“Kumpulan E Adalah Paling Rumit” – Jurgen Klinsmann

Jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann menganggap saingan Kumpulan E di Piala Asia 2023 adalah yang paling sukar dihadapi. Selain Korea Selatan, Kumpulan E juga menyenaraikan tiga lagi pasukan hebat iaitu Bahrain, Jordan dan juga Malaysia. Kata-kata Klinsmann itu telah dibuktikan apabila dua pasukan dari Kumpulan E iaitu Korea Selatan dan Jordan mengesahkan kemaraan ke peringkat […]
Beberapa Kali Hampir Tersungkur, Ini Jawapan Padat Jurgen Klinsmann

Korea Selatan hampir tersungkur dari kejohanan Piala Asia 2023 selepas dua perlawanan terakhir mereka terpaksa ditentukan menerusi tambahan masa dan juga penentuan sepakan penalti. Kedua-dua perlawanan iaitu menentang Arab Saudi di pusingan 16 terakhir dan juga Australia di pusingan suku akhir menyaksikan Korea Selatan mengharapkan gol lewat permainan untuk menghidupkan semula api perjuangan di Piala […]
AFC Asian Cup: Korea Selatan Bangkit Tewaskan Australia

Korea Selatan bangkit pada hujung perlawanan untuk menewaskan cabaran Australia sekali gus menyaksikan bekas juara Piala Asia 2015 itu tersingkir. Korea Selatan mendominasi penguasaan bola pada babak pertama namun pasukan itu bergelut untuk melakukan percubaan ke arah gawang gol Socceroos. Craig Goodwin membuka tirai jaringan pada minit ke-42 perlawanan menerusi rembatan kencang setelah menerima hantaran […]
”Perlawanan Menarik Untuk Disaksikan” – Jurgen Klinsmann

Jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann tidak memandang remeh kemampuan Australia bagi pertembungan aksi suku akhir Piala Asia edisi kali ini. Beliau percaya anak buahnya kini berada dalam momentum terbaik untuk fokus layak ke peringkat separuh akhir. “Kami berharap satu lagi perlawanan menarik yang kami nantikan, pasukan Australia yang sangat bagus, kami sangat menghormati. “Kami menghadapi […]
Nasib Malang Son Heung-min Bertemu Malaysia Berterusan

Nasib malang yang perlu ditanggung oleh kapten pasukan Korea Selatan, Son Heung-min bertemu Malaysia kekal berterusan. Pemain berusia 31 tahun itu membawa Taeguk Warriors untuk mengakhiri saingan di Piala Asia AFC 2023 dengan baik selepas merekodkan satu seri dan satu kemenangan dalam dua aksi terawal. Hasrat itu lebur selepas Harimau Malaya mempamerkan kebangkitan dramatik untuk […]
Analisis Data : Mengenal Pasti Trend Permainan Korea Selatan Yang Mampu Menjerat Harimau Malaya

Malaysia bakal berhadapan dengan Korea Selatan dalam aksi pelengkap jadual Kumpulan E sebelum mengakhiri kempen Piala Asia 2023. Sebarang keputusan dalam perlawanan ini tidak akan mengubah nasib pasukan skuad kebangsaan apabila tewas dalam dia aksi terdahulu menentang Jordan dan Bahrain, sekaligus menutup ruang untuk Malaysia lolos ke pusingan 16 pasukan terbaik dalam kejohanan ini. Slot […]
Malaysia Dijangka Turunkan 3 Tonggak Berpengalaman Lawan Korea Selatan

Pasukan kebangsaan Malaysia dijangka menurunkan 3 tonggak berpengalaman untuk aksi menentang Korea Selatan yang berada ditangga ke-23 dunia. Kim Pan-gon pastinya menuntut permainan terbaik daripada para pemain Malaysia dalam perlawanan terakhir Piala Asia 2023 lebih-lebih lagi berdepan pemain bertaraf dunia. Menurut Zulhelmi Zainal Azam, tiga pemain iaitu Brendan Gan, Safawi Rasid dan Daniel Ting dijangka […]
AFC Asian Cup: Media Korea Kritik Pendekatan Jurgen Klinsmann

Salah satu media Korea telah mengkritik ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann selepas dua aksi peringkat kumpulan Piala Asia yang dihadapi oleh mereka. Menurut media Sports Chosun, pendekatan yang digunakan oleh Klinsmann amat mengecewakan dan jelas berbeza dengan Paulo Bento ketika membimbing Korea Selatan di Piala Dunia Qatar yang lalu. “Sangat mengecewakan. Kerana memberi tekanan […]
AFC Asian Cup: Penjaga Gol Utama Korea Selatan Terlepas Baki Saingan Piala Asia

