Syihan Hazmi Julang Trofi Pertama Bersama JDT

Bintang baru Johor Darul Ta’zim (JDT), Syihan Hazmi cemerlang dalam aksi pertama bersama skuad Harimau Selatan di pentas Liga Malaysia 2023. Pemain berusia 27 tahun itu diberi kepercayaan oleh pengendali JDT untuk turun mengawal benteng terakhir pasukan dalam perlawanan Piala Sumbangsih antara JDT dan Terengganu. Skuad kendalian Esteban Solari berjaya menewaskan Terengganu dengan keputusan 2-0. […]

Piala Sumbangsih: JDT Kekalkan Mahkota Kejuaraan Kali Ke-6 Berturut-Turut

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mengekalkan kejuaraan Piala Sumbangsih apabila mencatatkan kemenangan ke atas Terengganu. Skuad Harimau Selatan turun dengan misi besar untuk terus mempertahankan mahkota kejuaraan tahun ke-6 berturut-turut. Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim, anak didik Tano Solari memulakan aksi dengan lamgkah kanan apabila memperoleh jaringan menerusi tandukan Juan Muniz. […]

Gol Debut Juan Muniz Petanda Bakal Gegar Liga Malaysia

Tonggak tengah Johor Darul Ta’zim, Juan Muniz Gallego berjaya menjaringkan gol pertama dalam saingan Liga Malaysia 2023. Turun dalam kesebelasan utama pasukan, Juan Muniz membalas kepercayaan pengendali JDT, Esteban Solari dalam aksi Piala Sumbangsih 2023 antara JDT dan Terengganu hari ini. Seawal minit ke-5 permainan, Juan Muniz berjaya memecah kebuntuan di Stadium Sultan Ibrahim. Beliau […]

Endrick Dos Santos Rasmi Pemain Naturalisasi Terbaru JDT

Perancang tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Endrick Dos Santos kini secara rasminya bergelar pemain naturalisasi bermula musim 2023. Pemain kelahiran Brazil itu merupakan antara pemain yang sudah lama beraksi di Malaysia bersama beberapa pasukan sejak tahun 2017. Bekas bintang Selangor ini memberi khabar baharu kepada seluruh peminat bola sepak tempatan apabila beliau berada dalam senarai […]

Info Siaran Langsung Piala Sumbangsih 2023: JDT vs Terengganu

Perlawanan pertama melibatkan pertembungan antara dua pasukan gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC bakal menghangatkan saingan musim 2023. Aksi Piala Sumbangsih ini berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim dengan kedua-dua pasukan dalam misi besar untuk memburu kejuaraan pertama musim ini. JDT dan Terengganu dibimbing oleh pengendali baharu bakal menjadikan aksi pertama ini sebagai […]

Radamel Falcao Mahu JDT Buat Yang Terbaik Di Piala Sumbangsih

Bekas penyerang sensasi Colombia, Radamel Falcao mengucapkan selamat maju jaya kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelanh sepak mula Piala Sumbangsih esok. Pemain berusia 37 tahun itu kimi sedang beraksi bersama pasukan Rayo Vellecano di Sepanyol sudah beberapa kali dikaitkan dengan perpindahan ke JDT. Menerusi satu hantaran di laman rasmi Johor Southern Tigers hari ini, beliau […]

Legenda Argentina Tak Dapat Hadir, Julio Cesar Bakal Serikan Aksi JDT

Ramai penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) kecewa apabila legenda Argentina, Javier Zanetti tidak dapat hadir ke Perlawanan Sumbangsih esok. Tetapi seorang lagi legenda Inter Milan dijangka hadir esok iaitu bekas penjaga gol kebangsaan Brazil, Julio Cesar. Zanetti yang kini merupakan naib presiden Nerazzurri memohon maaf tidak dapat hadir ke perlawanan esok disebabkan perlu memenuhi komitmen […]

TicketHotline Alami Masalah Gangguan Server, Sebahagian Pembelian Tiket Gagal Diproses

Operasi jualan tiket atas talian, TicketHotline alami gangguan server semasa penjualan tiket Piala Sumbangsih melibatkan pasukan JDT menentang Terengganu. Pihak Johor Darul Ta’zim menerusi satu hantaran di media sosialnya memaklumkan, TicketHotline sedang menyelesaikan masalah yang sedang berlaku. “Operator jualan tiket, TicketHotline telah memaklumkan kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bahawa akibat daripada respon yang […]

