Piala MFL: Skuad Muda Penang ‘Titik’ JDT

Hasrat Johor Darul Ta’zim (JDT) II mengejar Kedah B dalam Kumpulan A Piala MFL tidak kesampaian hari ini. Ini selepas anak-anak buah Mariano Echeverria tewas 3-2 kepada Penang di Stadium Bandaraya, Georgetown. Dengan sebahagian pemain JDT II yang baru pulang dari tugasan Sukan SEA 2023, pemain-pemain ini pastinya mahu melupakan kekecewaan gagal mencapai sasaran asal […]
Fandi Ahmad Sanggup Letak Treler Sekat Amukan JDT

Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad sanggup melakukan apa sahaja tatkala pasukannya bakal berkunjung ke Johor bagi menentang JDT. Kedua-dua pasukan ini masih mengekalkan rekod cemerlang musim ini apabila tidak mencatatkan sebarang kekalahan setakat 11 aksi setakat ini. Menurut satu kenyataan oleh beliau, pengendali kelahiran Singapura itu sanggup melakukan apa sahaja untuk berkunjung ke […]
Tano Solari Dah Mula Cipta Perancangan Simpanan Hadapi Saingan ACL

Perancangan rapi ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari bagi menghadapi saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) dilihat sudah bermula awal. Pertembungan antara JDT berdepan Kuching City menyaksikan terdapat beberapa perubahan besar dalam percaturan formasi pengendali kelahiran Argentina itu di atas padang. Usaha Tano untuk membentuk sebuah skuad yang ampuh di pentas Asia ini sudah […]
Peranan Baharu Bantu Arif Aiman & Akhyar Rashid Lebih Menyerlah Di JDT

Dua pemain tempatan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan juga Akhyar Rashid dilihat mula membentuk gandingan baharu dalam perancangan Tano Solari di JDT. Kedua-dua pemain ini dikesan beraksi selaku penyerang tengah ketika skuad Harimau Selatan mencatat kemenangan bergaya 4-0 menewaskan Kelantan United di tempat lawan. Arif Aiman memulakan perlawanan dalam kesebelasan utama pasukan […]
Tewas Kepada JDT, Irfan Bakti Geram Dengan Tindakan Pemain Import Jepun

Kekalahan demi kekalahan dicatatkan pendatang baharu Liga Super 2023, Kuching City FC dan terkini, mereka telah mengalami kekalahan ke-9 musim ini selepas ditewaskan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 0-4 di Stadium Negeri, semalam. Walaupun tugas yang agak mustahil untuk mencipta keputusan positif bertemu JDT, namun bagi pengendali Kuching City, Irfan Bakti beliau […]
Zainal Abidin Mahu Kelab Di Malaysia ‘Tiru’ JDT

Selepas mencatat satu lagi kemenangan dalam perlawanan ke-11 Liga Super hari ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) kelihatan sukar ditandingi oleh mana-mana pasukan. Dan disebabkan penanda aras yang ditetapkan mereka begitu tinggi, bekas jurulatih Penang, Datuk Zainal Abidin Hassan mahu melihat kelab-kelab di Malaysia mencontohi kelab gergasi selatan tanah air itu. Hal ini kerana JDT dilihat […]
Liga Super: JDT Catat Kemenangan Ke-11 Benam Kuching City

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan masalah untuk meneruskan rentetan kemenangan apabila mudah menewaskan Kuching City. Anak didik Tano Solari meneruskan rentak cemerlang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-4 menerusi gerakan lincah Fernando Forestieri. Pemain kelahiran Argentina itu meneruskan aksi cemerlangnya apabila menghukum kealpaan benteng Kuching City untuk meeldak gol […]
Berbaju Melayu Ke Ratchaburi, Penyokong Safawi Rasid Kongsikan Pengalaman Ke Thailand

Gelagat penyokong Malaysia yang hadir memberikan sokongan kepada pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid namun tindakannya beliau memakai baju Melayu tampil mencuri perhatian. Menerusi satu perkongsian daripada sebuah akaun Youtube yang diberi nama CEO on Tour, beliau merakamkan gelagat penuh keterujaan selepas melangkah ke perkarangan stadium. Video yang berdurasi 4:30 saat itu memaparkan ringkasan perjalanan […]
Stadium Sultan Ibrahim Akan Dinaiktaraf Arkitek Antarabangsa

