Video Pelancaran Jersi JDT Catat Lebih 1 Juta Tontonan

Seperti sesetengah pasukan Liga Super lain, Johor Darul Ta’zim (JDT) turut menggunakan medium video untuk memperkenalkan jersi baru mereka untuk Liga Malaysia (Liga M) musim 2023. Tetapi tiada siapa menyangka video pelancaran jersi mereka mencatat lebih sejuta tontonan di media sosial. Menurut pengurusan kelab, rekod tontonan tersebut merupakan yang paling tinggi pernah dicatatkan jika dibandingkan […]

Arif Aiman Dirisik E. Elavarasan

Dengan final Sukan SEA 2023 di Kemboja pada Mei ini sebagai sasaran, jurulatih pasukan B-23 negara E. Elavarasan mahu membawa pasukan terkuat ke temasya serantau itu. Ini termasuk membawa bintang baru Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman Hanapi. Selain Arif Aiman, Mukhairi Ajmal (Selangor) dan Luqman Hakim Shamsudin (Njardvik) turut diintai memperkuat skuad B-23 negara. Secara […]

Pertahanan JDT, Carli de Murga Sertai Kelantan

Pertahanan Johor Darul Ta’zim FC, Carli De Murga secara rasmi menyertai Kelantan bagi saingan musim 2023. Pemain berusia 34 tahun itu merupakan antara bintang berpengalaman di Malaysia setelah beraksi bersama Terengganu dan juga JDT sebelum ini. Menurut satu kenyataan oleh pemilik Kelantan, Norizam Tukiman, beliau memaklumkan bahawa pasukan kini giat membawa masuk beberapa lagi pemain. […]

Debut Liridon Krasniqi Bersama Terengganu Terhalang

Hasrat penyokong Terengganu untuk melihat debut pemain bintang sensasi pasukan, Liridon Krasniqi beraksi dalam aksi Piala Sumbangsih tertangguh apabila beliau tidak akan beraksi pada perlawanan tersebut. Pemain berusia 31 tahun itu dibawa masuk secara pinjaman daripada JDT musim ini bagi memantapkan lagi jentera tengah pasukan. Namun begitu, khidmat beliau tidak dapat digunakan tatkala skuad kendalian […]

4 Pemain Dalam Proses Akhir Dinaturalisasikan

Pertahanan kental Terengganu FC, Argzim Redzovic memaklumkan bahawa kini terdapat 4 orang pemain yang sedang melengkapkan proses naturalisasi. Beliau memaklumkan bahawa pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah pun memberi surat sokongan yang bakal menyaksikan dirinya boleh dinaturalisasikan sebagai pemain tempatan. Pemain berusia 31 tahun ini sudah pun berada pada proses terakhir bagi mendapatkan kelulusan daripada […]

Socios.com Rasmi Penaja Utama JDT Musim 2023

Platform penglibatan dan ganjaran penyokong  terbesar dunia, Socios.com secara rasminya terpapar di hadapan baju Johor Darul Ta’zim (JDT) sekaligus menggantikan penaja sebelumnya iaitu UNICEF. JDT sudah pun mengumumkan kerjasama ini pada tahun lalu yang menyaksikan Harimau Selatan menjadi kelab Malaysia pertama menjalinkan kerjasama dengan platform tersebut. Perkara ini disuarakan oleh pemilik kelab Johor Darul Ta’zim […]

Rasmi: Jersi JDT Musim 2023 Tampil Penuh Kelainan

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasminya melancarkan jersi baharu bagi saingan musim 2023. Skuad Harimau Selatan terus menampilkan identiti sendiri dalam satu majlis penuh gemilang yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim. Pasukan milik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) terus menjalinkan hubungan erat dengan penaja, Nike yang kekal […]

JDT Lepaskan Jonathan Herrera

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah tentu mempunyai sebab yang munasabah apabila mereka dikatakan melepaskan penyerang berbisa dari Argentina, Jontahan Herrera selepas beberapa musim dipinjamkan ke pasukan lain. Hasil tinjauan di laman web transfermarkt, Herrera telah dilepaskan JDT dan kini merupakan pemain baharu kelab divisyen dua Argentina, Ferro Carril Oeste. Herrera juga berkongsi berita perpindahan […]

