Bintang Zenit Terkejut Dengan Potensi Pemain JDT

Bintang pasukan gergasi Liga Rusia, Claudinho menyifatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki pemain yang cukup berkualiti ketika. ini. Pemain kelahiran Brazil itu pertama kali turun berdepan juara Liga Super itu dan menyaksikan potensi sebenar yang dimiliki oleh barisan pemain Harimau Selatan. Mengulas lanjut, beliau gembira dengan aksi pertama pasukan dan berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 […]
JDT Rancang Pra-Musim Di Eropah Musim Hadapan

JDT menamatkan program pra-musim mereka di Dubai dengan tiga kemenangan dan dua kekalahan termasuk tewas di tangan Zenit St Petersburg semalam. Tetapi peningkatan kualiti yang ditunjukkan para pemain mendorong jurulatih Esteban Solari mencadangkan program pra-musim di Eropah pada tahun seterusnya. Ini kerana menurut Solari, bila berdepan lawan-lawan yang lebih berkaliber, ia secara tidak langsung mendorong […]
Akhyar Rashid Kekal Bersama JDT

Masa depan pemain sayap lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid sebelum ini menjadi perhatian apabila beliau dikatakan akan berhijrah demi mencari minit permainan. Apatah lagi, Piala Asia 2023 akan berlangsung pada Jun nanti. Namun begitu, JDT difahamkan tidak akan melepaskan Akhyar ke mana-mana kelab dan akan terus bersama JDT bagi menghadapi saingan domestik dan […]
Pra-Musim 2023: JDT Tewas Kepada Zenit

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) tewas dalam aksi terakhir pra-musim 2023 kepada gergasi Eropah, Zenit St Petersburg. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Maktoum bin Rashid Al-Maktoum itu menyaksikan terdapat perubahan dalam kesebelasan utama Harimau Selatan. Namun begitu, JDT dilihat sukar menandingi kehebatan lawan apabila bolos seawal minit ke-10 menerusi jaringan pemain kelahiran […]
Info Siaran Langsung JDT vs Zenit | Pra-Musim 2023

Aksi melibatkan pertembungan antara juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga pasukan gergasi Liga Rusia, FC Zenit bakal berlangsung malam ini di Stadium Seves, Dubai. Anak didik Tano Solari sudah tentu mahu melebarkan momentum terbaik apabila sudah pun mencatat tiga kemenangan berturut-turut. Sungguhpun tewas tipis pada aksi pertama 0-2 kepada wakil Rusia, […]
“Bukan Jordi” Respon Jujur Pemain JDT Tentang ‘Lipas Kudung’ Pasukan

Pertahanan kiri Johor Darul Ta’zim (JDT), Oscar Arribas berpendapat Jordi Amat bukan pemain paling pantas dalam kem JDT. Pemain berusia 25 tahun itu sebaliknya memilih Arif Aiman Hanapi sebagai ‘lipas kudung’ pasukan Harimau Selatan. Dalam satu hantaran yang dimuat naik JDT, video pendek tersebut memaparkan sesi soal jawab pemain JDT berhubung pemain paling laju dalam […]
Safawi Rasid Terima Sambutan Hangat Daripada Penyokong Ratchaburi

Kapten pasukan Harimau Malaya, Safawi Rasid menerima sambutan yang cukup luar biasa oleh para penyokong kelabnya di Thailand, Ratchaburi FC. Pemain berusia 26 tahun itu merupakan pemain baharu yang dibawa masuk daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan terus mendapat tempat di hati penyokong. Kehadiran Safawi ditagih oleh pasukan yang diberi jolokan The Dragons dalam usaha […]
“Singa Lawan Harimau, Jumpa Anda Nanti” Zenit Dah Tak Sabar Bertemu JDT

Kelab gergasi bola sepak Rusia, Zenit St Petersburg menzahirkan rasa teruja untuk bertemu dengan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) esok. Mereka yang juga merupakan pasukan yang kerap beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sudah tentu bakal menjadi lawan sebenar buat Harimau Selatan. Zenit juga kelihatan begitu teruja untuk berdepan pasukan milik […]
Media Perancis Kongsi Kejayaan JDT & Bergson

