JDT Bakal Hantar Pemain Bantu Kelantan?

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) berkemungkinan akan memberi peluang kepada pasukan Kelantan untuk menggunakan khidmat pemain mereka bagi memantapkan pasukan. Ura-ura ini mula diperkatakan selepas perkongsian pemilik kelab, Norizam Tukiman menerusi laman Facebook beliau hari ini. Individu yang mesra disapa Zamsaham ini memberitahu bahawa ada peluang buat pasukan The Red Warriors diperkuat […]

TMJ: Saya Harap Tiada Pihak Reka Cerita

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berharap agar tiada pihak yang cuba mengadakan-adakan cerita untuk menutup kegagalan pihak setiap tahun. Baginda menerusi satu ciapan di laman Twitternya memberi komen balas berkenaan dengan rentetan isu bermula dari kenyataan pemain sayap Selangor, Faisal Halim yang mengatakan bahawa ada […]

Radamel Falcao Tak Sabar Bertemu TMJ

Penyerang sensasi Colombia, Radamel Falcao memberi bayangan bahawa perpindahannya ke Johor Darul Ta’zim (JDT) benar-benar menjadi kenyataan. Pemain berusia 36 tahun itu merupakan lagenda di Eropah dan menjadi antara penyerang yang digeruni pada era kegemilangannya. Beliau mula dikaitkan ke JDT sejak musim lalu namun khabar ini semakin kuat setelah pemilik kelab JDT, Dulu Yang Amat […]

TMJ Beri Bayangan Falcao Bakal Sertai JDT

Musim ini, banyak pasukan gerun dengan jentera serangan Johor Darul Ta’zim (JDT) terutama selepas menyumbat 37 gol dalam sembilan perlawanan Liga Super. Dan hari ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim memberi bayangan bekas penyerang Manchester United, Radamel Falcao bakal menyertai Harimau Selatan. Dalam satu ciapan baginda di Twitter, baginda hanya […]

TMJ Terima Kunjungan Racing City Group

Dengan kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) di peringkat domestik dan antarabangsa, tidak hairanlah ramai pihak mahu bekerjasama dengan pasukan berkenaan. Hari ini, pemilik pasukan merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim berkenan menerima kunjungan dua pengasas Racing City Group (RCG), Naser Al Tamimi dan Morris Pagniello. Kunjungan Naser dan Pagniello ini […]

Pengurusan Profesional Stadium JDT Terus Dapat Pengiktirafan Antarabangsa

Sejak digunakan secara rasmi sebagai stadium Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 2020, pengurusan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) terus mendapat pengiktirafan. Terbaru, SSI telah menerima jemputan sebagai ahli Persatuan Pengurusan Venue (Asia dan Pasifik) (VMA). VMA ialah sebuah organisasi mewakili industri venue profesional dari Australia, New Zealand dan benua Asia. Terdapat 900 ahli persatuan tersebut di […]

Vietnam Lega Malaysia B-22 Tidak Panggil Arif Aiman & Luqman Hakim

Ramai penyokong Malaysia merasa kecewa apabila nama Arif Aiman Hanapi dan Luqman Hakim Shamsudin tidak dipanggil menyertai skuad B-22 untuk Sukan SEA 2023. Tetapi bagi pemenang pingat emas acara berkenaan pada edisi lepas iaitu Vietnam, ia memberi satu kelegaan kepada mereka. Kedua-dua pemain ini tidak dilepaskan oleh kelab masing-masing, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Njardvik […]

Penyokong Brazil Sebut Nama Bergson Ke Wrexham

Penyokong yang berpangkalan di Brazil kini mula mengaitkan nama penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva ke salah sebuah di Liga Bolasepak Inggeris (EFL), Wrexham. Pasukan yang baru sahaja dinobatkan selaku juara National League iaitu divisyen kelima bola sepak Inggeris itu mula dikaitkan dengan beberapa muka baharu bagi saingan musim baharu. Menerusi satu […]

