Jürgen Klinsmann Susah Hati, Cari Cara Tewaskan China

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Korea Selatan, Jürgen Klinsmann berasa risau apabila pasukannya bakal berhadapan dengan China bagi aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 esok. Kerisauan ini sudah pun terpancar olehnya pada aksi pertama menentang Singapura di laman sendiri dengan pengendali kelahiran Jerman itu yakin setiap pasukan bakal memberikan yang terbaik. Sungguhpun turun dengan status pasukan […]

Jürgen Klinsmann Risau Masa Depan Bola Sepak Korea

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Korea Selatan, Jürgen Klinsmann menyatakan kerisauan terhadap masa depan Liga Korea tatkala kurang pemain muda diketengahkan untuk beraksi dalam liga. Menerusi satu kenyataan yang dikongsikan oleh media Korea, jurulatih kelahiran Jerman itu menzahirkan rasa sedikit ralat selepas kurang minit permainan diberikan oleh kelab di Korea kepada pelapis bola sepak negara tersebut. […]

Jurgen Klinsmann: JDT Sangat Menakjubkan

Jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann mengakui kagum dengan persembahan yang ditunjukkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam saingan ACL baru-baru ini. Perkara ini didedahkan bekas jurulatih Bayern Munich itu semasa menjadi tetamu podcast bahagian sukan The Straits Times, Sports Talk. Klinsmann bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bagi menonton perlawanan keempat Kumpulan I antara […]

Warga Korea Selatan Teruja Dapat Uji Kekuatan Sebenar Singapura

Penyokong Korea Selatan teruja dapat berentap dengan skuad Singapura dan dizahirkan menerusi sambutan luar biasa bagi aksi tersebut tidak lama lagi. Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 itu melibatkan pertembungan antara pasukan bimbingan Jurgen Klinsmann dan juga Singapura di laman sendiri. Aksi yang cukup penting buat jaguh Asia itu dalam misi memungut tiga mata pertama selepas […]

Kim Pan-gon: Kita Beri Tanggapan Bagus Kepada Klinsmann

Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon melihat kehadiran jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann di Johor baru-baru ini sebagai petanda positif buat skuad negara. Bekas pengendali Jerman itu hadir dalam perlawanan ACL membabitkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Ulsan Hyundai. Perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan 2-1 untuk Harimau Selatan. Klinsmann dipercayai bukan saja meninjau lima […]

Malaysia Jadi Pilihan Pertama Jürgen Klinsmann

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Korea Selatan, Jürgen Klinsmann menjadikan Stadium Sultan Ibrahim di Malaysia sebagai destinasi pertama di luar negara yang dikunjungi olehnya. Perkara ini dikongsikan oleh Media Digital Johor berkenaan kehadiran pengendali berpengalaman kelahiran Jerman itu ke perlawanan Liga Juara-Juara AFC (ACL) antara JDT dan Ulsan Hyundai. JDT dalam satu hantaran media sosial menyambut […]

JDT Sambut Baik Kedatangan Jurgen Klinsmann

Aksi ACL membabitkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Ulsan Hyundai semalam turut disaksikan oleh jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann. Selepas kehadiran beliau didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom semalam, ramai tercari-cari kelibat beliau sekitar Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Hari ini, JDT memuatnaik beberapa gambar bekas penyerang Jerman itu tiba di SSI menerusi […]

Jürgen Klinsmann Di Johor, Intip Malaysia Secara Dekat?

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Korea Selatan, Jürgen Klinsmann dilaporkan kini berada di bumi Johor untuk melihat persembahan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) secara dekat. Perlawanan ke-4 Liga Juara-Juara AFC (ACL) menyaksikan pasukan kendalian Tano Solari akan menghadapi tentangan Ulsan Hyundai yang juga merupakan jaguh Korea Selatan. Pertembungan ini bagaimanapun dikuatkan dengan kelibat pengendali kelahiran Jerman […]

Jürgen Klinsmann Pandang Serius Ancaman Malaysia

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Korea Selatan, Jürgen Klinsmann mengakui perlu melakukan kerja rumah untuk mengetahui kekuatan sebenar pasukan negara. Menerusi satu perkongsian Astro Arena, jurulatih kelahiran Jerman itu mengakui pertembungan antara Korea Selatan dan Malaysia amat istimewa kerana Kim Pan-gon. Beliau menyedari bahawa Harimau Malaya dipimpin oleh pengendali kelahiran Korea Selatan yang tahu segala selok-belok […]