Pra Musim: JDT Belasah Lion City Sailors

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak positif sebelum bermulanya kempen Liga Malaysia musim ini apabila menewaskan kelab gergasi Singapura, Lion City Sailors dengan keputusan 4-0 semalam. Perlawanan persahabatan itu diadakan secara tertutup di Stadium Sultan Ibrahim sebagai persiapan terakhir JDT bagi memulakan kempen Liga Malaysia pada 24 Februari ini dalam aksi […]

JDT Kini Kelab Ke-573 Terbaik Dunia, Lebih Tinggi Dari Kelab Bekas Juara EPL

Kedudukan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada pada tangga ke-573 sekaligus mengatasi kedudukan bekas juara Liga Perdana Inggeris pada tahun 1995, Blackburn Rovers. Perkara ini dikongsikan oleh sebuah laman analisis bola sepak Opta Analyst yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak di seluruh dunia. Berdasarkan laporan daripada kedudukan yang dimuat naik […]

Naib Presiden Inter Milan, Javier Zanetti Bakal Hadir Ke Stadium Sultan Ibrahim

Johor Darul Ta’zim akan menerima tetamu istimewa, Javier Zanetti, Naib Presiden gergasi Itali, Inter Milan dalam perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim. “Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menerima kunjungan Naib Presiden Inter Milan dan juga bekas pemain antarabangsa Argentina, Javier Zanetti minggu hadapan. “Turut sama berkunjung adalah Ahli Lembaga Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan […]

Kedai Barangan Rasmi JDT Bakal Diperkenalkan Di Stadium Sultan Ibrahim

Kedai Barangan Rasmi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim kini dalam peringkat terakhir pembinaan sekaligus bakal diperkenalkan kepada para penyokong tidak lama lagi. Usaha yang dilakukan ini dilihat bagi mengeratkan lagi hubungan antara kelab dan juga penyokong yang setia memberikan sokongan. Kedai ini merupakan sebahagian daripada fanzone di Stadium Sultan Ibrahim […]

Stadium Sultan Ibrahim Bakal Digunakan Harimau Malaya Seawal Mac Ini?

Gelanggang keramat Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dijangka akan menjadi venue rasmi Harimau Malaya seawal Mac ini. Menerusi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman, beliau memberi bayangan bahawa pasukan kebangsaan berkemungkinan besar akan menggunakan Stadium Sultan Ibrahim. Namun begitu, keputusan rasmi kini masih belum dibuat kerana FAM masih […]

“Tahun Baru, Agenda Baru” – TMJ

Pemilik Johor Darul Ta’zim, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengingatkan kepada penyokong bahawa JDT akan sentiasa mempunyai agenda baru setiap tahun. “Ingat. Tahun baru, agenda baru, dan projek-projek baru. Saya nak penyokong JDT imbas semula permulaan dan perjalanan kelab kami. Sudah pelbagai kejayaan, pembangunan dan sejarah yang tercipta. […]

Bintang Zenit Terkejut Dengan Potensi Pemain JDT

Bintang pasukan gergasi Liga Rusia, Claudinho menyifatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki pemain yang cukup berkualiti ketika. ini. Pemain kelahiran Brazil itu pertama kali turun berdepan juara Liga Super itu dan menyaksikan potensi sebenar yang dimiliki oleh barisan pemain Harimau Selatan. Mengulas lanjut, beliau gembira dengan aksi pertama pasukan dan berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 […]

Pra-Musim 2023: JDT Tewas Kepada Zenit

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) tewas dalam aksi terakhir pra-musim 2023 kepada gergasi Eropah, Zenit St Petersburg. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Maktoum bin Rashid Al-Maktoum itu menyaksikan terdapat perubahan dalam kesebelasan utama Harimau Selatan. Namun begitu, JDT dilihat sukar menandingi kehebatan lawan apabila bolos seawal minit ke-10 menerusi jaringan pemain kelahiran […]