Menerusi satu hantaran di akaun media sosial Johor Darul Ta’zim, Stadium Sultan Ibrahim bakal dinaiktaraf arkitek terkemuka dari luar negara. “Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini dalam perbincangan untuk memeterai perjanjian-perjanjian yang akan menaikkan lagi standard Stadium Sultan Ibrahim. “Kami kini sedang berbincang dengan syarikat arkitek terkemuka antarabangsa untuk meningkatkan dan menambah baik lagi […]
Aqil Shamsul Sertai JDT

Pemain muda berbakat, Aqil Shamsul telah diumumkan sebagai pemain terbaru Akademi Johor Darul Ta’zim. Bakat muda berusia 13 tahun itu telah diumumkan JDT dalam hantaran terbaru di laman rasmi media sosial Johor Southern Tigers. Muhammad Aqil bin Mohd Shamsul Aswadi sebelum ini tular dalam satu video yang dimuat naik salah seorang jurugambar dari Terengganu iaitu […]
Safawi Rasid Ucap Selamat Tinggal Kepada Ratchaburi

Pemain sayap negara, Safawi Rasid mengucapkan selamat tinggal kepada kelabnya, Ratchaburi FC. Kapten Harimau Malaya ini beraksi secara pinjaman bersama kelab Liga 1 Thailand itu dengan memainkan peranan yang cukup penting di sana. Beraksi di bawah kendalian Xavi Mori, pemain berusia 26 tahun ini banyak memainkan peranan yang cukup penting apabila beraksi sebanyak 13 perlawanan […]
TMJ Beri Dua Cadangan Bangunkan Bakat Muda Malaysia

Semua sedia maklum skuad B-22 negara gagal layak ke peringkat akhir Sukan SEA 2023 seperti yang disasarkan. Kegagalan ini turut mendedahkan kepincangan program pembangunan muda negara – sesuatu yang mahu diatasi oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim. Dalam Sukan SEA 2023, ramai dapat melihat jurang perbezaan […]
Skuad Muda JDT Tumbang Kepada PDRM

Hasrat pasukan muda Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mencatatkan kemenangan ke atas PDRM lebur apabila tewas mengejut. Aksi Piala Presiden itu menyaksikan pasukan JDT III turun dengan kesebelasan terbaik dalam misi untuk meraih kemenangan. Hasrat tersebut bagaimanapun lebur apabila PDRM memberikan tentangan sengit kepada pasukan pelawat. Pasukan bimbingan Sanz Zaballos Gonzalo bagaimanapun dihukum dengan jaringan […]
Ketajaman Penyudah Bintang JDT Sukar Digugat

Ketika ini, tiada pasukan dalam Liga Super yang mampu menggugat Johor Darul Ta’zim (JDT). Dengan rekod 43 gol dan 30 mata dalam 10 perlawanan, ia disumbang oleh ketajaman barisan penyerang berstatus bintang mereka. Ini berdasarkan pengamatan bekas pemain kebangsaan, Asmawi Bakiri. Beliau merasakan ia merupakan sebahagian daripada falsafah pasukan yang diterapkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), […]
Sanusi Dakwa Terdapat Pecah Amanah Tabung CAS Akhyar Rashid

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor membuat pendedahan mengejutkan apabila memaklumkan bahawa terdapat kes penyelewengan yang melibatkan tabung CAS bekas pemain KDA FC, Akhyar Rashid. Umum mengetahui bahawa perpindahan Akhyar Rashid ke Johor Darul Ta’zim (JDT) terpalit dengan beberapa kontroversi berkaitan isu penebusan kontrak dan sebagainya. Pemain berusia 24 tahun […]
Penyertaan Akademi JDT Dapat Sambutan Luar Biasa

Disebabkan statusnya sebagai entiti sukan yang profesional dan cekap, nama Johor Darul Ta’zim (JDT) sentiasa meniti di bibir para penyokong. Disebabkan hal ini juga, bilangan individu yang mahu menyertai Akademi JDT baru-baru ini mencatatkan peningkatan yang luar biasa. Hal ini turut disedari oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards. Beliau percaya ia ada kaitan […]