Esaka Mahu Pemain Urawa Reds Bersatu Tewaskan JDT

Umum mengetahui bahawa Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menghadapi tugas getir pada 19 Ogos ini (Jumaat) apabila mereka akan menentang pasukan gergasi Jepun, Urawa Red Diamonds dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara AFC. Bagi pemain Urawa, Ataru Esaka, beliau tidak mahu terlalu memikirkan kekuatan yang dimiliki JDT bimbingan jurulatih, Hector Bidoglio. Sebaliknya beliau […]

Suhu Panas Cecah 37°C Jadi Kelebihan Buat JDT Di Jepun

Tamatnya musim bunga di Jepun yang tamat pada hujung bulan Mei baru-baru ini memberi maksud Jepun bakal beralih ke musim panas. Lebih menarik untuk kita ketahui adalah musim panas di Jepun lebih ‘bahang’ berbanding di Malaysia sendiri dan kebetulan Johor Darul Ta’zim bakal bertemu Urawa Reds di Jepun pada musim panas yang suhunya boleh mencecah […]

Benjamin Mora Kembali Ke Johor Darul Ta’zim?

Bekas ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora dikesan sudah tiba di Singapura hari ini namun pelbagai persoalan timbul berkenaan status beliau ketika ini. Pengendali kelahiran Mexico ini sudah berkhidmat dalam kancah bola sepak Malaysia sejak tahun 2015 bersama JDT II sebelum naik pangkat untuk bersama pasukan utama Harimau Selatan. Sepanjang tempoh tersebut, beliau […]

Ingin Hormati Azan, Sunday Afolabi Arahkan Gendang Dihentikan

Penyerang import Perak FC, Sunday Afolabi membuat satu tindakan bijak apabila beliau mengarahkan ultras Johor untuk memberhentikan gendang seketika bagi menghormati azan yang sedang bergema. Aksi ini berlaku ketika saingan Liga Premier menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT II) melayan kunjungan Perak FC di Stadium Pasir Gudang Perlawanan tersebut berkesudahan dengan kemenangan tipis diperoleh JDT II […]

Rekod Urawa Reds Amat Teruk, Namun JDT Perlu Berhati-Hati

Pertembungan sensasi pusingan kalah mati yang melibatkan juara dua kali Asia, Urawa Red Diamonds dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka bakal berlangsung sengit. Melihat kepada rekod semasa kedua-dua pasukan, kelebihan tidak hanya berada pada pasukan dari Jepun itu tatkala prestasi memberangsangkan pasukan Harimau Selatan juga tidak kurang hebatnya. JDT kini berada di bawah tampuk […]

Nafuzi Zain Seolah-olah ‘Pep Guardiola’ Berlari Sana-Sini

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain memcuri tumpuan ketika pasukannya turun menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) malam semalam. Pengendali kelahiran Kelantan ini dilihat tampil dengan wajah baru selepas membuat keputusan untuk mencukur rambutnya selepas kejayaan mara ke pentas akhir Piala FA. Perlawanan epik antara dua pasukan Liga Super ini juga jelas mendapat perhatian seluruh peminat […]

4 Wakil Malaysia Berpeluang Beraksi Di Liga Juara-juara AFC

Pasukan dari Malaysia bakal memperoleh 4 slot ke saingan Liga Juara-Juara AFC susulan kejayaan pasukan Kuala Lumpur City FC mara ke pentas akhir Piala AFC Zon ASEAN bermula musim 2024. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Footy Rankings, laman ini mengesahkan mengenai perkhabaran ini sekaligus bakal menyaksikan pertambahan pasukan dari Malaysia dalam saingan pentas […]

Liga Super: JDT Mandi Peluh Sebelum Atasi Terengganu

Aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Mizan Zainal Abidin hari ini menyaksikan pertembungan antara pasukan Terengganu dan Johor Darul Ta’zim.  Skuad kendalian Nafuzi Zain mempertaruhkan gandingan Nik Sharif, Kpah Sherman dan Faiz Nasir di bahagian serangan sementara JDT turun dengan trio Bergson, Arif Aiman dan Fernando Forestieri.  Babak pertama perlawanan menyaksikan satu gol berjaya […]