Berita buruk menimpa skuad Korea Selatan apabila penjaga gol utama, Kim Seung-gyu bakal terlepas baki saingan Piala Asia 2023 akibat kecederaan lutut. Kim Seung-gyu dilaporkan mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL) pada bahagian lutut kanan sewaktu menjalani sesi latihan pada hari Khamis kelmarin. Berita mengenai kecederaan Kim Seung-gyu ini mendapat liputan media sukan Korea Selatan […]
Jurgen Klinsmann Yakin Pasukannya Sangat Bersedia Di Qatar

Pengendali Korea Selatan, Jurgen Klinsmann percaya pasukannya kini berada pada tahap terbaik apabila Piala Asia 2023 membuka tirai pada 12 Januari ini. Korea Selatan meningkatkan persediaan mereka ke Piala Asia 2023 dengan mengatasi Iraq 1-0 dalam aksi pemanas badan pra-kejohanan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Pemain sayap Mainz, Lee Jae-sung muncul wira dengan […]
Jurgen Klinsmann ‘Intip’ Tiga Lawan Piala Asia Secara Dekat

Ketua jurulatih pasukan Korea Selatan, Jurgen Klinsmann mengakui sudah memantau aksi tiga lawan yang bakal berada dalam satu kumpulan di Piala Asia 2023. Pengendali kelahiran Jerman itu berjaya mentransformasikan skuad Korea Selatan setelah mengharungi musim buruk pada permulaan tahun 2023. Para pemain akhirnya memahami falsafah yang dimahukan olehnya apabila merekodkan kemenangan bersih dalam 5 perlawanan […]
12 Pemain Bintang Eropah Perkuat Skuad Korea Selatan

Pasukan ketiga terbaik di Asia, Korea Selatan melaungkan amaran kepada semua pencabar dalam Piala Asia 2023 hari ini. Sebagai tanda keinginan mereka mengakhiri kemarau kejuaraan Piala Asia selama 64 tahun, 12 pemain berpangkalan di Eropah dipanggil memperkuat Pahlawan Taeguk. Beberapa nama amat dikenali peminat bola sepak Korea Selatan seperti Son Heung-min (Tottenham Hotspur), Hwang Hee-chan […]
Mereka Mula Takutkan Malaysia?

Keputusan beberapa buah negara menolak pelawaan Malaysia untuk mengadakan aksi persahabatan seolah-olah memberi gambaran bahawa mereka mula takut untuk bertemu skuad negara. Kemajuan mendadak yang dipamerkan oleh anak buah Kim Pan-gon bermula sejak September lalu selepas berjaya mengikat China dan Syria yang berada dalam kelompok pasukan 100 terbaik dunia. Aksi di Pestabola Merdeka 2023 telah […]
Jurgen Klinsmann Panggil Hanya 16 Pemain Ke Kem Latihan Korea Selatan

Dengan Piala Asia 2023 bakal berlangsung tidak lama lagi, Korea Selatan membuat persiapan awal dengan memanggil 16 pemain. Yonhap melaporkan daripada 16 pemain yang dipanggil, 11 daripadanya merupakan pemain K-League. Manakala baki lima lagi ialah pemain yang berpangkalan di luar negara. Bek tengah Ulsan HD dan Pemain Paling Bernilai (MVP) K-League 1, Kim Young-gwon mengetuai […]
Korea Selatan Hadapi Pasukan Ke-63 Dunia Sebelum Bertemu Malaysia

Ketua jurulatih pasukan Korea Selatan, Jurgen Klinsmann mahu memastikan anak buahnya bersedia untuk beraksi di pentas Piala Asia 2023 apabila mengadakan satu lagi aksi persahabatan berdepan pasukan ke-63 dunia. Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi tempoh yang amat memberangsangkan selepas merekodkan dua kemenangan berdepan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Harimau […]
Kelayakan Piala Dunia: Korea Selatan Jadikan China ‘Taman Permainan’

Aksi antara pasukan China dan Korea Selatan menyaksikan anak didik Jurgen Klinsmann mudah merakamkan kemenangan 3-0. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shenzen menyaksikan Korea Selatan menurunkan kesebelasan terkuat berdepan lawan ke-79 dunia. Usaha awal akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min menerusi sepakan penalti pada minit ke-11. Son menambah derita lawan apabila menyudahkan […]