinya dengan The Red Warriors kini terpelosok di tangga tercorot Liga Super. Prestasi longlai pasukan itu menyebabkan pasukan hanya […]

Zainal Abidin Mahu Dua Kelab Kelantan Bergabung

Penyerang legenda negara, Datuk Zainal Abidin Hassan mencadangkan Kelantan FC dan Kelantan United FC digabungkan sebagai satu pasukan tunggal mewakili negeri itu. Cadangan ini diutarakan beliau semasa menjadi panel perlawanan Liga Super Perak FC menentang Kelantan di Astro Arena baru-baru ini. Zainal Abidin menyifatkan langkah ini sebagai langkah terbaik kerana ini akan membantu dari segi […]

4 Ujian Getir Bakal Menanti Kelantan

Kelantan kini terjerumus ke tangga tercorot liga dan telah mengalami 3 kekalahan berturut-turut. Berbaki 4 perlawanan liga, Kelantan perlu bangkit dan bersedia untuk menghadapi cabaran 4 pasukan liga yang kini masing-masing berjuang merebut 3 mata berharga. Kelantan bakal bertemu Sabah pada Jumaat ini dilaman sendiri bagi aksi tertunda. Sabah yang kini berada ditangga kelima liga […]

“Kelantan Nama Besar, Setiap Aksi Perlu Menang” -Khairul Fahmi

Bekas penjaga gol Kelantan FC, Khairul Fahmi Che Mat mengakui satu perasaan besar beraksi bersama pasukan Pantai Timur itu dengan harapan yang luar biasa untuk mencatatkan kemenangan setiap kali diturunkan. Menerusi satu perkongsian di audio siar Zamir Selamat, pemain berusia 34 tahun itu berkongsi perjalanan gemilang dalam kariernya selepas mencatat nama selaku lagenda bola sepak […]

Yusri Che Lah: Pemain Kelantan Tiada Keinginan Untuk Beraksi

Kemenangan besar 8-0 yang diraih Perak FC ketika melayan kunjungan Kelantan FC dalam aksi Liga Super semalam nyata memberikan kelegaan kepada pengendali Perak, Yusri Che Lah. Selepas kekalahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu lalu, kemenangan ke atas Kelantan ini dianggap sebagai satu momen keyakinan buat barisan […]

Liga Super: Perak Kenduri Gol Tewaskan Kelantan

Kelantan meneruskan rentak kekalahan apabila tewas besar kepada pasukan Perak dengan jaringan 8-0 dalam saingan Liga Super. Perak membuka jaringan menerusi penyerang Luka Milunovic pada minit ke-14 permainan. Bekas pemain Kelantan, Wan Zack Haikal pantas menjaringkan gol kedua hasil bola muntah penjaga gol Kelantan selepas 3 minit jaringan pertama Perak. Luka Milunovic sekali lagi mencetak […]

Kelantan Sudah Jumpa Padang Latihan Baru

Kelantan FC sudah menemui padang latihan baru bagi memenuhi keperluan pasukan itu untuk baki kempen Liga Super musim 2023. Sebelum ini tular di media sosial jalan yang digunakan ke padang latihan mereka di Pejabat Pertanian Lundang, Kota Bharu ditutup. Ini mencetuskan kemarahan penyokong skuad Kijang kerana melihat pasukan kesayangan mereka itu kembali diulit kontroversi. Bagaimanapun, […]

Bekas Pemain Kelantan Sertai Kelab Vietnam

Bekas pemain pertahanan Kelantan FC, Alie Sesay sah menyertai pasukan V. League 1, Khanh Hoa FC. Perpindahan bek tengah dari Sierra Leone itu diumumkan The Blue Swallows menerusi satu hantaran di media sosial mereka baru-baru ini. Sesay menyertai Khanh Hoa secara percuma tanpa membuat satu penampilan bersama The Red Warriors. Bekas pemain pertahanan Leicester City […]

Ikhwan Yazek Titiskan Air Mata Kesyukuran

Bekas pemain Kelantan FC, Ikhwan Yazek kelihatan sebak dan menitiskan air mata kesyukuran baru-baru ini. Pemain berusia 24 tahun itu ditimpa musibah berat selepas mengalami kecederaan lutut di bahagian meniscus dan memerlukan rawatan lanjut.  TRW Kelantan FC dalam satu kenyataan memaklumkan kecederaan yang dialami Ikhwan memaksa pemain itu untuk berehat bagi proses rawatan dan pemulihan.  […]

Bekas Jurulatih Kelantan Raih Kejuaraan Berganda Di Vietnam

Nama bekas pengendali Kelantan FC, Velizar Popov kembali jadi sebutan apabila membimbing kelab Vietnam, Thanh Hoa muncul juara Vietnamese Super Cup. Kejayaan itu dicapai apabila Pahlawan Lam Son berjaya mengatasi cabaran juara V. League 1 musim lepas, CAHN 3-1. Dua pemain import Thanh Hoa, Gustavo dan Rimario Gordon muncul wira dengan menyumbat gol pada minit […]

4 Jaguh Malaysia ‘Tapau’ Kelab Indonesia Di Asia

4 wakil Malaysia berjaya merekodkan kemenangan sempurna berdepan setiap wakil Indonesia di pentas Piala AFC. Kemenangan Sabah berdepan wakil Indonesia, PSM Makassar menjadi detik penting buat bola sepak Malaysia selama 11 tahun. Rekod membuktikan bahawa kemenangan di Stadium Kapten l Wayan Dipta telah membuka lembaran baharu untuk menjadi kemenangan terbesar berdepan kelab Indonesia. Anak buah […]

Seorang Lagi Bintang Kelantan Melangkah Pergi

Persiapan Kelantan FC menentang Sabah FC malam ini terjejas apabila pemain tengah Indonesia, Natanael Siringoringo bakal meninggalkan kelab itu sebagai ejen bebas. Perkara ini diumumkan oleh ejen Natanael, 2Touch International menerusi satu hantaran di Instagram semalam. Selain mengumumkan status terbaru bekas pemain Dewa United itu, 2Touch International turut memulakan usaha menyaman pengurusan skuad Kijang kerana […]

Sebuah Kelab Lembah Klang Sambar Bintang Kelantan FC?

Sebuah kelab yang berpangkalan di Lembah Klang dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat bintang Kelantan FC untuk memantapkan pasukan. Desas-desus mengenai masa depan pemain The Red Warriors terus menjadi tanda tanya selepas pasukan berada dalam detik terburuk Liga Super. Pasukan Pantai Timur itu bergelut untuk mencapai prestasi sebenar dan tewas dalam kesemua 5 perlawanan terakhir dengan […]

Ikhwan Yazek Tinggalkan Kelantan

Pasukan Kelantan FC mendapat tamparan hebat apabila Ikhwan Yazek mengumumkan telah meninggalkan pasukan itu hari ini. Pengumuman tersebut dibuat beliau menerusi satu hantaran di Instagram hari ini. Walaupun mengakui langkah ini satu langkah yang berat, Ikhwan melihat langkah ini penting demi masa depannya sebagai pemain bola sepak. “Berat kaki ini untuk melangkah keluar daripada sebuah […]