JDT Jalin Kerjasama Dengan Jenama Antarabangsa, Socios

Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama jenama antarabangsa, Socios sekaligus membuka peluang buat penyokong setia JDT menjadi sebahagian dari kelab. Sosios merupakan satu platform buat penyokong bola sepak seluruh dunia ‘bekerjasama’ dengan kelab dengan lebih dekat dengan pemilikan token peminat. Penyokong JDT kelak boleh memiliki token $JDT di Socios.com sekaligus membolehkan […]

Bekas Penyerang JDT, Diogo Luis Santo Bakal Tinggalkan Thailand

Bekas penyerang Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini beraksi di Thailand bersama BG Pathum United, Diogo Luis Santo dikhabarkan akan mencari angin baharu pada musim akan datang. Perkara itu dikongsikan oleh Diogo sendiri di laman Instagram miliknya. Diogo membayangkan bahawa musim ini bakal menjadi musim terakhir beliau di Thailand. Diogo dilabel sebagai pemain […]

TMJ Dedah Rahsia Perbincangan Dengan RMS

Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) berkongsi perkara-perkara yang dibincangkan semasa sesi perjumpaan bersama Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah (RMS) pada 11 Septemper lalu di Kuala Lumpur. “Kami berbincang di mana pihak yang ada dalam pengurusan masing-masing, dan juga dalam puncak kepimpinan tertinggi harus main peranan dan juga menjadi […]

Liga Super: PJ City Bangkit Ikat JDT

Aksi Liga Super hari ini menemukan pasukan PJ City yang melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Babak pertama perlawanan menyaksikan kedua pasukan buntu mencari jaringan apabila separuh masa pertama tamat dengan keputusan 0-0. Bersambung aksi separuh masa kedua, JDT memecah kebuntuan apabila penjaring terbanyak Liga Super, Bergson Da Silva menjaringkan gol […]

Perseteruan Perak & JDT Bakal Hangatkan Musim 2023

Keputusan Perak FC untuk melantik bekas pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim sebagai pengendali skuad itu musim hadapan adalah satu berita yang tidak disangka-sangka. Umum mengetahui bahawa pasukan Perak melalui musim yang berliku musim ini terutamanya pada awal musim dan pihak pengurusan telah membuat satu tindakan pantas melantik Teong Kim untuk […]

Darren Lok Mahu Meledak Sebelum Tampil Bersama Harimau Malaya

Penyerang berbisa PJ City FC, Darren Lok berazam untuk meledak ketika melayan kunjungan juara Piala FA, Johor Darul Ta’zim di Kelana Jaya esok. Pemain kelahiran Malaysia-England itu merupakan tonggak penting pada bahagian serangan The Phoenix musim ini selepas bergelar selalu penjaring terbanyak kelab setakat ini. Tatkala melayan kunjungan pasukan Harau Selatan di laman sendiri, penyerang berusia 31 […]

Hector Bidoglio: JDT Mahu Rangkul Semua Trofi Di Liga Malaysia

Menjuarai Piala FA dengan menewaskan Terengganu FC tempoh hari bukanlah penamat kepada keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam mengejar kejuaraan musim ini. Sehingga kini, JDT sudah menjulang dua trofi yang ditawarkan iaitu trofi Piala Sumbangsih dan juga yang terbaru, Piala FA. Ini bermakna berbaki dua lagi trofi yang tinggal untuk direbut semua pasukan iaitu kejuaraan […]

Dion Cools Dijangka Sertai JDT Januari 2023

Walaupun Dion Cools baru saja disahkan menyertai kelab divisyen 1 liga Czech, Jablonec, beliau dijangka tetap akan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Januari 2023. Kemasukan Dion Cools ke JDT kelak bukanlah satu rahsia memandangkan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) sebelum ini pernah berkongsi berkaitan perpindahan Dion Cools ke JDT […]