Tiga Penjaga Gol Kebangsaan Bersaing Rebut Jersi Nombor Satu Di JDT

Bukan mudah buat tiga nama besar dalam arena bola sepak tempatan untuk menghadapi perkara ini kerana persaingan yang begitu hebat namun ianya akan menjadikan mereka lebih baik dari sebelum ini kerana masing-masing mahu membuktikan kemampuan dan menawan hati jurulatih. Inilah yang terjadi kepada tiga penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias, Haziq Nazli dan Syihan Hazmi yang […]

Pas Bermusim Boleh Elakkan Kepeningan Kepala Dapatkan Tiket Atas Talian

Dewasa ini sistem penjualan tiket semakin hari semakin canggih dengan menggunakan teknologi atas talian yang dapat membantu memudahkan tugas seorang penyokong untuk membuat transaksi jualan hanya di hujung jari. Namun begitu, setiap perkara yang melibatkan kecanggihan teknologi pastinya akan mengalami masalah teknikal yang kadang kala tidak dapat dielakkan sekaligus mengundang resah dikalangan para penyokong yang […]

JDT Sasar Sekurang-Kurangnya Tempat Ke-3 Liga Super

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim meletakkan sasaran buat JDT bagi musim 2023. Musim ini sasaran pasukan adalah untuk menamatkan kempen Liga Super sekurang-kurangnya di tangga ketiga teratas liga. Beliau menjelaskan layak ke pentas Asia menjadi misi utama buat skuad Harimau Selatan. “Target kami untuk pasukan JDT […]

JDT Bakal Pertaruhkan Pemain Muda Di Piala Malaysia

Walaupun dibarisi pemain-pemain ternama seperti Aidil Zafuan Abd Radzak, Safiq Rahim dan Jordi Amat, Johor Darul Ta’zim (JDT) sentiasa menekankan pembangunan pemain-pemain muda. Dan itu diharap dapat direalisasikan menerusi penglibatan pemain-pemain ini dalam Piala Malaysia. Hal ini mahu direalisasikan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim untuk musim ini. Ini kerana […]

Rahadiazli Tak Rela Tragedi Lama Berulang

Penjaga gol muda berpotensi negara, Rahadiazli Rahalim tidak mahu menanggung duka lagi tatkala bakal berdepan dengan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT). Kedua-dua pasukan bakal berdepan sesama mereka bagi aksi Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, 24 Februari ini. Pemain yang mesra disapa Abe ini bagaimanapun yakin dengan percaturan jurulatih baharu, Tomislav Steinbrukner […]

JDT Terima Kunjungan Exco Belia Dan Sukan Pulau Pinang

Kisah kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai sebuah kelab gergasi bola sepak menarik perhatian ramai. Justeru, ini mendorong Exco Belia dan Sukan Pulau Pinang, YB Soon Lip Chee mengadakan lawatan ke kelab berkenaan bagi mengetahui rahsia kejayaan Harimau Selatan. Turut sama mengikuti lawatan berkenaan ialah delegasi dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Perbadanan Stadium […]

Morris Pagniello Tak Pernah Jumpa Pemilik Kelab Berjiwa Besar Seperti TMJ

Morris Pagniello yang merupakan seorang ejen FIFA mengakui tidak pernah berjumpa dengan pemilik kelab yang memiliki jiwa yang besar seperti Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ). Beliau dalam satu hantaran di laman Instagramnya menyatakan kekagumannya terhadap usaha TMJ untuk membawa perubahan berskala besar kelab dan juga bola sepak Malaysia. Pagniello juga teruja […]

TMJ Sasar Ke Suku Akhir Liga Juara-Juara AFC

Selepas melakar kejayaan merangkul empat piala pada musim lepas, Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim tidak mahu berhenti setakat di situ saja. Sebaliknya, baginda berharap Johor Darul Ta’zim lebih cemerlang musim ini termasuk layak ke suku akhir Liga Juara-Juara AFC (ACL). Sebelum ini, JDT sudah menunjukkan keupayaan bersaing di pentas ACL. […]