Faisal Halim: Jumpa JDT Di Final? Kita Harus Berdoa Dan Tawakal

Kemaraan pasukan Terengganu FC ke pentas final Piala FA disambut dengan meriah oleh ribuan penyokong mereka di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Dalam perlawanan tersebut, Terengganu menewaskan Selangor FC melalui penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1. Pada aksi final nanti, Terengganu akan berdepan tugas getir apabila bakal bertemu juara 8 kali Liga Super, Johor […]

Penganalisis Misteri Dari Eropah Terpegun Dengan Arif Aiman

Seorang pakar analisis ‘misteri’ dari Eropah dikesan telah melakukan satu risikan khas terhadap pemain muda sensasi negara, Arif Aiman. Pemain berusia 20 tahun ini kini menjadi watak penting buat pasukan Harimau Selatan sejak dua musim kebelakangan ini. Beliau yang turut merangkul Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) musim lalu jelas berada dalam kelas tersendiri sungguhpun pada […]

14 Cap Antarabangsa Argentina, TMJ Bagi Bayangan Papu Gómez Bakal Sertai JDT

Pemain pasukan kebangsaan Argentina, Papu Gomez memberi bayangan bahawa beliau bakal memperkuatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). Perancang tengah berpengalaman berusia 34 tahun itu kini sedang menjadi watak utama buat pasukan yang berpangkalan di La Liga, Sevilla dan beraksi dengan cukup cemerlang buat negaranya. Walau bagaimanapun, pemilik kelab JDT, Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail […]

Nafuzi Bersyukur Impian Jumpa JDT Di Final Termakbul

Terengganu FC mencipta sejarah apabila layak ke final Piala FA selepas kali terakhir mereka layak dan berjaya mejulangnya pada tahun 2011. Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain jelas sekali bersyukur dengan kemenangan ini dan beliau sememangnya mengimpikan untuk beraksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas final. “Bagi saya sendiri, saya memang mengimpikan untuk bertemu JDT […]

Haydee Agras Tinggalkan JDT

Pakar analisis pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Haydee Agras dilaporkan sudah lagi tidak berkhidmat bersama pasukan selatan tanah air itu. Beliau yang sudah pun berkhidmat bersama pasukan Harimau Selatan sejak tahun 2019 difahamkan bakal meninggalkan pasukan setelah pemergian ketua jurulatih, Benjamin Mora. Bekas pemain futsal ini dilaporkan bertugas untuk menyediakan kira-kira 300 laporan lengkap perlawanan […]

Perlawanan ACL Melibatkan JDT Dan Urawa Reds Mungkin Dilangsungkan Di SSI

Perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang melibatkan pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Urawa Red Diamonds berkemungkinan bakal diadakan di Stadium Sultan Ibrahim Johor. Aksi pusingan kalah mati yang melibatkan pertembungan dengan juara dua kali Asia itu sudah pasti menjadi perlawanan yang amat dinantikan oleh seluruh penyokong Malaysia. Walau bagaimanapun, seperti yang […]

Arif Aiman Lebur Rekod Safawi Rasid

Pemain muda berbakat besar Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mengejutkan dunia bola sepak tanah air apabila beliau menunjukkan aksi terbaik dalam kemenangan 6-1 menewaskan Penang FC dalam aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim semalam. Dalam perlawanan tersebut, Arif meledak hatrik untuk membantu pasukan JDT mara ke final Piala FA. Tiga […]

Revolusi Fernando Forestieri Bawa Rencana Besar Héctor Bidoglio

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) Fernando Forestieri kini menjadi tulang belakang buat pasukan apabila memainkan peranan yang cukup penting ketika menewaskan Penang 6-1 semalam. Bekas bintang Udinese ini turun dalam kesebelasan utama pasukan dan bergandingan bersama Bergson di bahagian serangan. Walau bagaimanapun, perhatian tertumpu kepada peranan khas yang dimainkan oleh beliau di atas padang […]