Piala FA: JDT Tepati Ramalan Julang Piala FA Tewaskan Terengganu

Perlawanan akhir Piala FA yang melibatkan pertembungan antara pasukan Terengganu FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) berkesudahan dengan kemenangan menjadi milik JDT. Aksi yang dimeriahkan dengan kehadiran 84,321  orang penonton ini menyajikan kehangatan seawal tiupan wisel permulaan. Kedua-dua pasukan tidak melepaskan peluang untuk mengasak ke kubu lawan menerusi beberapa gerakan menarik di Stadium Nasional Bukit Jalil. […]

Info Siaran Langsung Final Piala FA 2022: Terengganu vs Johor Darul Ta’zim (JDT)

Perlawanan akhir Piala FA 2022 menemumkan pasukan Terengganu menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Info siaran langsung terdapat di akhir artikel dan ini terdapat beberapa fakta perlawanan dan kesebelasan utama. Fakta Pertandingan • Tahun ini merupakan edisi Piala FA yang ke-32, dimana edisi pertama diadakan padatahun 1990. (Pertandingan ini […]

Final Piala FA Dalam Suasana Hujan ?

Perlawanan akhir Piala FA yang melibatkan pertembungan antara dua pasukan gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Terengganu dijangka bakal berlangsung dalam suasana hujan. Aksi dramatik yang dijadualkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini berisiko apabila kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang kini sedang mengalami hujan dengan kerap. Menurut laporan oleh […]

Farizal Marlias Tekad Bawa Pulang Piala Ke Bumi Johor

Kapten pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Farizal Marlias tekad untuk membawa pasukannya menjulang gelaran juara Piala FA 2022. Farizal menyatakan bahawa para pemain JDT kini berada dalam keadaan terbaik dan cergas untuk beraksi. Segala percaturan yang direncanakan ketua jurulatih bakal dipersembahkan pada malam esok.  Mengulas lanjut berkaitan posisi yang bakal digalasnya samaada Hector Bidoglio menurunkan […]

Sanusi: Semua Sokongan Rakyat Malaysia Akan Pergi Kepada Terengganu

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi bin Md Nor yakin sokongan rakyat Malaysia akan berpihak kepada Terengganu menjelang pertemuan dengan JDT pada perlawanan akhir Piala FA. Beliau dalam satu temubual menegaskan sokongan padunya terhadap skuad kendalian Nafuzi Zain yang dilihat mampu menjulang piala tersebut pada edisi kali ini. Mengulas lanjut, Sanusi ketika ditanya mengenai pendapatnya tentang […]

Hector Bidoglio: Permukaan Padang Sukarkan JDT

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio mengakui permukaan padang jelas menyukarkan JDT untuk beraksi dengan baik dalam perlawanan malam tadi.  Bagi beliau, itu antara faktor yang menyebabkan rentak permainan anak buahnya terjejas dan tidak sama seperti yang biasa dipraktikan sebelum ini.  Walau bagaimanapun, perkara itu diambil positif oleh Hector. Beliau yakin ada banyak […]

Liga Super: Selangor Mengamuk Ikat JDT

Perlawanan Liga Super ini menemukan dua pasukan iaitu Selangor selaku tuan rumah yang melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebentar tadi. Pasukan Selangor memulakan permainan dengan kawalan bola yang baik dan beberapa serangan yang dilakukan namun dapat dihalang oleh benteng JDT. Bagaimanapun, nasib menyebelahi pasukan […]

JDT Dah Boleh Fikir Untuk Main Bunga Api Lagi

Dominasi Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super musim ini jelas sekali kelihatan. Biarpun perlu melalui tujuh perlawanan lagi, namun JDT boleh dianggap hampir pasti mengekalkan kejuaraan kali kesembilan berturut-turut. Walaupun Sabah cuba memberikan saingan di tangga kedua namun kualiti pemain yang dimiliki pasukan JDT sudah pasti akan menidakkan pasukan lain untuk mencabar kejuaraan. […]