JDT Sahkan Shane Lowry Patah Siku

Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Shane Lowry dilaporkan mengalami kecederaan serius pada pertembungan menentang Kedah Darul Aman semalam. Shane yang menjadi tunjang pertahanan JDT sejak dua musim kebelakangan ini turun dalam kesebelasan utama pasukan di tempat lawan semalam. Kereta kebal berusia 33 tahun ini beraksi dengan cukup cemerlang sebelum terpaksa diusung keluar akibat kecederaan.  […]

Liga Super: JDT Kekal Rekod Tanpa Kalah, Tewaskan Kedah

Hasrat Kedah meranapkan rekod tanpa kalah Liga Super JDT tidak kesampaian. Ini selepas Helang Merah tunduk 3-1 di tangan Harimau Selatan. JDT yang segar daripada kejayaan menjulang Liga Super buat kali kesembilan tampil dengan keinginan melebarkan rekod tanpa kalah. Sementara Kedah pula mahu menambahbaik kedudukan keenam mereka dalam liga. Babak pertama menyaksikan Kedah mendahului JDT […]

Pasukan Futsal JDT Bakal Ditubuhkan Menjelang 2023

Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan bakal menubuhkan satu pasukan futsal menjelang musim 2023 kelak menerusi satu hantaran di media sosial rasmi JDT. Menurut pengumuman tersebut, satu jabatan khas bakal ditubuhkan bagi memastikan perjalanan pasukan futsal JDT berada pada tahap terbaik. “Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan membentuk satu pasukan futsal pada tahun […]

Bergson Pecah Rekod Lagi

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva terus memecahkan rekod apabila bergelar penjaring terbanyak pasukan dalam satu musim. Pemain kelahiran Brazil ini menjadi tunjang utama untuk mengetuai jentera serangan Harimau Selatan sejak dua musim lalu. Ketenangan dan juga ketajaman bekas penyerang Fortaleza ini sentiasa menjadi igauan pertahanan lawan tatkala kelibatnya di atas padang […]

Nasihat Bermakna TMJ Kepada Arif Aiman

Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah memberi beberapa nasihat yang bermakna kepada pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman.  Baginda berkata kepada Arif Aiman harus sentiasa merendah diri dan tetap disiplin walaupun diri berada di atas. Nasihat ini ditulis oleh TMJ menerusi akaun instagram miliknya di ruang komen Instagram […]

Kedah Idam Tamatkan Rekod Tanpa Kalah JDT?

Perlawanan Liga Super yang bakal menemukan dua pasukan terhangat musim ini iaitu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pastinya bakal menjadi perhatian seluruh peminat bola sepak tanah air. Walaupun kedua-dua pasukan dibezakan agak jauh dari segi perkiraan mata, namun perang media sosial melibatkan presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Dato’ Seri […]

“Dulu LTK Tak Pandang Pun Saya” – Arif Aiman

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mengakui bahawa bakatnya kurang diberi perhatian oleh Lim Teong Kim yang dahulu merupakan pelatih AMD. Pemain kelahiran Pahang ini turut menyatakan bahawa sewaktu beliau beraksi di AMD, beliau hanya menjadi pemain simpanan.  Namun, kini pemain berusia 20 tahun ini baru sahaja berjaya membantu pasukannya JDT menjadi […]

JDT Juara Liga Super 2022

Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasminya bergelar selaku juara Liga Super apabila menewaskan Negeri Sembilan sambil Sabah FC tewas kepada Terengganu FC untuk mengesahkan kejuaraan. Harimau Selatan turun dalam perlawanan ini dengan prestasi terbaik selain anak didik K. Devan juga mahu mencuri mata di gelanggang lawan. Walau bagaimanapun, pasukan kendalian Hector Bidoglio tidak mahu melepaskan […]

