Mesut Ozil Dikaitkan Bakal Sertai JDT

Bekas bintang dunia Arsenal dan Jerman, Mesut Ozil dikaitkan bakal sertai Johor Darul Ta’zim oleh portal bola sepak Singapura, JunpiterFutbol. “Papu Gomez dari Argentina dan Mesut Ozil dari Jerman dilaporkan akan dikaitkan dengan Johor Darul Ta’zim untuk musim baharu 2023. Satu rangsangan yang hebat untuk bola sepak Malaysia dan Asia Tenggara?,” lapor JunpiterFutbol. Mesut Ozil […]

Hector Jadikan Selangor Sebagai Sesi Panas Badan Bagi Menentang Terengganu Di Final

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio menyatakan bahawa beliau berkemungkinan akan jadikan pasukan Selangor sebagai perlawanan panas badan bagi menentang Terengganu di final Piala FA pada 10 September 2022. Beliau menjelaskan setiap hari beliau akan sentiasa melihat dan memantau prestasi semasa setiap pemain.  Ini membuktikan pasukannya dalam keadaan bersedia menurunkan sesiapa sahaja yang […]

Ketangkasan Haziq Nadzli Akan Terus Ditagih Hector Bidoglio

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio menyatakan bahawa beliau mahukan penjaga gol muda seperti Haziq Nadzli untuk lebih beraksi selepas ini.  Haziq kali pertama diberi harapan untuk membarisi kesebelasan utama dalam saingan liga pada musim ini menggantikan penjaga gol utama, Farizal Marlias. Beliau menjelaskan tujuannya menurunkan Haziq untuk persediaan awal di mana jika […]

Liga Super: Hatrik Bergson Pacu JDT Ganyang Melaka United Di SSI

Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan konsistensi kemenangan dalam saingan domestik apabila berjaya menjinakkan Melaka United 4-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi. Perlawanan dimulakan dengan aksi kawalan menyeluruh yang ditampilkan pasukan JDT dan mereka tidak menunggu lama untuk mendahului apabila Fernando Forestieri melepaskan rembatan lencong dari luar kotak […]

Peluang Jordi Amat Beraksi Sebagai Import Asean JDT Semakin Cerah

Peluang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mendaftarkan Jordi Amat sebagai pemain import kuota Asia Tenggara semakin cerah apabila Indonesia akan meneruskan proses naturalisasi pemain itu. Buat masa ini, nama Jordi Amat tidak akan kelihatan beraksi untuk JDT dalam saingan Liga Super dan Piala FA kerana nama pemain kelahiran Sepanyol itu tidak sempat didaftarkan sebagai […]

Kejayaan KL City Tambah Mata AFC MA Ranking Malaysia, Kini Setanding UAE

Kejayaan pasukan Kuala Lumpur City FC ketika menewaskan wakil Indonesia, PSM Makassar dengan keputusan 5-2 semalam memberi impak yang cukup besar kepada kedudukan Malaysia. Tatkala perjuangan anak didik Bojan Hodak masih lagi berterusan di pentas Asia kali ini, mereka secara dasarnya telah menjadi penyumbang kepada pungutan mata kelab Malaysia dalam kedudukan AFC. Kemenangan bersejarah The City […]

JDT Jalin Kerjasama Antarabangsa Bernilai Jutaan Ringgit

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah pun memaklumkan bahawa mereka bakal mengadakan kolaborasi baharu dengan syarikat antarabangsa terkenal. Perjanjian ini dijangka akan diumumkan pada penghujung September tentunya menjadi perhatian oleh seluruh peminat bola sepak tanah air dan juga Asia. Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik oleh Johor Southern Tigers, kolaborasi yang bakal diwujudkan ini […]

Jordi Amat: JDT Akan Tampil Lebih Garang

Pemain import baharu Johor Darul Ta’zim, Jordi Amat mengakui pasukan JDT mempunyai potensi untuk mencipta pencapaian yang lebih cemerlang selepas ini. Beliau turut menyatakan akan terus bekerja keras memperbaiki kelemahan yang sedia ada untuk tampil lebih garang. Perkara ini dikongsikan Amat menerusi satu hantaran dalam di laman sosial Instagram miliknya. “Perlawanan sukar semalam, bukan keputusan yang […]

