5 Calon Jurulatih Luar Negara Kemudi Harimau Malaya

5 calon jurulatih luar negara mula menjadi buah mulut penyokong Harimau Malaya ketika ini. Hal ini susulan pemergian Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon selepas 2 tahun 6 bulan mengemudi skuad kebangsaan. Tugasan skuad kebangsaan kini digalas oleh pemangku Ketua Jurulatih, Pau Marti Vicente bagi mengharungi dua kejohanan iaitu Pestabola Merdeka 2024 dan Piala AFF 2024. Berikut […]

Korea Selatan ‘Pening Kepala’ Cari Pengganti Jurgen Klinsmann

Korea Selatan masih lagi tercari-cari siapa jurulatih baru yang menggantikan jurulatih sebelumnya, Jurgen Klinsmann. Selepas Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) memecat Klinsmann pada Februari lalu, beberapa jurulatih asing dikaitkan dengan jawatan tersebut. Antara nama yang dicanang ialah Senol Gunes, Steve Bruce, Fabio Cannavaro, Herve Renard dan Jesse Marsch. KFA berharap dapat memuktamadkan perlantikan jurulatih […]

Media Korea Selatan Tentang Lantikan Pengganti Jurgen Klinsmann

Selepas pengumuman mengenai pelantikan jurulatih interim baharu Korea Selatan, Hwang Sun-hong, pelbagai reaksi yang diberikan oleh ramai pihak.  Baru-baru ini, media daripada Korea Selatan, Star News dilaporkan mengkritik tentang pengambilan jurulatih interim yang dianggap sebagai ‘tangkap muat’.  Hal ini kerana, Hwang Sun-hong juga memegang jawatan sebagai jurulatih skuad bawah 23 tahun Korea Selatan. Oleh itu, […]

Orang Korea Mula Sebut Nama Park Hang-seo Ganti Jurgen Klinsmann

Nama bekas jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mula disebut-sebut oleh orang Korea Selatan bagi menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Jurgen Klinsman. Memetik laporan akhbar daripada Korea Selatan, Park Hang-seo antara calon yang sesuai sebagai jurulatih sementara.  Kredibiliti yang ada padanya dikatakan mampu membantu masalah dalaman yang dihadapi oleh skuad kebangsaan Korea Selatan ketika ini.  Kini, difahamkan […]

Jurgen Klinsmann Bakal Jadi Jurulatih China?

Bekas ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann dilaporkan dalam radar untuk dilantik sebagai jurulatih China. Pengendali berusia 56 tahun itu dipecat oleh Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) selepas hanya berjaya membawa pasukan ke pentas separuh akhir Piala Asia 2023. Beliau juga disifatkan gagal mengawal bilik persalinan selepas pergaduhan yang berlaku antara kapten pasukan, Son […]

Presiden Bola Korea Selatan Disiasat, Paksa Luluskan Lantikan Jurgen Klinsmann

Polis telah melakukan siasatan ke atas pengerusi Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA), Chung Mong-gyu yang melampaui bidang kuasanya kerana mengambil jurulatih asing secara unilateral untuk pasukan kebangsaan bagi melantik Jurgen Klinsmann. Perkara ini dilaporkan oleh sebuah akhbar, Chosun Ilbo pada Isnin bahawa polis Korea Selatan boleh mendakwa Chung kerana menghalang perniagaan kerana melantik Jerman […]

Kegagalan Jurgen Klinsmann Adalah Kejayaan Park Hang-seo

Seorang profesor Korea menyalahkan kegagalan Korea Selatan atas bahu ketua jurulatih, Jurgen Klinsmann susulan gagal mengekalkan kerja berpasukan tatkala bekas jurulatih Vietnam, Park Hang-seo cemerlang dalam aspek tersebut. Yoon Sung-hak, seorang profesor di Universiti Korea telah membandingkan falsafah Park dan Klinsmann dalam catatan Facebooknya berikutan pergaduhan antara dua bintang Taeguk Warriors, Son Heung-min dan Lee […]

Korea Selatan Berisiko Jadi Seperti Indonesia

Arena bola sepak Korea Selatan dalam bahaya selepas pendedahan yang dibuat bekas pembantu jurulatih Korea Selatan, Andreas Herzog. Menerusi beberapa laporan yang tular di media sosial, Herzog dikatakan membuat pendedahan bahawa Presiden KFA terpaksa membuat keputusan memecat Jurgen Klinsmann sebagai ketua jurulatih kerana tekanan politik. Herzog juga berpendapat bahawa pergelutan antara Son dan Kangin memusnahkan […]