Liga Super: JDT Hampiri Kejuaraan Liga Super Belasah Negeri Sembilan

Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin hampir untuk bergelar juara Liga Super buat kali ke-9 berturut-turut selepas membenam Negeri Sembilan FC dengan keputusan 3-0. Pasukan Harimau Selatan turun di gelanggang sendiri dengan barisan pemain terbaik sungguhpun terpaksa melupakan khidmat penyerang sensasi pasukan, Fernando Forestieri. Serangan demi serangan diatur seawal minit pertama perlawanan namun kekebalan penjaga gol […]

JDT II Juara Liga Premier 2022

Johor Darul Ta’zim II (JDT II) mengesahkan gelaran Juara Liga Premier 2022 selepas berjaya menewaskan cabaran Selangor 2 di Stadium UiTM Shah Alam. Jaringan tunggal Daryl Sham pada minit ke-49 sudah cukup buat kelab dari Selatan tersebut bergelar juara sekaligus melengkapkan tahun serba gemilang Johor Darul Ta’zim yang turut dalam momentum yang baik untuk bergelar […]

TMJ: 2022 Tahun Luar Biasa JDT

Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan perjalanan JDT pada musim ini amat cemerlang namun yakin pasukannya masih mampu mengecapi sesuatu.  Baginda dalam satu kenyataan menyifatkan bahawa tahun 2022 menjadi tahun yang amat baik buat Harimau Selatan namun masih belum tamat. TMJ turut melihat bahawa pelbagai kejayaan telah pun berjaya dikecapi bermula […]

JDT Nafi Tandatangani Muslihuddin Atiq

Berita perpindahan pemain melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sering kali menjadi perhatian para peminat bola sepak tanah air. Dan baru-baru ini telah tular satu berita mengenai pemain muda Terengganu, Muslihuddin Atiq Mat Zaid yang dikatakan telah menerima tawaran daripada JDT. Namun begitu, sebentar tadi, JDT telah menjelaskan segalanya mengenai berita tersebut. “Kelab Bolasepak Johor […]

Boys Of Straits Cabar Syihan Hazmi Tidur Di SSI

Kehangatan perlawanan Liga Super di antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Negeri Sembilan FC semakin dirasai. JDT dijangka akan meneruskan momentum kemenangan di gelanggang sendiri demi merangkul kejuaraan Liga Super kali kesembilan berturut-turut. Disebalik kehangatan perlawanan tersebut, kumpulan penyokong JDT yang dikenali dengan nama Boys Of Straits (BOS) mula melancarkan perang psikologi kepada para […]

Sadek Mustaffa Nasihatkan Sumareh Keluar Dari JDT

Penurunan prestasi pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh semakin mendapat perhatian banyak pihak yang acap kali mempersoalkan sumbangan beliau ketika beraksi untuk skuad kebangsaan. Pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustaffa merasakan masih ada masa buat Sumareh mengembalikan semula sentuhan berbisa beliau seperti sebelum ini dengan syarat beliau berhijrah ke pasukan lain demi minit permainan. […]

Kemampuan JDT Buka Mata Penjaga Gol Tajikistan

Wira Tajikistan di pentas final King’s Cup 2022 tempoh hari, Yatimov Rustam mengakui sedang mengikuti rapat tentang perkembangan bola sepak di Malaysia. Ketika pasca perlawanan final antara Malaysia dan Tajikistan, beliau berkongsi detik hitam yang masih segar di ingatannya ketika beliau bertemu Malaysia pada November 2019 di Bukit Jalil. Malaysia menang dengan keputusan 1-0 sementara […]

JDT Bakal Disenaraikan Dalam Permainan EA Sports FIFA 23

Johor Darul Ta’zim akan disenaraikan dalam konsol permainan bola sepak EA Sports FIFA sekaligus menjadi pasukan pertama dari Malaysia disenaraikan dalam permainan sukan antarabangsa tersebut. Perkara ini disahkan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) di akaun Twitter rasminya. Menerusi kemas kini terbarunya di Twitter, TMJ dilihat sedang menguji pelayan percubaan […]