Liga Super: Gandingan Bergson & Forestieri Pacu JDT Benam Kelantan United

Aksi LS10 saingan Liga Super 2023 hari ini menemukan pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kelantan United. JDT tampil cemerlang di laman sendiri apabila berpesta jaringan di Stadium Sultan Ibrahim. Babak pertama perlawanan menyaksikan JDT mendahului 2-0 dihadapan. Jaringan pembukaan hadir menerusi penyerang berbisa, Bergson Da Silva pada minit kelapan permainan dengan satu […]

Liga Malaysia Setaraf Divisyen 4 England

Liga Super Malaysia kini dilaporkan berada pada tahap yang sama dengan Diviyen ke-4 di England. Statistik ini dikongsikan oleh laman analisis Opta Power Rankings, Liga Super berada sebaris dengan beberapa liga besar di dunia ketika ini. Perkembangan dan kemajuan Liga Malaysia seringkali mendapat perhatian yang menyeluruh daripada seluruh dunia dan ia merupakan satu petanda positif […]

Kelantan United Mahu Halang Pesta Gol JDT

Menjelang aksi Liga Super yang menemukan pasukan tercorot, Kelantan United bertamu pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini, Pemangku Ketua Jurulatih Kelantan United, Nazrulerwan Makmor bersikap lebih realistik. Bagi Nazrulerwan, beliau sedar akan kedudukan JDT yang sudah di tahap yang sangat berbeza musim ini ditambah pula mereka sudah menjaringkan 37 gol setakat ini. Jurulatih […]

Malaysia Mampu Menandingi Bahrain & Jordan

Semalam, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan E Piala Asia 2023 bersama Korea Selatan, Bahrain dan Jordan. Bagi bekas penyerang kebangsaan, Nizaruddin Yusof, beliau melihat kumpulan tersebut seimbang kerana percaya dengan kemampuan Harimau Malaya mengatasi dua pasukan Timur Tengah itu. Di atas kertas, ketiga-tiga pasukan memiliki kedudukan ranking FIFA dan Asia yang lebih baik berbanding pasukan kebangsaan. […]

Jordi Amat Tak Pernah Jumpa Pemilik Seperti TMJ

Dengan pengalaman beraksi di banyak kelab, Jordi Amat pastinya sudah biasa dengan ragam pengurusan termasuk pemilik kelab. Dan atas sebab itulah, kapten Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berpandangan pemilik pasukan, Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim sebagai seorang figura yang unik dan sentiasa mengambil berat terhadap pasukan. Amat berpandangan sedemikian kerana […]

Matthew Davies Optimis Dengan Kudrat JDT Di ACL

Biarpun selesa bergelar pendahulu Liga Super ketika ini, matlamat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk musim 2023 ialah tampil lebih cemerlang dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL). Dan bagi pemain pertahanan kebangsaan, Matthew Davies, beliau percaya matlamat tersebut boleh direalisasikan. Saingan ACL musim lepas dianggap paling cemerlang untuk skuad Harimau Selatan. Selain mengungguli saingan di peringkat kumpulan, […]

Nama Safawi Rasid Disebut-sebut Di Indonesia

Nama pemain sayap Ratchaburi FC, Safawi Rasid mula disebut-sebut oleh penyokong Indonesia yang mahu melihat kelibatnya beraksi di sana. Bintang kelahiran Terengganu ini sedang beraksi di Thailand selepas dipinjamkan oleh kelab asalnya, Johor Darul Ta’zim (JDT). Namun begitu, tempoh pinjamannya yang bakal tamat menyebabkan timbulnya pelbagai spekulasi yang melibatkan masa depan pemain berusia 26 tahun […]

Ruang Solat Muslimah Di Stadium Sultan Ibrahim Terima Pujian Penyokong

Ruangan solat bagi kaum muslimah yang disediakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) mendapat respon yang cukup positif daripada para pengunjung terutamanya kaum wanita. Johor Darul Ta’zim (JDT) jelas menitikberatkan segala aspek dalam pembinaan stadium terbaik di Asia ini apabila ruangan solat yang disediakan memberi keselesaan tahap maksimum kepada pengunjung yang mahu menunaikan ibadah. Bukan sahaja […]

