“Dapat Padang Percuma Tolak, Video Jual Jersi Beratus Ribu Boleh Bayar” -TMJ

Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) menzahirkan pendapatnya tentang usaha kerajaan untuk menyediakan kualiti padang terbaik kepada industri bola sepak Malaysia. Menerusi satu kenyataan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, beliau sudah pun berbincang dengan Exco Sukan setiap negeri bagi pelaksaan perkara tersebut. “Saya ada memberikan cadangan penawaran geran padanan dan […]

TMJ: Ini Akibat Ada Pemilik Kelab Semata-Mata Agenda Peribadi Dalam Bola Sepak

Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berdukacita dengan sikap sesetengah pemilik kelab yang tidak meletakkan kepentingan kelab sebagai keutamaan dan hanya mementingkan agenda peribadi mereka semata-mata. Menerusi satu perkongsian di laman rasmi Johor Southern Tigers, baginda menzahirkan rasa gembiranya terhadap usaha yang dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk membantu […]

“JDT Hari Ini Bukanlah Satu Kebetulan” – TMJ

Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim percaya segala yang dikecapi oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini bukanlah satu kebetulan. Usaha yang telah direncanakan olehnya sejak hampir 10 tahun lalu telah membuahkan banyak hasil dan kejayaan dalam dan luar padang. Mengulas lanjut, baginda Tunku percaya antara salah satu resipi kejayaan pasukan Harimau […]

Persaingan Di JDT Lahirkan Pemain Dengan Semangat Luar Biasa

Persaingan sihat dalam pasukan adalah satu perkara yang sangat baik dalam pembangunan sesuatu kelab bola sepak kerana ianya bakal melahirkan pemain dengan semangat yang luar biasa. Ini kerana kesemua pemain sedar mereka tidak berada dalam keadaan yang selesa meskipun berstatus bintang ataupun pemain kebangsaan kerana tempat mereka sentiasa menjadi rebutan pemain lain yang mahu membuktikan […]

“Stadium Di Setiap Negeri Ditawarkan Rumput Zeon Zoysia” – Hannah Yeoh

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengakui ada usaha untuk menaik taraf rumput yang digunakan di setiap negeri kepada rumput jenis Zeon Zoysia. Beliau yang ditemui semasa sesi latihan skaud Malayan Tigress itu berkata, pihaknya iaitu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ada memberikan tawaran kepada pihak exco sukan negeri berkenaan perkara ini. “Saya ada memberikan […]

Shane Lowry Dedikasikan Penghargaan Kepada Staf Perubatan JDT

Selepas berehat lama akibat kecederaan patah siku, akhirnya Shane Lowry membuat penampilan pertama bersama pasukan senior Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan semalam. Bagi bek tengah Australia itu, ia sesuatu yang amat dinantikannya. Lowry membantu JDT membelasah Negeri Sembilan 7-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Tatkala barisan serangan diketuai Diogo Luis […]

Tano Solari Sahkan JDT Mungkin Hilang Khidmat Leandro Velazquez

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari mengesahkan bahawa perancang tengah mereka, Leandro Velazquez mengalami kecederaan yang agak serius. Perancang tengah berusia 33 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan dan bergandingan dengan Endrick dan juga Hong Wan di bahagian tengah. Khidmat beliau bagaimanapun tidak dapat diteruskan selepas insiden yang melibatkan pertembungan dengan pemain […]

K. Devan: Kami Perlu Lagi 10 Tahun Untuk Bersaing Dengan JDT

Ketua jurulatih Negeri Sembilan, K. Devan mengakui perlu lebih banyak masa untuk menandingi kekuatan Johor Darul Ta’zim (JDT) susulan kekalahan besar 7-0 di laman sendiri. Devan menyatakan bahawa ini merupakan pengajaran berguna kepada anak buahnya selepas bertemu dengan pasukan yang lebih baik. Malah, beliau yakin bahawa terdapat banyak perkara yang perlu diperbaiki dalam usaha untuk […]