Sebuah portal bola sepak yang berpangkalan di Perancis, 20 Minutes baru-baru ini telah menukilkan kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga penyerang sensasi pasukan, Bergson Da Silva. Prestasi penyerang kelahiran Brazil ini mula mencuri tumpuan terutamanya di Eropah selepas berjaya mencatatkan rekod purata jaringan melebihi Kylian Mbappe, Erling Haaland dan Robert Lewandowski pada 2022. Sebelum […]
JDT & HID Global Bekerjasama Untuk Sistem Kemasukan Penyokong

Selepas sebelum ini mengumumkan perbincangan bersama Life Fitness, JDT mengumumkan kerjasama dengan satu lagi syarikat global iaitu HID Global. Menerusi kerjasama ini, ia bakal menambahbaik sistem kemasukan penyokong ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Kerjasama JDT-HID Global dicapai selepas pengurusan syarikat mengadakan perbincangan bersama Tunku Mahkota Johor (TMJ) merangkap pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail ibni Sultan […]
Arif Aiman Jaring Gol Sampai ‘Terkoyak’ Jaring

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mencuri rumpuan apabila jaringannya ketika menewaskan Lokomotiv Moscow menggegar sehingga koyak jaring. Bintang muda sensasi ini diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan dan beraksi dengan cukup baik. Pemain berusia 21 tahun itu cemerlang membentuk gandingan yang cukup serasi bersama Bergson dan Fernando Forestier di samping Juan […]
Pra-Musim 2023: JDT Malukan Lokomotiv Moscow

Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar kejutan apabila meraih kemenangan ke atas kelab gergasi Rusia, Lokomotiv Moskow. Anak didik Tano Solari turun dengan kesebelasan terbaik dalam misi meneruskan momentum kemenangan dalam dua aksi terakhir. Pada babak pertama, perlawanan berlangsung seimbang dengan skuad Harimau Selatan berjaya memberi cabaran hebat kepada pasukan yang berada di tangga ke-14 saingan […]
Info Siaran Langsung JDT vs Lokomotiv Moscow | Pra-Musim 2023

Aksi melibatkan pertembungan antara juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga pasukan gergasi Liga Rusia, Lokomotiv Moscow bakal berlangsung malam ini di Stadium Seves, Dubai. Anak didik Tano Solari sudah pasti mahu meneruskan momentum terbaik apabila sudah pun mencatat dua kemenangan berturut-turut Sungguhpun tewas pada aksi pertama 0-2 kepada wakil Rusia, FC […]
JDT & Life Fitness Bakal Jalin Kerjasama Tingkatkan Kualiti Gimnasium Kelab

Beberapa minggu lepas, JDT mendedahkan mereka sedang mengadakan perbincangan dengan sebuah syarikat kecergasan antarabangsa. Hari ini, identiti syarikat tersebut iaitu Life Fitness didedahkan menerusi satu hantaran Johor Southern Tigers. Dalam hantaran ini, DYAM Tunku Mahkota Johor merangkap pemilik JDT, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim mengadakan perbincangan dengan Life Fitness bagi membentuk kerjasama dengan pasukan itu. […]
JDT & Sharjah Berkolaborasi, Tawarkan Fasiliti Latihan Bagi Aksi Pra-Musim Di Dubai

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengembang lagi perjalanan bola sepak ke serata Asia apabila kini mengadakan kolaborasi dengan kelab gergasi Emeriah Arab Bersatu (UAE), Sharjah FC. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Johor Southern Tigers, skuad Harimau Selatan telah bersetuju untuk berkolaborasi sekaligus bakal membuka lembaran baharu buat bola seoak kelab dan Malaysia. Ini selepas […]
JDT Catat Kemenangan Kedua Berturut-Turut Aksi Pra-Musim

Johor Darul Ta’zim (JDT) mempamerkan kecemerlangan dalam siri aksi pra-musim 2023 setelah mencatatkan dua kemenangan berturut-turut. Anak didik Tano Solari jelas berjaya menyesuaikan diri dengan begitu baik sungguhpun menghadapi kekalahan pada aksi pra-musim pertama menentang FC Rostov tempoh hari. Skuad Harimau Selatan bangkit untuk menewaskan wakil kelab Bulgaria, Levski Sofia dalam satu aksi kontorversi yang […]