Sebenarnya Gol Ke-3 JDT Hanya Melibatkan 4 Orang

Pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan KL City semalam mencuri tumpuan ramai para penyokong apabila pasukan pelawat berjaya menang dengan keputusan 3-0. Pasukan Harimau Selatan tidak melepaskan tiga mata berharga apabila jaringan Jordi Akat, Endrick Dos Santos dan juga Arif Aiman meletakkan mereka dalam kedudukan selesa. Walau bagaimanapun, jaringan yang dilakukan oleh pemain sayap […]

KL City vs JDT: Penyokong Amanah Mencari Pemilik Wang Tercicir Di Stadium

Perlawanan Liga Super KL City-Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan saja peluang mencari kemenangan buat kedua-dua pasukan. Tetapi ia juga saksi kepada kejujuran seorang penyokong selepas seorang penyokong lain yang tidak dikenali tercicir wangnya di stadium. Menerusi hantarannya di Facebook, Nor Azan Shah Shahrani meminta seorang penyokong tampil mengambil semula wangnya yang tercicir di bahagian tempat […]

Tano Solari Akhirnya Buka Mulut Tentang Radamel Falcao Ke JDT

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari akhirnya memberi jawapan mengenai kemungkinan penyerang berbisa Colombia, Radamel Falcao ke kelab tersebut. Berita mengenai perpindahan pemain berusia 37 tahun itu kembali hangat diperkatakan selepas beberapa laporan daripada akhbar Sepanyol seperti Marca dan media Eropah lain yang telah mengesahkan perkara ini. JDT dilihat sedang bersaing untuk mendapatkan […]

Bojan Hodak Kesan Perubahan Mendadak Corak Serangan JDT

Ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak melihat terdapat perubahan dalam corak serangan Johor Darul Ta’zim (JDT). Setelah mendapat suntikan pengendali baharu, Tano Solari pada musim ini, wajah serangan skuad Harimau Selatan dilihat lebih berbahaya. Perkara ini terbukti apabila mereka berjaya meledak tiga gol yang cukup bermakna untuk menewaskan The City Boys di laman […]

Info Siaran Langsung KL City vs JDT | Liga Super 2023

Pertembungan antara dua pasukan Liga Super, KL City dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berlangsung dengan cukup sengit tatkala kedua-dua pasukan bertemu hari ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Cheras ini menyaksikan anak didik Tano Solari mahu mengekalkan momentum terbaik selepas menang aksi pertama berdepan Terengganu. Namun begitu, The City Boys sudah pasti mahu […]

Media Sepanyol Sahkan Radamel Falcao Sedia Lanjutkan Karier Di JDT

Salah sebuah media di Sepanyol telah pun mengesahkan bahawa berita mengenai minat yang ditunjukkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) terhadap bintang sensasi dunia, Radamel Falcao adalah benar. Pemain berusia 37 tahun itu difahamkan menunggu rundingan terakhir dengan pasukan Vallecas untuk menamatkan kontraknya dan sudah pun menunjukkan kesediaan untuk melangsungkan kerjaya profesional baharu ini di JDT. […]

Hubung Kait Bergson & Fazly Mazlan Yang Ramai Terlepas Pandang

Dua pemain yang tidak asing lagi dalam arena bola sepak Malaysia, Bergson Da Silva dan juga Fazly Mazlan sudah tentu sentiasa meniti di bibir para peminat bola sepak tanah air. Bergson, anak jati kelahiran Brazil ini mula menempa nama di Malaysia sejak ketibaannya di Johor Darul Ta’zim (JDT) dan menjadi fenomena buat bola sepak JDT. […]

Tano Solari Masih Tiada Kesebelasan Utama

Walaupun mencatat kemenangan pertama ke atas Terengganu dalam Perlawanan Sumbangsih, itu bukan alasan bagi Johor Darul Ta’zim (JDT) merasa selesa. Dengan KL City menanti JDT di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur esok, ramai tertanya siapa yang bakal diturunkan oleh jurulatih Tano Solari. Solari dilihat berteka-teki tentang siapa yang akan diturunkan esok. Tetapi jurulatih Argentina itu […]

