Artis Korea Ini Jatuh Cinta Dengan JDT

Artis dari Korea Selatan, Chae Song Ah sudah mula jatuh cinta dengan pasukan gergasi dari selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT). Song Ah merupakan seorang pelakon Korea yang membintangi drama popular iaitu Good Doctor dan pelakon utama bagi filem Emergency Declaration. Beliau kini menetap di Johor dan bergiat aktif dalam bidang perniagaan selain sering memuat naik […]

Pasukan Liga Malaysia Ungguli Senarai 10 Kelab Terbaik ASEAN Dalam Kejohanan AFC 2022

Tiga pasukan dari Liga Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim, KL City dan Kedah Darul Aman tersenarai antara 10 kelab terbaik ASEAN dalam kejohanan AFC 2022. Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang bersaing di kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL). Sementara pasukan KL City dan Kedah Darul Aman pula beraksi di pentas Piala AFC.  […]

Stadium Sultan Ibrahim Antara Alternatif Pilihan Skuad Kebangsaan Untuk Piala AFF

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi bayangan bahawa Stadium Sultan Ibrahim berkemungkinan bakal menjadi venue alternatif bagi kejohanan Piala Suzuki AFF 2022 kali ini. Persoalan mengenai status aksi Harimau Malaya terus menjadi persoalan terutamanya melibatkan aksi yang dikhabarkan akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ). Walau bagaimanapun, venue ini dilihat bukanlah satu pilihan yang sesuai […]

Ulsan Hyundai Bergelar Juara K-League 2022

Ulsan Hyundai secara rasminya bergelar selaku juara Liga Korea apabila menumpaskan Gangwon FC dengan keputusan 2-1. Pasukan yang pernah menjadi lawan JDT dalam peringkat kumpulan ACL ini terus membuktikan kualiti dan kemampuan mereka untuk merangkul kejuaraan di tempat sendiri. Pada aksi terakhir hari ini, mereka telah pun menoktahkan kemenangan ke-22 musim 2022 sekaligus menbawa kepada […]

Liga Super: JDT Kekal Rekod Tanpa Kalah Tewaskan Sabah

JDT menamatkan kempen Liga Super dengan bergaya tanpa mencatat sebarang kekalahan. Ini selepas pasukan bimbingan Hector Bidoglio itu berjaya menewaskan Sabah 3-0 hari ini. Sabah yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim dengan hasrat menggondol tempat kedua sekaligus slot ke Piala AFC. Sementara JDT pula mahu menamatkan kempen liga dengan bergaya […]

4 Wakil Malaysia Berpotensi Beraksi Di Asia Musim Hadapan

4 wakil dari Malaysia berpeluang cerah beraksi di pentas Asia pada musim hadapan susulan kecemerlangan yang ditampilkan dalam saingan Liga Super dan juga pentas Asia tahun ini. Seperti yang sedia maklum, Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasminya bakal beraksi dalam pentas saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim hadapan selepas bergelar juara Liga Super. Malah, sejarah […]

Bergson Pecahkan Rekod Kelab & Liga Super Sekaligus

Penyerang sensasi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva kembali meniti di bibir peminat apabila sekali lagi memecahkan dua rekod sekaligus membuktikan antara penyerang terbaik di Liga Malaysia ketika ini. Pemain kelahiran Brazil ini tiba di JDT musim lalu memberikan impak yang cukup luar biasa terhadap jentera serangan pasukan. Beliau turut membentuk gandingan yang […]

Video: “Nak Minum Ke Tak Nak?”

Kemenangan besar 4-1 Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas pasukan Kedah Darul Aman FC tempoh hari nyata menggembirakan penyokong Harimau Selatan itu. Lebih-lebih lagi pertembungan kedua-dua pasukan ini acap kali dihiasi dengan keadaan panas di dalam dan luar padang. Bekas pemain Kedah, Syafiq Ahmad menjadi duri dalam daging buat bekas kelabnya itu dengan berjaya meledak […]

Syafiq Ahmad Kongsi Perasaan Setiap Kali Diturunkan JDT

Kemenangan bergaya 4-1 pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Kedah Darul Aman FC semalam turut diwarnai dengan ketajaman penyerang JDT, Syafiq Ahmad. Syafiq berjaya meledak dua jaringan semalam manakala dua lagi jaringan JDT dijaringkan penyerang import dari Brazil, Bergson da Silva. Persaingan untuk menjadi penyerang utama JDT sudah tentu bukan suatu tugas yang mudah ini […]

Stadium Sultan Ibrahim Bakal Dibanjiri Lebih 35,000 Penyokong

Stadium milik Johor Darul Ta’zim, Stadium Sultan Ibrahim dijangka bakal dibanjiri lebih 35,000 penyokong pada 15 Oktober ini selepas jualan tiket dalam talian didapati telah habis dijual dan mencapai had kuota yang ditetapkan. Keterujaan penyokong JDT dinyatakan dengan hasil jualan tiket dalam talian yang habis dijual 3 hari sebelum hari perlawanan sebenar yang jarang-jarang berlaku […]

JDT Bakal Tentukan Nasib Sabah

Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menjadi penentu nasib Sabah FC dalam usaha mereka layak ke pentas Piala AFC. Anak didik Dato’ Ong Kim Swee kini berada pada landasan terbaik untuk ke Asia selepas mempamerkan kebangkitan untuk menewaskan Sri Pahang 2-1 semalam. Walau bagaimanapun, beliau menyedari laluan sukar yang bakal ditempuh oleh pasukannya pada perlawanan terakhir […]

Liga Super: JDT Mudah Tewaskan Kedah

Rekod tanpa kalah JDT dalam Liga Super terus bertahan tanpa dicabar sesiapa. Ini selepas tuan rumah mencatat kemenangan 3-1 ke atas Kedah di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. Babak pertama menyaksikan JDT menyerang bertubi-tubi pasukan pelawat sejak wisel perlawanan ditiup. Bagaimanapun, semua percubaan mereka tidak mengenai sasaran. Ketumpulan barisan serangan JDT mengakibatkan Helang Merah mendahului […]

Liga Super: Sabah Pamer Kebangkitan Luar Biasa Benam Sri Pahang

Misi ke pentas Asia semakin cerah buat pasukan Sabah FC selepas bangkit daripada ketinggalan untuk benam Sri Pahang 2-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. Perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pasukan saling menyerang bagi mendapatkan gol awal dan peluang terbaik buat Sabah hadir pada minit ke-14 melalui Stuart Wilkin namun rembatan deras […]

Exco Johor Mohon Sanusi Jaga Adab

Umum mengetahui perang media sosial di antara Menteri Besar Kedah merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Dato’ Seri Haji Muhamad Sanusi bin Md Nor dan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim. Namun sebagai pemimpin negeri, Sanusi perlu menjaga adab dan tatasusila. Teguran itu disuarakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, […]

Harapan TMJ Terhadap KL City Dan Bojan Hodak

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama TMJ mengucapkan tahniah kepada pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) di atas kemaraan pasukan itu ke final Piala AFC. Ucapan tahniah itu ditujukan kepada pengendali KL City, Bojan Hodak, Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard […]

Liga Super: Sri Pahang Ikat JDT Di Darul Makmur

JDT terus gah di persada Liga Super walaupun terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Sri Pahang hari ini. Perlawanan ditangguhkan selama 95 minit berikutan hujan lebat di Kuantan. Ini mengakibatkan padang di Stadium Darul Makmur basah dan digenangi air. Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bergelut mempamerkan corak permainan menarik dan kemas. Kedudukan […]