Jordi Amat Kongsi Kisah Bergelar Bintang EPL & Putera Raja Indonesia

Pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat mengungkapkan bagaimana kisahnya sebagai bintang di Eropah bertukar kepada putera raja Indonesia. Menerusi satu temubual bersama Talksport, bekas pertahanan di Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Swansea City itu tidak menyangka dengan perjalanan hidupnya hari ini. Beliau sebelum ini telah pun disahkan memiliki keturunan raja Indonesia daripada susur […]

TMJ Tidak Akan Berhenti Menyuarakan Isu Bola Sepak Malaysia

Susulan ucapan Aidilfitri Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim dalam Nadi Weekend dua hari lepas, ada penyokong menyangka baginda tidak lagi akan lantang bersuara tentang isu bola sepak. Hakikatnya, baginda akan terus bersuara demi menjaga kepentingan bola sepak Malaysia. Baginda menyifatkan ucapannya itu sebagai meraikan suasana Hari Raya Aidilfitri dan permulaan […]

Statistik Buktikan JDT Sukar Dicabar

Selepas sembilan perlawanan Liga Super, ramai penyokong dan pemerhati bola sepak mula menilai prestasi setiap pasukan yang bertanding. Dan ramai pihak termasuk duo pengacara Gol Per 90, Keesh Sundaresan dan Lee Chun Hang berpandangan Johor Darul Ta’zim (JDT) sukar dicabar sebagai pendahulu liga ketika ini. Keesh yang turut dikenali sebagai Mat Stats berpandangan hal itu […]

Jordi Amat Puji Mentaliti Pemain Di JDT

Sejak sembilan tahun lepas, Johor Darul Ta’zim mengungguli kejuaraan Liga Super dan pelbagai trofi domestik termasuk Piala Malaysia. Dan bagi kapten dan bek tengah naturalisasi Indonesia, Jordi Amat, ia disumbang oleh mentaliti kemenangan yang menakjubkan pasukan berkenaan. Mengakui bukan senang untuk mengekalkan mentaliti kemenangan dalam pasukan, bekas bek tengah Swansea itu pada masa sama melihat […]

Kelantan Bersedia Wujudkan Kerjasama Dengan JDT

Susulan pertemuan pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim pada 17 April lalu, ada berspekulasi beberapa pemain JDT bakal menyertai Kelantan secara pinjaman. Hari ini, beliau menjelaskan apa yang berlaku dalam pertemuan berkenaan. Zamsaham mendedahkan pertemuan yang diadakan di Kelab Polo Diraja Johor itu bertujuan […]

Persaingan Fernando Forestieri & Ayron Del Valle Semakin Sengit

Perseteruan dua penyerang sensasi di Liga Super, Fernando Forestieri dan juga Ayron Del Valle berlangsung dengan cukup sengit ketika saingan memasuki minggu ke-10. Anak didik Tano Solari ketika ini gah mendahului carta Liga Super selepas mencatatkan kemenangan 1-0 ke aras PDRM untuk mengekalkan rekod tanpa kalah pasukan. Ketika ini, skuad Harimau Selatan telah merekodkan 9 […]

Esteban Solari Puji Kekentalan Pertahanan PDRM

Kemenangan 1-0 Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas PDRM semalam dilihat kemenangan berharga bagi melebarkan lagi kelebihan mereka sebagai pendahulu liga. Di sebalik semua itu, jurulatih JDT, Esteban Solari turut memuji usaha pertahanan mantap yang dipamerkan lawan mereka di Stadium MBPJ. Biarpun menurunkan penjaga gol muda, Hakeem Hamidun, The Cops bermati-matian mempertahankan gawang mereka. Malah, […]

Jawapan Stuart Ramalingam Berkenaan Isu Bakar Suar Dalam Stadium

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam melihat tindakan penyokong membakar suar mungkin menghasilkan suasana yang hebat di stadium. Tetapi disebabkan ini berkait dengan isu keselamatan dan tatatertib, beliau menyerahkan hal berkenaan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Isu pembakaran suar kembali hangat susulan tindakan penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) membakar suar […]