Jürgen Klinsmann ‘Hilang’ Lagi

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Korea Selatan, Jürgen Klinsmann kembali meninggalkan kem pasukan untuk terbang ke Eropah. Pengendali kelahiran Jerman itu melalui detik yang cukup sukar untuk mendapatkan rentak buat gergasi Asia itu setelah meraih hanya satu kemenangan dalam 6 aksi di sana. Beliau juga menerima pelbagai kritikan kerana seringkali tidak berada di Korea Selatan dan […]

Korea Selatan Rayu Jürgen Klinsmann Segera Pulang

Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) meminta agar ketua jurulatih pasukan, Jürgen Klinsmann agar pulang bersama pasukan dengan kadar segera. Pengendali kelahiran Jerman itu akhirnya mengecapi kemenangan pertama bersama pasukan baharunya itu apabila menewskan Arab Saudi dengan keputusan 1-0. Beliau bagaimanapun kembali terpalit kontroversi apabila difahamkan tidak pulang bersama pasukan ke Korea Selatan. Menerusi beberapa […]

Media Korea Lapor Beberapa Individu Terlibat Dalam Jenayah Bola Sepak

Arena bola sepak Korea Selatan dikejutkan dengan penglibatan beberapa figura dalam jenayah rasuah. Korea Football News melaporkan 12 individu termasuk bekas penolong jurulatih skuad Korea Selatan, Choi Tae-uk disiasat pihak berkuasa atas kesalahan rasuah. Tae-uk didakwa merasuah dua figura utama kelab K-League 2, Ansan Greeners iaitu CEO, Lee Jong-geol dan pengurus, Lim Jong-heon. Suapan tersebut […]

Jürgen Klinsmann: Kalau Tak Suka Saya, Cari Jurulatih Lain

Ketua jurulatih Korea Selatan, Jürgen Klinsmann tidak mahu bercakap banyak mengenai kedudukannya bersama pasukan kebangsaan tersebut. Pengendali kelahiran Jerman itu menerima kritikan dari segenap penjuru apabila prestasi kurang memberangsangkan menghantui skuad kendaliannya. Korea Selatan masih tidak mencatatkan sebarang kemenangan selepas 5 aksi di bawah bimbingannya termasuklah seri 0-0 menentang Wales baru-baru ini. Jurulatih berusia 58 […]

Jürgen Klinsmann Lebar Rekod Buruk Bersama Korea Selatan

Ketua jurulatih Korea Selatan, Jürgen Klinsmann masih mencari rentak sebenar bersama pasukan baharunya selepas meneruskan rekod tanpa kemenangan sekali lagi. Pengendali kelahiran Jerman itu mengambil alih jawatan ketua jurulatih pada awal tahun ini gagal mencari rentak yang diharapkan buat pasukan. Beliau juga kelihatan tidak disenangi atas beberapa tindakannya dan juga komen yang diberikan kepada media. […]

Lawan Malaysia Di Piala Asia Label Vietnam Lemah

‘Musuh’ Malaysia dalam saingan Piala Asia 2023, Korea Selatan menganggap Vietnam sebagai pasukan lemah menjelang aksi persahabatan kedua-dua pasukan itu pada Oktober ini. Jurulatih Taeguk Warriors, Jurgen Klinsmann melihat Golden Star Warriors sebagai satu-satunya lawan alternatif mereka untuk kalendar antarabangsa FIFA pada Oktober. Sebarang rancangan untuk mengundang pasukan dari Amerika Selatan atau Eropah untuk tempoh […]

Rekod Buruk Jurgen Klinsmann Jadi Kelebihan Buat Malaysia Berdepan Korea Selatan

Malaysia berpotensi besar untuk memanfaatkan kelemahan jurulatih baharu Korea Selatan, Jurgen Klinsmann ketika saingan Piala Asia bakal membuka tirai 10 bulan lagi. Pengendali kelahiran Jerman itu merupakan jurulatih baharu yang dibawa masuk oleh Persatuan Bolasepak Korea Selatan (KFA) selepas memecat pengendali terdahulu, Paulo Bento. Beberapa laporan memberitahu bahawa Jurgen Klinsmann bukanlah calon utama untuk mengisi […]