Liga Super: JDT Mengganas, Belasah Negeri Sembilan 7-0

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang dalam aksi Liga Super apabila mencatatkan kemenangan berdepan Negeri Sembilan. Pertemuan yang berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan barisan terbaik pada malam ini. Anak didik Tano Solari nyata dalam kelas tersendiri apabila membuka akaun menerusi tandukan penyerang berbisa, Fernando […]

Info Siaran Langsung Negeri Sembilan vs JDT | Liga Super 2023

Pertembungan antara dua pasukan Liga Super, Negeri Sembilan dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berlangsung dengan cukup sengit tatkala kedua-dua pasukan bertemu hari ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Paroi, Negeri Sembilan ini menyaksikan anak didik Tano Solari mahu mengekalkan momentum terbaik selepas menang dua aksi awal musim ini berdepan Terengganu dan KL City. […]

Kedah Sumbang 10 Peratus Kutipan Tiket Kepada Mangsa Banjir Johor

Melihat kepada situasi banjir yang melanda negeri Johor, pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengambil inisiatif untuk menyumbangkan 10 peratus dari kutipan tiket perlawanan Liga Super (LS3) antara KDA FC dan PDRM FC untuk disalurkan kepada pihak berwajib di Johor. KDA FC melalui pemiliknya, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar mengumumkan sumbangan tersebut melalui […]

JDT Mungkin Perlu Berbelanja RM500 Ribu Setiap Bulan Untuk Khidmat Falcao

Berita mengenai perpindahan sensasi penyerang kebangsaan Colombia, Radamel Falcao ke Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah hangat diperkatakan di Malaysia dan juga Eropah. Pemain berusia 37 tahun itu kini beraksi bersama Rayo Vellecano di La Liga, Sepanyol berhasrat untuk membawa haluan baharu dalam kariernya. Bekas bintang Atletico Madrid ini difahamkan telah pun ditawarkan kontrak untuk menyertai […]

Benjamin Mora Berdepan Detik Sukar Di Mexico

Bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora berdepan detik sukar di Mexico apabila pasukan bimbingannya kini bergelut dalam saingan liga sejak kebelakangan ini. Pengendali berusia 45 tahun itu telah pun meninggalkan JDT untuk pulang ke Mexico atas tujuan peribadi dan memilih untuk melanjutkan karier kejurulatihannya bersama Atlas FC. Sungguhpun bermula dengan cukup baik pada […]

“Saya Sanggup Bayar Tiket Mahal Lihat Arif Aiman & Faisal Halim Beraksi” – B. Sathianathan

Bekas ketua jurulatih Selangor FC, B. Sathianathan secara terbuka sanggup membayar harga tiket yang begitu mahal semata-mata mahu melihat bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi beraksi. Beliau yang mengulas lanjut berkenaan kemenangan besar 5-0 Selangor ke atas Kuching City di gelanggang lawan itu menyatakan bahawa Faisal Halim dan juga Arif Aiman merupakan […]

“Sabah Kini Setanding JDT” – Tomas Trucha

Ketua jurulatih Kelantan United FC, Tomas Trucha menyifatkan pasukan Sabah kini berada pada satu tahap yang mampu menyaingi kekuatan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT). Beliau melihat pasukan yang dibimbing oleh Dato’ Ong Kim Swee berjaya menampilkan persembahan yang amat baik tatkala membenam cabaran pasukannya dengan keputusan 3-1. Katanya, para penyokong sudah tentu […]

Shane Lowry Kembali Beraksi, Perkuat JDT II

Pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT),Shane Lowry kembali beraksi bersama pasukan JDT II malam ini dan membantu pasukannya mencatat kemenangan 1-0 di laman sendiri. Pemain berusia 32 tahun itu merupakan tunjang utama buat barisan pertahanan Harimau Selatan musim lalu sehingga berjaya mencipta pelbagai kejutan di pentas Liga Juara-Juara AFC. Bekas pertahanan Aston Villa ini bagaimanapun […]