Jurgen Klinsmann ‘Makan Besar’ Selepas Dipecat

Bekas jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann dijangka akan mendapat pampasan lumayan selepas dipecat oleh Persatuan Bolasepak Korea Selatan (KFA) baru-baru ini. Media di Korea Selatan sebelum ini mendedahkan Klinsmann akan menerima pampasan yang sangat lumayan iaitu sekitar 5 billion won (mata wang Korea Selatan) yang bersamaan dengan RM17.94 juta sekiranya dipecat. Jumlah pampasan ini termasuk […]

Jurgen Klinsmann Dipecat Sebagai Jurulatih Korea Selatan

Kedudukan legenda Jerman, Jurgen Klinsmann sebagai jurulatih Korea Selatan akhirnya didedahkan hari ini. Portal Sports Chosun melaporkan Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) telah memutuskan untuk menyingkirkan beliau sebagai jurulatih. Keputusan ini diambil selepas Jawatankuasa Teknikal KFA mencadangkan agar nama Klinsmann digugurkan sebagai jurulatih susulan kegagalan layak ke final Piala Asia 2023. Keputusan pemecatan itu […]

Jurulatih Ulsan Hyundai Disebut Hebat Ganti Jurgen Klinsmann

Kedudukan Jurgen Klinsmann sebagai jurulatih Korea Selatan kini dalam bahaya selepas aksi hambar di Piala Asia yang lalu. Ini selepas ura-ura Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) bakal memecat Klinsmann bagi memastikan persiapan negara itu berjalan lancar pada kempen Kelayakan Piala Dunia pada Mac depan. Menerusi ciapan daripada Korea Football News, beberapa nama telah dikaitkan […]

Jurgen Klinsmann Tolak Permintaan Aneh Son Heung-min

Ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann difahamkan menolak permintaan aneh dari bintang pasukan, Son Heung-min sebelum aksi separuh akhir menentang Jordan dalam kempen Piala Asia 2023 tempoh hari. Son Heung-min yang juga kapten pasukan membuat permintaan kepada Klinsmann supaya mengetepikan bintang muda, Lee Kang-in dari pasukan selepas pergaduhan yang berlaku di kem Korea Selatan. Laporan […]

Era Jurgen Klinsmann Bersama Korea Selatan Bakal Berakhir?

Meskipun mengemudi Korea Selatan ke peringkat separuh akhir Piala Asia, kedudukan pengendali Jerman, Jurgen Klinsmann kini dalam bahaya. Ini selepas Korea Football News mendedahkan ramai peminat bola sepak Korea mahukan legenda Totteham Hotspur itu meletak jawatan sebagai jurulatih Pahlawan Taeguk. Mereka berbuat demikian kerana Klinsmann gagal mencapai sasaran layak ke final Piala Asia 2023 dan […]

Jurgen Klinsmann Sedar Terkena Kejutan Di Qatar

Pengendali Korea Selatan, Jurgen Klinsmann menyedari bahawa saingan Piala Asia 2023 di Qatar bukanlah saingan yang mudah lebih-lebih lagi melihat pasukan kendaliannya tersingkir di tangan Jordan di peringkat separuh akhir semalam. Ketika banyak pihak yang meletakkan harapan tinggi terhadap Korea Selatan menjulang kejuaraan Piala Asia kali ini, Jordan menampilkan permainan luar biasa untuk menyingkirkan Korea […]

Gaji Jurgen Klinsmann Cecah RM10.5 Juta, Lantik 35 Staf Tetapi Masih Tersungkur

Masa depan ketua jurulatih pasukan kebangsaan Korea Selatan, Jurgen Klinsmann terus menjadi bualan ramai selepas beliau gagal membawa pasukan ke pentas akhir Piala Asia AFC 2023. Aksi menentang Jordan menyaksikan Taeguk Warriors ditunjukkan jalan keluar selepas tewas dengan keputusan 2-0. Terdapat banyak pihak yang mempersoalkan kredibiliti pengendali kelahiran Jerman ini selepas pemilihan pemain yang kurang […]

Jurgen Klinsmann Puji Jordan, Anggap Lawan Kumpulan E Semuanya Susah

Ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann memuji lawan mereka di separuh akhir, Jordan yang sudah bertemu kali pertama pada peringkat kumpulan. Pengendali kelahiran Jerman itu dalam misi besar bersama Taeguk Warriors selepas berjaya memimpin pasukan itu sehingga ke separuh akhir. Beliau bagaimanapun kini fokus terhadap misi utama pasukan untuk memenangi kejohanan ini tatkala musuh tradisi, […]