Fernando Rodriguez Ledak Gol Pertama Di Liga Indonesia

Bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Rodriguez tidak menunggu lama untuk meledak gol pertama buat kelab barunya, Persis Solo. Pemain berusia 35 tahun ini diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan dan menjadi wira Persis Solo apabila gol tunggal tersebut merupakan kemenangan pertama bagi saingan Liga Indonesia. Gol tersebut terhasil menerusi sepakan percuma dan bola ditanduk […]

Pemain Ulsan Hyundai Lepas Geram, Perli JDT

Pemain pertahanan Ulsan Hyundai, Myung-jae Lee seolah-olah melepaskan geramnya dengan memerli JDT yang tewas kepada Urawa Reds 0-5 di Stadium Saitama, Jepun. Beliau seolah-olah memberikan alasan bahawa Ulsan Hyundai tewas kerana beraksi di Stadium Sultan Ibrahim sambil membebel menyebut secara merapu berkaitan Manchester United dan sebagainya. “Larian Tuan Rumah terbaik. “Jika ianya (perlawanan ini) dilangsungkan […]

Jurulatih Urawa Reds Akui Beliau Kenal Pasti Bakat Forestieri 13 Tahun Lalu

13 tahun sudah berlalu namun Ketua Jurulatih Urawa Reds dari Sepanyol, Ricardo Rodríguez tidak dapat melupakan saat beliau mengenal pasti bakat pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri. “Pertama sekali, Forestieri adalah pemain yang saya bawa masuk semasa saya menjadi Pengurus Sukan di Malaga (Kelab Sepanyol). Sejak menentang mereka (JDT) pada 2015 ketika saya […]

Fernando Forestieri Ingin Kekal Lebih Lama Di Malaysia

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim, Fernando Forestieri ingin kekal lama di Malaysia kerana beliau akui banyak pengalaman yang luar biasa di sini.  Walaupun tidak tahu banyak tentang Malaysia, beliau menganggap bola sepak ini akan menjadi satu matlamat dalam kehidupan peribadi. Penyerang berusia 31 tahun itu yang telah memberi impak terhadap jentera pasukan Harimau Selatan bersikap […]

Terkini: Benjamin Mora Mula Ikuti Persib Bandung

Bekas ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) mula dikesan mengikuti perkembangan pasukan yang berpangkalan di Indonesia, Persib Bandung. Pengendali kelahiran Mexico itu telah pun berpisah dengan JDT sebelum ini setelah dilaporkan pulang ke negara asalnya untuk menyelesaikan urusan peribadinya di sana. Walau bagaimanapun, baru-baru ini, beliau ada memuat naik satu hantaran di laman Instagramnya dengan […]

Urawa Red Laksana Taktikal Khas Hadapi Tekanan JDT

Bakal berdepan dengan pasukan dari Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT), kelab gergasi Jepun, Urawa Red Diamonds memberi bayangan untuk beraksi dengan cara berbeza dalam perlawanan 16 terakhir Liga Juara-Juara AFC, Jumaat ini. Menyedari taktikal mereka sudah dikaji oleh pasukan JDT, pemain Urawa, Ataru Esaka memberitahu bahawa corak permainan yang Urawa tampilkan Jumaat ini sama sekali […]

Rasmi: SNBJ Jadi Venue Final Piala FA Antara JDT & Terengganu

Teka-teki mengenai venue Piala FA seperti yang sering disoal di laman sosial akhirnya terjawab pada hari ini. Menerusi satu kenyataan oleh Malaysian Football League (MFL) hari ini, perlawanan yang melibatkan pertembungan dua gergasi bola sepak Malaysia ini bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). SNBJ telah dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2022 […]

Keampuhan Pemain JDT Ledak Gol Saat Akhir Menggerunkan

Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai ketajaman yang cukup luar biasa terutamanya menjelang 15 minit terakhir permainan dalam usaha untuk mencipta kejutan ke atas Urawa Reds Jumaat ini. Pasukan milik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) ini berada dalam prestasi yang cukup baik ketika ini apabila berjaya mengekalkan keampuhan sungguhpun bertukar tampuk kejurulatihan. […]