Negeri Sembilan vs Sri Pahang: Kualiti Pemain Simpanan JDT Sebaik Pemain Utama

Mungkin tidak ramai yang perasan bahawa dari 22 pemain yang bermain di atas padang ketika perlawanan antara Negeri Sembilan FC dan Sri Pahang FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi ada enam pemain simpanan dan pinjaman Johor Darul Ta’zim beraksi dengan seorang lagi diletakkan di bangku simpanan. Tiga daripada mereka digunakan dalam kesebelasan Negeri Sembilan […]

JDT Naik Taraf Gimnasium Dengan Proinertial

Selepas mengumumkan kerjasama dengan sebuah syarikat kecergasan antarabangsa bagi menambahbaik kemudahan gimnasium mereka beberapa minggu lepas, hasil kerjasama yang ditunggu-tunggu Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya tiba. Ini selepas JDT memuatnaik gambar-gambar terbaru gimnasium mereka yang dilengkapi pelbagai peralatan moden yang disediakan oleh Proinertial. Dengan pelbagai peralatan terkini yang disediakan Proinertial, ia bukan saja membantu aspek […]

Projek Mega JDT Bakal Libatkan Syarikat Antarabangsa & Tokoh Terkenal Global

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal memulakan satu projek besar bagi mengembangkan lagi perjalanan kelab musim 2023. Projek mega tersebut difahamkan akan melibatkan kolaborasi bersama syarikat antarabangsa dan tokoh-tokoh terkenal dalam industri bola sepak global. Usaha ini dilihat sebagai salah satu langkah yang signifikan bagi memartabatkan lagi jenama Harimau Selatan terutamanya di pasaran Eropah. […]

Safee Sali Terharu Dengan Tindakan JDT & TMJ

Bekas penyerang berbisa Harimau Malaya, Safee Sali mengakui terharu dengan tindakan yang diusahakan oleh bekas kelabnya, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dalam karier bola sepaknya. Beliau pernah menjadi antara penyerang paling digeruni semasa menyarung jersi Harimau Selatan itu mengucapkan jutaan terima kasih atas sambutan luar biasa di Stadium Sultan Ibrahim. […]

Feroz Baharudin Ada Misi Di JDT

Prospek muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin akui gembira diberi kepercayaan untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan. Berjaya merangkul trofi pertama musim 2023 selepas menewaskan Terengganu dalam aksi Piala Sumbangsih, Feroz tekad untuk terus memberikan yang terbaik bersama JDT. Beliau menyasarkan untuk meraih lebih banyak piala dan kejuaraan pada musim ini. “Ini peluang terbaik […]

Bergson Terkejut Dengan Persembahan Terengganu

Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva mengakui agak terkejut dengan aksi yang ditampilkan oleh Terengganu dalam aksi Piala Sumbangsih 2023 semalam. Beliau menjadi watak penting buat pasukan yang sekali lagi melakar kejayaan bermakna di laman sendiri apabila mencatatkan kemenangan 2-0. Pemain kelahiran Brazil itu memulakan penampilan sulung musim 2023 dengan satu hantaran […]

Tano Solari Tak Mahu Arif Aiman Berhenti Asah Bakatnya

Kehebatan bintang baru Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi semakin terserlah termasuk dalam Perlawanan Sumbangsih semalam. Atas sebab itu juga, jurulatih JDT, Esteban Solari mahu anak buahnya itu terus berusaha mengasah bakatnya untuk sampai ke peringkat lebih tinggi. Arif meraih satu bantuan gol apabila hantarannya mudah disempurnakan Bergson da Silva untuk gol kedua tuan […]

‘Adisak Tak Membantu Rakan Sepasukannya’ – Tomislav Steinbruckner

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner kurang berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh penyerang baharunya, Adisak Kraisorn. Beliau melihat Adisak tidak membantu rakan sepasukannya sekaligus menyebabkan pemain-pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) mudah mendominasi permainan. Oleh sebab itu, penyerang Thailand itu dikeluarkan pada separuh masa kedua dan menggantikan dengan pemain muda, Syafik Ismail. “Pada separuh masa […]