Jordi Amat Anggap Pengalaman ‘Ratah’ Manchester United Amat Berharga

Sebelum beraksi dengan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat beraksi dengan banyak pasukan Eropah termasuk Swansea City. Justeru, tidak hairanlah salah satu memori paling berharga bagi Amat ialah membantu Swansea mengalahkan Manchester United sebanyak dua kali pada 2014 dan 2015. Ia satu memori indah kerana jika dibandingkan United dengan The Swans, mereka merupakan pasukan bukan […]

Luqman Hakim: JDT & Selangor Pasukan Yang Sangat Bagus

Penyerang sensasi Njardvik FC, Luqman Hakim Shamsudin memberitahu bahawa dua pasukan Liga Super, JDT dan Selangor merupakan pasukan yang sangat bagus. Menerusi satu temubual bersama Astro Arena, penyerang muda negara itu kini sedang menjalani karier yang amat baik di Iceland setelah melengkapkan perpindahan dari KV Kortrijk secara pinjaman. Katanya, terdapat perbezaan yang ditunjukkan antara Liga […]

Bintang Baharu JDT Bakal Tiba Seawal Jun Ini

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka akan memantapkan skuad sedia ada dengan beberapa muka baharu seawal bulan Jun ini. Perkara ini telah pun disuarakan oleh pemilik kelab JDT, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berkenaan perkara ini. Menerusi satu perkongsian di laman Twitter baginda, TMJ memaklumkan bahawa terdapat beberapa […]

JDT Dijangka Tandatangani Kontrak Baharu Dengan Nike

Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim sentiasa berusaha memperkukuh pasukan miliknya, Johor Darul Ta’zim (JDT). Dan hari ini, baginda mengesahkan Harimau Selatan bakal memperbaharui kontrak penajaan dengan pengeluar barangan sukan yang terkenal, Nike. Keputusan ini didedahkan dalam satu ciapan baginda di akaun Twitter rasminya hari ini. Ini dilihat mampu memperkukuh kedudukan […]

TMJ: Forum Dengan Penyokong Diperlukan Untuk Elak Kaki Kencing

Dulu Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), memberi pandangan tersendiri mengenai isu tawaran padang yang diberikan kepada setiap kelab di Malaysia. Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memaklumkan bahawa akan ada usaha untuk membantu setiap kelab untuk mendapatkan pemilikan penuh stadium. Namun begitu, TMJ memiliki pandangan tersendiri berkenaan isu yang […]

JDT Bakal Anjur Kejohanan Akademi Antarabangsa

Di Malaysia, terdapat tiga pertandingan bola sepak untuk akar umbi iaitu Piala MFL (bawah 23 tahun), Piala Presiden (B-20) dan Piala Belia (B-19). Begitupun, tiada pertandingan khusus untuk pemain berstatus B-13 hingga B-18 – sesuatu yang mahu diubah oleh Johor Darul Ta’zim (JDT). JDT menerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Alistair Edwards berhasrat menganjurkan satu pertandingan […]

TMJ Arahkan Semua Padang JDT Dinaik Taraf

Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim sentiasa mengambil berat semua aspek pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi membantu mereka cemerlang di atas padang. Dan atas sebab itu hari ini, baginda mengarahkan semua padang milik Harimau Selatan dinaik taraf. Keputusan ini dibuat selepas meninjau keadaan padang JDT termasuk di pusat latihan dan […]

TMJ Setuju Tangguh Terima Hadiah Kemenangan Liga Super

Susulan pendedahan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin bahawa Malaysian Football League (MFL) berhutang wang kemenangan dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, ramai ingin tahu apa yang berlaku. Hari ini, MFL menerusi Presidennya, Datuk Ab Ghani Hassan menjawab persoalan berkenaan. Menurut Ab Ghani, hutang yang dimaksudkan […]